Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi October 18, 2023 @ 4:41pm

Lantang Kongsi Isu Palestin, Akaun TikTok Nadiyah Shahab Lesap, Hilang 400,000 Pengikut!

Pelakon Nadiyah Shahab terpaksa berputih mata apabila akaun TikToknya lesap gara-gara lantang bersuara mengenai isu Palestin.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Nadiyah memaklumkan akaun TikToknya yang mempunyai 400,000 pengikut itu telah dipadam oleh TikTok.

“Ok guys dah rasmi. TikTok telah padam akaun saya selama-lamanya.

“Saya telah cuba dapatkan semula tetapi mereka tidak benarkan. Selamat tinggal 400,000 pengikut & berjuta-juta tontonan!

“Sayang sekali… sebab video saya biasanya dapat berjuta-juta tontonan di sana. Ia akan jadi berguna sekarang bila kita perlukan,” maklum Nadiya di ruangan Insta Stories.

Tambah isteri kepada pelakon Ben Ali itu, dia tidak kecewa dengan kehilangan akaun tersebut namun sedih apabila akaun yang dikendalikan suaminya itu lesap dalam keadaan genting ini.

“Saya tak kecewa pun tidak ada TikTok lagi. Saya membuka pun sekali sahaja untuk memantau perniagaan saya.

“Setiap hantaran yang dimuat naik di sana pun suami saya yang kendalikan. Setiap rakaman, penyuntingan, kapsyen, semua Ben yang buat. Dah macam akaun peribadinya sendiri  sehingga dia dapat 400,000 pengikut.

“Saya buta teknologi. Saya pun tak tahu nak post video TikTok, apa lagi nak rekod.  Tapi saya sedih atas usaha dia yang sia-sia.

“Dan saya berasa sangat diam sebab ini adalah kali pertama saya minta dia post sesuatu untuk saya. Semua video Palestin dan kemudian ia dipadamkan.

“Tak mengapa. Ramai yang kehilangan nyawa. Hilang TikTok seperti harga kecil yang perlu dibayar untuk tingkatkan kesedaran,” tulisnya.

Terdahulu, Nadiya dilihat aktif dalam menyebar dan memuat naik hantaran mengenai konflik yang melanda Palestin di TikTok dan Instagram miliknya.

Malah akaun IG miliknya turut diberi amaran oleh Instagram kerana pelanggaran garis panduan keganasan dan hasutan.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Dayangku Intan Buka Tabung ‘Lawan’ Perdana Menteri, Sekali Netizen Kata ‘Baik Buka Tabung Bantu Palestin’

ARTIKEL BERKAITAN: Dikritik Netizen Kerana Tak Kongsi Konflik Palestin, Influencer Syamimia Tampil Mohon Maaf – “Terlampau Banyak Kebencian Dilemparkan Pada Saya”

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza Giat Bantu Palestin – “Saya Tak Ada Niat Lain, Saya Hamba Allah Yang Ada Tanggungjawab”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 31 Aug 2021

Dirawat di Hospital Ampang, Aishah Positif Covid-19

Penyanyi Aishah, 56, atau nama sebenarnya, Wan Aishah Wan Ariffin disahkan positif Covid-19 semalam. Kini dirawat di Hospital Ampang, Aishah mula mengalami gejala seperti demam panas dan semput. Selepas menjalani ujian saringan Covid-19, Aishah disahkan […]

Hiburan Thu, 8 Jun 2023
Hiburan Thu, 16 Mar 2023
Featured Tue, 16 Dec 2025
Featured Tue, 14 Apr 2026

“Kami Ni Orang Tengah Je, Yang Bantu Azar Azmi Ni Bukan Mama Atau Papa Tapi Anda Semua Yang Berhati Mulia” – Isteri Aliff Syukri

Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida tampil menzahirkan penghargaan terhadap rakyat Malaysia yang disifatkannya penuh dengan sifat belas ihsan selepas membantu pelakon, Azar Azmi.

error: Content is protected !!