Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 16, 2023 @ 7:10pm

Famili Duo Raih 3.8 Juta Tontonan Pada Minggu Pertama, Kalahkan Semua Rancangan Hiburan!

Program realiti hiburan Famili Duo 2023 mencipta sejarah apabila berjaya meraih tontonan sebanyak 3.8 juta pada minggu pertama!

Selain menampilkan pasangan duo yang sensasi, pengumumum duo ke-6 iaitu pelawak kumpulan Zero, Sharif dan abangnya, Syafiul ternyata mengejutkan ramai.

Malah, duo adik-beradik ini berjaya ‘sapu’ gelaran juara ‘duo terbaik’ pada minggu pertama, selain mendapat komen positif daripada juri tetap profesional, Ajai dan Mas Idayu yang berpuas hati dengan persembahan mereka.

“Untuk menukar karakter dari sebuah program lawak ke program nyanyian realiti yang lebih serius mungkin agak sukar, tetapi Sharif dan Syaiful berjaya memberikan persembahan terbaik mengikut rentak Famili Duo melalui cara tersendiri.

“Kamu berdua berjaya menyusun lagu yang bermain dengan elemen rock, dangdut dan juga lawak. Itulah yang dinamakan kreativiti. Itu juga ciri-ciri yang dicari pada para peserta Famili Duo selama ini,” katanya.

Selain itu, menurut komposer dan penyanyi Ajai berkata duo adik-beradik itu berjaya mencipta lagu-lagu yang menarik dan mengikut peredaran zaman terkini.

“Kamu tahu cara untuk mengikut rentak lagu, kamu juga tahu penyampaian perasaan mengikut susunan lagu yang bersesuaian. Saya sangat bersetuju dengan susunan lagu yang kamu telah mengolah supaya memanfaatkan kekuatan kamu.

“Perkara itu saya ‘salute’. Saya harap benda ni berkekalan dan prestasi kamu berdua terus naik sehingga konsert terakhir,” ulasnya.

Baru-baru ini, Sharif dan Syaiful telah memberi bayangan kepada para penonton tentang pencabar utama mereka bagi musim ini iaitu Ryan dan Adam Bakery.

Untuk info, duo juara mingguan bakal memenangi hadiah bernilai RM10,000 pada tujuh episod pertama manakala finalis di pentas akhir Famili Duo berpeluang merebut hadiah wang utama sebanyak RM100,000.

Artikel Berkaitan: Family Duo: Sharif & Syaiful Ungguli Minggu Pertama Dengan 55.4%, Ini Kedudukan & Markah Penuh Peserta!

Artikel Berkaitan: Famili Duo 3: Komedi Atas Pentas Curi Hati Penonton, Sharif & Syaiful Zero Dinobatkan Duo Terbaik!

Artikel Berkaitan: Famili Duo: Tak Boleh Lawan Vokal, Adam & Ryan Bakery Pertaruhkan Kreativiti & Persembahan… Tak Sangka Jadi Top 3 Minggu Pertama

Artikel Berkaitan: Dari Pelawak Ke Penyanyi, Sharif & Syaiful Zero Peserta Ke-6 Famili Duo! Tak Sabar Tunjuk ‘Taring’ Dalam Nyanyian..

Konsert pertama FD2023 telah menyaksikan persembahan yang turut menghiburkan itu di tangga ketiga selepas pasangan Shila dan Syahir Amzah. Berikut adalah senarai kedudukan persembahan di minggu pertama #FamiliDuo2023.

1. Sharif & Syaiful – 55.4%

2. Shila Amzah & Syahir – 49.1%

3. Ryan & Adam Bakery – 42.2%

4. Tom & Fuad Rahman – 41.3%

5. Haqiem Rusli & Ariff Bahran – 37.8%

6. Adira & Emma Suhaimi – 36.2%

Lima pasangan telah diumumkan untuk bertarung di pentas Famili Duo 3 iaitu Shila Amzah & Syahir Amzah (adik-beradik), Adira & Emma Suhaimi (adik-beradik), Fuad Rahman & Tom (suami isteri), Ryan Bakery & Adam Bakery (adik-beradik), Haqiem Rusli & Ariff Bahran (sepupu).

Famili Duo 3 ini dibawakan khas oleh penaja utama OGAWA, penaja bersama Elegant Cosmetics, dan rakan penaja Centrum Multivitamin. Turut memeriahkan musim ini adalah OhBulan! dan XTRA sebagai Famili Digital, serta Hot FM sebagai Famili Radio.

Famili Duo 3 diketuai oleh Russell Mark Rodrigues (pengurus projek), Muhamad Sufian Che Isa (penerbit eksekutif) dan Noradillah Binti Abdullah (penerbit).

Gunakan hashtag #FamiliDuo2023 untuk menghangatkan lagi perbualan di laman sosial media. Jadi tunggu apa lagi? Pastikan anda mengundi duo selebriti kegemaran anda di pentas persembahan Famili Duo seterusnya pada 22 Oktober 2023, pukul 9.00 malam di TV3!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 19 Dec 2025

Izara Aishah Gelar Netizen ‘Mulut Puaka’ Biadap Gara-Gara ‘Face Shaming’ Sepupu – “Saya Tak Akan Bagi Muka Jika Orang Itu Dibuli Depan Saya”

Izara tegas dengan pendirian untuk tidak teragak-agak melindungi sesiap sahaja yang dibuli dihadapannya.

Featured Fri, 15 May 2026

Rambut Ditarik, Diikat Seperti Salib! Anak Ani Maiyuni Kongsi Semula Insiden Dibuli – “Ambil Masa Bertahun Untuk…”

Kata Viviana menerusi hantaran di Threads, perkara itu masih segar dalam ingatannya biarpun dia kini sudah berusia 21 tahun.

Hiburan Mon, 23 Apr 2018

People Believe That This South Korean Mum and Dad are Idols

Their daughter looks like she could be a child actress too.

Featured Mon, 15 May 2023
Anugerah Sun, 12 Feb 2023

AJL 37: Wow! Gabungan Wany Hasrita Bersama De Fam Antara Yang Bakal Hangatkan ‘Opening’ AJL 37 Malam Ini

Opening pun dah gempak guys! Jangan lupa malam ni 9 malam di TV3 okay

Events Thu, 11 Apr 2019

电影《姐妹》搞绰头「不满电影可退票!」

电影《姐妹》搞绰头!监制阿米尔说“看了电影不满意的可以退票。”

LIFESTYLE Tue, 30 Apr 2019
error: Content is protected !!