Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 11, 2023 @ 12:30pm

“Allah Dah Aturkan Jodoh Depan Mata…” – Kongsi Momen Cinta Berputik, Fattah Amin Mengaku Minat Fazura Sejak Awal Berlakon

Pelakon popular, Fattah Amin mencuri perhatian selepas sepotong video pendek yang dikongsikan semula oleh peminat tular di TikTok.

Menerusi perkongsian tersebut, Fattah mendedahkan, dirinya sudah menyimpan perasaan suka terhadap isterinya yang juga pelakon popular, Nur Fazura sejak awal pembabitannya dalam bidang lakonan.

“Jujur, saya peminat Fazura dulu. Iya lah,  kita tak pernah terbayang nak jadi pelakon kan?

“Saya ingat lagi, first time saya jumpa Fazura dalam satu filem ni masa tu saya hanya pelakon extra, waktu tu saya baru sangat berlakon.

“Jadi waktu tu, orang cakap, jodoh sebenarnya Allah dah aturkan, jodoh dah ada depan mata tapi belum sampai lagi. Tapi waktu tu memang ada rasa macam ‘eh, minatnya Fazura ni’,” katanya.

Dalam hantaran sama, Fattah juga bersyukur apabila dapat disatukan dengan isterinya itu, malah dia juga gembira kerana kehidupan mereka diserikan lagi dengan kehadiran cahaya mata perempuan mereka, Nur Fatima Aisya yang kini berusia tiga tahun.

“Then, lepastu dah ditakdirkan Allah, jodoh sampai dan akhirnya berkahwin dan sekarang dah ada Fatima,” jelasnya.

Menjengah ke ruangan balas berkenaan, rata-rata warganet meninggalkan pelbagai respons terhadap hantaran tersebut sekaligus mendoakan agar pasangan ini kekal bahagia dan dikurniakan cahaya mata yang comel kelak.

Sekadar info, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dalam sebuah majlis tertutup  yang diadakan di sebuah hotel terkemuka, di ibu negara.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 20 Jul 2018
Hiburan Wed, 2 Oct 2019

Awas Bila Cas Telefon Bimbit Semasa Tidur

Remaja Maut, Telefon Bimbit Sedang Dicas Meletup Ketika Tidur

Hiburan Wed, 18 Jul 2018

Selesai Merisik, Qi Razali Cari Tarikh Sesuai Bertunang

Qi juga akui dia cukup teruja untuk ke langkah seterusnya memandangkan dia bukannya muda lagi dan juga mahukan ada anak sendiri.

Hiburan Mon, 20 Aug 2018

Kenapa Zahiril Adzim Mencarut?

Kerana watak yang dipegang nya dalam satu drama meminta untuk beliau menjadi lebih realistik

Hiburan Mon, 27 Nov 2023
Featured Sun, 19 Apr 2020

Kaji Selidik Solidariti fokus empat regimen rawatan COVID-19

Pesakit turut dikenal pasti sertai kajian

Hiburan Sat, 11 Apr 2026
Hiburan Fri, 17 Feb 2023
error: Content is protected !!