Hiburan By: Padin October 7, 2023 @ 9:32am

Walau Berada Dalam Senarai Pelakon Gred A, Fasha Sandha Tak Berkira Soal Bayaran… Pentingkan Minat Dalam Lakonan

Walaupun berada dalam senarai pelakon gred A, aktres cantik, Fasha Sandha mementingkan minat dalam sesebuah naskhah serta watak dan tidak berkira soal bayaran.

Menurut Fasha, seorang selebriti yang bergelar anak seni perlu membuat pertimbangan wajar dalam memilih karya kerana ia bukan bersandarkan pada tarikan wang semata-mata.

“Dalam menerima sesuatu tawaran setiap filem mempunyai bajet tertentu. Tetapi kita kena tengok situasi juga, kadang-kadang ia tidak boleh ikut kadar bayaran semasa kita.

“Macam filem Cerana Biduk Bu Merah ini, saya lakukannya kerana cinta pada lakonan selain dapat timba ilmu pelakon senior yang berbakat.

“Apa pun, bayaran itu subjektif, jadi setiap pelakon kena jaga kadar masing-masing, jangan sampai dipermainkan,” katanya.

Fasha ditemui pada majlis pratonton filem Cerana Biduk Bu Merah di TGV Aeon AU2 Setiawangsa, malam tadi.

Fasha memenuhi tawaran penerbit dan pengarah Haizul Anafer Ali untuk membintangi filem Cerana Biduk Bu Merah bersandarkan kredibilitinya sebagai seorang yang berpengalam sekali gus membuatkannya mahu membantu.

“Mana tahu, hari ini hari dia, esok lusa, mungkin hari kita pula. Alhamdulillah, dia juga banyak projek lain, jadi berbalik semula rezeki itu.

“Filem ini sudah lama menjalani penggambaran, pada tahun 2018 lagi. Sebelum bekerja terutama di lokasi terpencil saya pastikan jaga adab dan ‘minta izin’ supaya kerja berjalan lancar kerana niat nak mencari rezeki.

“Alhamdulillah tiada sebarang kejadian berlaku kepada saya sepanjang penggambaram cuma di tempat penginapan terdengar bunyi cakaran di dinding pada waktu malam,” katanya.

Cerana Biduk Bu Merah adalah filem genre seram yang diterbitkan Goldhill Pictures Sdn Bhd, ia mengisahkan mengenai seorang wanita tua yang dipinggirkan orang kampung sendirian di sebuah rumah pusaka.

Bu Merah menyelamatkan seorang gadis bernama Sofia yang hampir dirogol.

Walaupun sudah berusia, kulit Bu Merah tidak berkedut malah sentiasa cantik kerana menjadi hamba kepada penjaga Cerana Biduk yang berpuaka.

Filem itu bakal ditayangkan di 70 pawagam tempatan bermula 12 Oktober ini.

Selain Fasha, filem ini dibintangi oleh Pekin Ibrahim, Wan Hanafi Su, Badrul Muhayat, Sara Daewoo, Pyan Kepoh dan ramai lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 9 Apr 2018

《娱协30》新人造势活动 429金河轰动登场

《娱协30》新人推荐奖候选人将于4月29日(星期日)下午3时,在金河广场大厅举办《娱协30》新人10强造势活动;出席的新人包括Ribbon黄若熙、Alycia、Hanz郭文翰、车志立、Morris彭进成以及Danny许佳麟。

Hiburan Tue, 5 Nov 2019
Hiburan Sun, 15 Oct 2023
Featured Thu, 30 Jun 2022

Netizen Minta Sekuel Filem Mat Kilau, Ini Respons Syamsul Yusof – “Semestinya Akan Ada, Tapi…”

Wahhhh, betul ke akan ada sekuel Mat Kilau 2 ni? Terbaik! 🤩🤩

Hiburan Mon, 18 Sep 2023
Hiburan Wed, 12 Jun 2019

Ujian Buat Abang, Azwan Ali Harap Azmin Terus Kuat

Azwan Ali mengaku tak terkejut apabila melihat video-video berkenaan.

Hiburan Mon, 18 Dec 2017

快讯 | SHINee钟铉烧炭自杀身亡

韩国男团SHINee成员钟铉12月初才举办个人演唱会,但18日惊传死讯,据韩媒报导,他在清潭洞家中被发现,旁边有煤炭。