Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain October 10, 2023 @ 7:49pm

Tiada Niat Terselindung, Sophia Albarakbah Hanya Beri Sokongan Untuk Aisha Retno

Pelakon Sophia Albarakbah tampil menafikan spekulasi berkenaan kehadirannya di sebuah program realiti stesen berbayar untuk menyokong penyanyi Aliff Aziz.

Menurut Sophia, dia tiada sebarang niat terselindung sebaliknya hanya ingin memberikan sokongan kepada sepupunya yang juga penyanyi, Aisha Retno.

“Sebenarnya kehadiran saya di situ untuk memberi sokongan kepada sepupu saya, Aisha Retno sebab dia kena perform di GV Live+.

“Selepas Aisha membuat persembahan saya terus balik. Kisah saya dengan dia dah lama, jadi saya rasa tiada masalah untuk saya berada di sana,” katanya.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Sophia ketika ditemui di sidang media pelancaran filem Harimau Malaya The Untold Journey, hari ini.

Tambah Sophia, dia juga berhak untuk menghadiri program itu dan tiada masalah jika bertembung dengan Aliff.

“Program itu disertai oleh ramai artis. Saya ada hak untuk pergi dan sokong sesiapa sahaja.

“Kalau bertembung pun saya rasa tak ada masalah sebab kita dalam industri yang sama dan di tempat yang sama,” jelasnya.

Sebelum ini, Sophia dan Aliff terpalit dengan kontroversi cinta lokasi selepas isteri penyanyi itu, Bella Astillah mendedahkan perkara tersebut kepada umum.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 27 Nov 2025

Tak Terburu-Buru Menghukum, Tindakan Ibu Dr. Fie Dipuji Warganet – “Tetap Beri Penghargaan Pada Bekas Menantunya”

Dr. Zailah sempat menyebut nama bekas menantunya yang juga penyanyi, Nubhan pada hantaran berkenaan sekali gus menzahirkan ucapan terima kasih dan doa buat mereka semua.

Hiburan Mon, 20 May 2019

Izzue Islam Bosan Jadi Baik?

Kalau bawa watak jahat, ia akan jadi lebih ‘berwarna’. Saya mahu lakonkan watak yang menguji kemampuan dan memerlukan saya berusaha lebih di set.

Featured Mon, 13 Oct 2025

“Saya Mudah Tergoda Dengan Lelaki Yang Bijak & Berilmu”- Namron

Pelakon, pengarah dan aktivis teater, Namron menyorot perhatian ramai selepas berkongsi hantaran menerusi platfrom media sosial miliknya  baru-baru ini.

Events Sat, 12 Oct 2024
Hiburan Thu, 21 Mar 2024
Hiburan Wed, 4 Dec 2019

“Takkan Kita Tidur Dengan Bau Bawang Dan Cili?” – Jasmin Hamid

Betul juga tu…kebersihan dan penampilan diri amat penting, tak kiralah dah berkahwin atau belum.

Hiburan Fri, 16 May 2025
Hiburan Mon, 1 Jul 2024
Featured Thu, 28 Jul 2022

Ludah Bekas PA, Mak Wan Latah Dihadapkan ke Mahkamah

Mak Wan didakwa sengaja meludah untuk membangkitkan kemarahan bekas pembantu peribadi

Hiburan Mon, 14 Jan 2019

王力宏316确定唱进大马!1月19正式发售

王力宏全新《龙的传人 2060》世界巡回马来西亚站演唱会,1 月 19 日,上午 11 时起正式全国公开发售。

error: Content is protected !!