Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir October 14, 2023 @ 12:23pm

Tahniah! Selamat Diijabkabulkan, Sabri Yunus Kini Suami Kepada Angeline Tan – “Mula-Mula Rapat Tiga Tahun Lalu…”

Pelakon dan pengarah, Sabri Yunus telah selamat mendirikan rumah tangga bersama aktres, Angeline Tan, pagi tadi.

Menerusi perkongsian Issey Fazlisham di Instagram, dia memuat naik gambar bersama pasangan suami isteri itu dan sekitar majlis pernikahan mereka.

“Selamat pengantin baru Abang Sabri Yunus dan Kak Ardini atau Angeline Tan. Alhamdulillah. Kami sangat gembira.

“Semoga Cinta Wan Ismail Golok dan Lucy kekal sampai ke syurga. Pimai pimai tang tu,” ujar Issey.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Issey Fazlisham (@isseyfazlisham)

Memetik laporan Utusan, Sabri memberitahu sudah tiga tahun merancang untuk mendirikan rumah tangga namun menunggu Angeline untuk bersedia memeluk agama Islam.

“Alhamdulillah, benar kami baru sahaja bernikah sebentar tadi. Tak tahu macam mana nak cerita, tetapi kami berdua bersyukur majlis pernikahan ini dipermudahkan.

“Kami sudah kenal lama, sejak 1992 lagi. Tetapi kami mula betul-betul rapat tiga tahun lalu. Malah, dua-dua pun pernah merasakan kehilangan. Susah senang, sihat sakit saling menemani.

“Tetapi saya tunggu dia untuk sedia peluk Islam. Alhamdulillah, awal Oktober hari itu dia memeluk Islam dan kami terus merancang untuk menikah hari ini,” katanya teruja.

Dalam pada itu, Sabri turut bersyukur apabila anak dan keluarga kedua-dua belah pihak merestui niat mereka untuk berkahwin.

“Alhamdulillah, anak-anak kami merestui. Malah, keluarganya juga hadir ke majlis pernikahan kami.

“Saya berharap agar doa-doa yang baik daripada kalian dimakbulkan. Banyak perkara yang mungkin dia (Angeline) tak tahu. Berilah peluang kami berdua belajar.

“Apa yang penting keredaan dia menerima agama baharu dan juga niat kami berdua untuk sama-sama melayari bahtera perkahwinan ini hingga akhir hayat,” jelasnya.

Tambahnya lagi, mereka tidak mengadakan majlis resepsi hanya majlis pernikahan sahaja.

Sekadar info, Sabri dan Angeline mula berkenalan semasa berlakon di dalam sitkom popular era 90-an, Pi Mai Pi Mai Tang Tu yang membawa watak sebagai Lucy dan Wan Ismail Golok.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 3 Jul 2019
Featured Sat, 9 May 2026

Aedy Ashraf Dedikasi ‘Tarung Unforgiven’ Buat Mereka Yang Tak Pernah Mengalah – “Untuk Mereka Yang Luka Tapi Masih Pilih Percaya”

Aedy Ashraf tampil menitipkan kata-kata penuh makna terutamanya buat mereka yang sedang berjuang untuk kehidupan masing-masing.

Hiburan Tue, 3 Jul 2018

沙米尔等你《来爱》!首支单曲飞中国录音

李佩玲的同门师弟Meer Nash沙米尔经过筹备、培训1年后,他终于以首支单曲《来爱》正式出道!

Hiburan Mon, 20 Nov 2023

Netizen Kecam Aina Abdul Tak Batal Konsert.. Rupanya Ada Yang Tak Tahu Sebahagian Jualan Tiket Disumbangkan Untuk Palestin

Orang cakap, kaji dulu sebelum nak serang! Aina siap lancarkan sumbangan lagi tau sewaktu ANWAA 3.0

Hiburan Sun, 6 Jan 2019

Terlibat Sindiket Pelacuran, Pelakon Indonesia Ini Dibayar RM24,000 Sejam?

Pelakon sinetron ini dilaporkan ditahan oleh Polis Daerah Jawa Timur dalam serbuan membabitkan sindiket pelacuran atas talian.

Featured Tue, 20 Jun 2023
error: Content is protected !!