Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi October 25, 2023 @ 7:25pm

Famili Duo 3: Tom & Fuad Mengaku Rasa Kekok Buat Persembahan Atas Pentas, Sedia Pikat Hati Juri Di Minggu Ketiga

Pasangan suami isteri Tom & Fuad masih menerima komen bahawa persembahan mereka di pentas Famili Duo 3 kekurangan dari segi keserasian.

Tambahan pula, markah kedudukan mereka lebih rendah berbanding pasangan pelawak Sharif & Syaiful.

Persembahan Tom dan Fuad pada minggu kedua dengan menyampaikan lagu medley ‘Istana Menanti’ dan ‘Kesal’ nyanyian asal Rahim Maarof dan Ella itu dikatakan kurang menambat hati juri.

Menurut juri profesional Mas Idayu, dia mengatakan keserasian duo ini tidak kelihatan malah nampak kekok ketika membuat persembahan.

“Mummy suka kamu berdua boleh menjadikan lagu solo ni kepada versi lagu berduet, tetapi saya dapat rasakan kamu berdua seakan sedikit kekok ketika sedang membuat persembahan.

“Secara individu, Mummy sangat suka vokal Fuad dan Tom walaupun ada kekurangan dari segi tempo, tapi secara keseluruhan ia persembahan yang seronok.

“Mummy nampak awak tengok satu sama lain tetapi keserasiannya tidak dapat dirasakan dari pandangan penonton.

“Mungkin persembahan yang seterusnya boleh tingkatkan kreativiti pentas supaya anda boleh lebih menonjolkan keserasian berdua,” komen Mas Idayu.

Kata Fuad pula, dia mengaku berasa sedikit kekok apabila membuat persembahan bersama isterinya itu.

Tidak mudah mengalah, Fuad menerima komen juri tersebut dengan positif dan akan menjanjikan persembahan yang terbaik pada minggu ini.

“Kami terima segala komen yang telah diberi oleh juri profesional kerana mereka hanya menasihati dan inginkan yang terbaik buat persembahan kami.

“Bagi keserasian Fuad dan Tom pula, memang kami mengaku yang ada sedikit kekok di atas pentas. Sebelum ini kami mengambil langkah berjaga-jaga kerana tidak ingin para penonton nampak terlalu romantik walaupun sedang bertanding di program realiti.

“Setelah mendapat komen membina dari para juri itu, kami akan memperbaiki kekurangan kami dan lebihkan keserasian di atas pentas selain fokus kepada vokal,” katanya.

Bakal menyampaikan lagu bertemakan rock pada minggu ketiga, Fuad berharap penonton dan juri terhibur dengan persembahannya bersama Tom.

“Minggu ini pula diberi cabaran tema rock, genre yang sememangnya forte kami, jadi kami akan terus berlatih dan cuba hasilkan persembahan yang lebih menarik.

“Semoga para peminat dan juri Mummy dan Ajai juga akan menyukai persembahan kami,” kongsi Fuad Rahman.

Jangan lupa saksikan Famili Duo musim ketiga setiap Ahad, jam 9 malam di TV3! Penonton boleh juga strim secara langsung di www.tonton.com.my atau strim secara HD hanya di Tonton.

Enam pasangan telah diumumkan untuk bertarung di pentas Famili Duo 3 iaitu Shila Amzah & Syahir Amzah (adik-beradik), Adira & Emma Suhaimi (adik-beradik), Fuad Rahman & Tom (suami isteri), Ryan Bakery & Adam Bakery (adik-beradik), Haqiem Rusli & Ariff Bahran (sepupu) dan Syarif & Syaful Zero (Adik Beradik).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 27 Oct 2021
Featured Thu, 12 Jun 2025

Gara-Gara Dituduh Simpan Dokumen Jantung Fara Salleh, Shuk Sahar Minta Bantuan ‘Maid’ Geledah Rumah 

Shuk Sahar seakan tidak berpuas hati apabila dikatakan menyimpan dokumen jantung milik Fara Salleh.

Hiburan Wed, 26 Oct 2022
Hiburan Sat, 21 Mar 2026
Hiburan Wed, 5 Apr 2023
Hiburan Fri, 9 Jan 2026

“Saya Sangat Dijaga & Dilindungi, Tak Pernah Disuruh Cipta Kontroversi” – Puteri Sarah

Puteri Sarah mengakui ada situasi di mana isu panas berlaku tanpa dirancang

Hiburan Thu, 21 Feb 2019

邕圣祐323来马!个人大马粉丝见面会

邕圣祐3月23日来马举办《Eternity》个人首次大马粉丝见面会。

Featured Fri, 5 Nov 2021

“Sangat Mencabar, Tapi Saya Rasa Saya Akan…” – Ismail Izzani Akui Sukar Buat Pilihan

Selalu macam tu kan penyanyi nak jadi pelakon, pelakon nak jadi penyanyi….

error: Content is protected !!