Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 25, 2023 @ 3:29pm

Emosi Misha Omar Terkesan, Hati Robek Atas Nasib Menimpa Palestin… – “Tak Boleh Tidur, Hampir Deactivate Akaun”

Penyanyi popular, Misha Omar mengakui emosinya terkesan melihat nasib rakyat Palestin yang tidak henti direjam tentera Israel tanpa belas kasihan sehingga sukar untuk melelapkan matanya.

Misha atau nama lengkapnya Samihah @ Aisah Omar mengakui tragedi menyayat hati itu hampir membuatkannya nyahaktifkan (deactivate) akaun Instagram kerana tidak sanggup melihat keperitan dihadapi mereka terutamanya golongan wanita dan kanak-kanak.

“Sebenarnya beberapa hari lalu saya hampir nak deactivate akaun Instagram ni sebab tak boleh tahan tengok perkembangan anak-anak tak berdosa dalam peperangan.

“Setengah orang boleh buang saja foto-foto seperti itu dan teruskan hidup macam biasa. Tetapi, apabila melibatkan anak dan wanita ini saya jadi sangat terkesan.

“Saya rasa seram, tak boleh tidur sampai suami suruh saya deactivate akaun supaya dapat mengelakkan diri dari menangis, tak tidur.

“Tetapi saya nak tahu apa perkembangan terkini rakyat Palestin. Tragedi ini membuatkan saya untuk tak buka Instagram kecuali bila ada yang beri saya content lain untuk tonton, yang tidak menunjukkan wajah anak-anak, wanita syahid itu.

“Selalunya sumber memberi content baik-baik ini adalah suami saya, Firos dan kakak saya, Mimie,” katanya dalam broadcast message miliknya di aplikasi Instagram.

Misha Omar

Peristiwa yang berlaku ini membuatkan pelantun lagu malar segar Bunga-Bunga Cinta ini menjadi lebih menghargai orang di sekeliling, terutamanya masa bersama anak-anak, Muhammad Adam Emir, 17, dan Muhammad Idris Ezzwa, 7.

“Kita di sini pun patut lebih menghargai apa yang kita ada. Siapa yang ada anak tu saya rasa anda semua akan faham. Kita jadi extra sayang, extra care dekat anak-anak.

“Memang peluk anak rasa dia lain, sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Saya hargai masa bersama anak. Mungkn jiwa mak-mak la kot kan, saya tak boleh.

“Cuma saya nak anda semua jaga kesihatan mental juga, bila kita dengar suara dan tengok video tu memang mental kita boleh terkesan.

“Sangat sedih dengan apa yang berlaku, apa sahaja yang kita mampu lakukan untuk membantu mereka, beri sumbangan semampunya, selebihnya senjata kita hanya berdoa yang mampu disalurkan kepada mereka di sana,” akhirnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Misha Omar (@mishaomar)

Artikel Berkaitan: “Salahkan Saya, Jangan Kecam Misha Omar” – Persembahan Dikritik Terlalu Mesra, Naqiu Mohon Maaf Tak Jaga Sensitiviti

Artikel Berkaitan: Misha Omar Tak Mahu Kongsi ‘Journey’ Rawatan IVF, Mahu Jaga Sensitiviti Pasangan Tiada Zuriat

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kesal Wajah Dikritik Seperti B*b*, Misha Omar Tampil Pertahankan Nadeera Zaini 

Kredit foto: Utusan Malaysia, Ahma Dani

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 22 Jun 2023
Acara Fri, 28 Oct 2022

Aeril Zafrel Dedah Pernah Setahun Menyamar Jadi ‘Sis’ Gara-Gara…

Pelakon Aeril Zafrel mendedahkan pernah menjadi ‘sis’ ketika mula berjinak dalam perniagaan empat tahun lalu. Tidak mengupah pekerja untuk mengendalikan pesanan serta produk perniagaan, Aeril mengendalikan perkara terbabit bersama isteri, pelakon Wawa Zainal. “Hampir setahun […]

Hiburan Mon, 30 Jul 2018

Dia Band Tukar Vokalis Lagi?

Ia soal komitmen. Yazid juga memiliki single sendiri. Kumpulan kami perlu mengorak langkah ke hadapan dengan komitmen. Tiada soal perselisihan faham atau sebagainya.

Events Sat, 22 Jan 2022
Featured Mon, 23 May 2022

“Taklah Sehebat Mana, Tapi…” – Hadiahkan Diri Sendiri, Afieq Shazwan Beli Honda Civic RS

Tahniah! Afieq Shazwan menghadiahkan dirinya sebuah kereta baru Honda Civic RS 2022.

Trending Mon, 18 Jan 2021

BPR 2021: Cara Mudah Kemaskini Permohonan

Korang dah kemaskini ke belum? Jom buat sekarang!

Hiburan Fri, 13 Jul 2018

Si Perampas, Dengar Sini…Che Ta Nak Habaq!

Tapi hat (yang) jantan (yang lelaki) tu pun jenis gatai (gatal). Adoi… Ramai sangat yang duk DM kami cerita pasal rumah tangga mereka…

Trending Tue, 14 May 2019

Suami Kongsi Kisah Bila Si Isteri Kena ‘Try’ Dalam Pesawat Air Asia

Untuk jejaka itu, kalau anda sedang membaca artikel ini, kami doakan anda bertemu jodoh dalam masa terdekat.

error: Content is protected !!