Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi October 26, 2023 @ 8:14pm

“Duda Ke, Dah Ada Anak Ke, Janji…” – Nadia Brian Tak Mahu Jadi Penyondol

Pelakon Nadia Brian menafikan dia menjual mahal dalam soal mencari jodoh sebaliknya sibuk bekerja sehingga tiada masa untuk bertemu dengan mana-mana lelaki.

Menurut Nadia atau nama lengkapnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 32, dia tidak mahu pisang berbuah dua kali selepas berdepan episod perceraian.

“Saya bukan jual mahal, saya terlalu sibuk sampai tak sempat nak berjumpa. Saya tak ada masa lagi nak ber’dating’.

“Mungkin selepas habis kerja atau tak sibuk… doakan saya berjumpa dengan jodoh yang baik,” katanya kepada XTRA.

Tambah Nadia, dia tidak mahu memberi harapan kepada mana-mana lelaki yang ingin mendekatinya.

“Saya kalau berkawan, saya akan berterus terang, mahu berkawan dahulu, takkan terus jalinkan hubungan kan.

“Saya tak mahu perkara lepas terjadi lagi, saya akan pasti berkawan dahulu, tapi kalau ada jodoh, tak tahu lah,” ujarnya.

Menurut pelakon drama Suri Hati ini lagi, dia mahukan seseorang yang bujang kerana enggan terpalit dengan mana-mana rumah tangga wanita lain.

“Kalau boleh seseorang itu serasilah dengan saya, bukan suami orang, sebab saya pun tak mahu jadi penyondol tak mahu disondol.

“Kalau tak nak timbul masalah di kemudian hari, kena pastikan jelas dahulu status, bujang ke, dah berkahwin ke.

“Saya tidak menolaklah kalau seseorang itu duda ke, dah ada anak ke, saya tidak ada rasa memilih.

“Jadi dia boleh terima saya, hormati keluarga saya, hidup bersama, Insya-Allah.

“Janji bujang, tak ada komitmen dengan sesiapa, kecuali kalau mempunyai anak, itu lainlah, tidak mengapa kalau duda,” tutupnya

Untuk rekod, Nadia pernah mendirikan rumah dengan lelaki bernama Muizz Nasruddin pada 2019 namun jodoh tidak panjang apabila mereka bercerai pada 2021.

ARTIKEL BERKAITAN:Kembali Bergelar Isteri? Ini Respons Nadia Brian – “Tak Letak Kriteria Tinggi Tapi…”

ARTIKEL BERKAITAN: Nadia Brian Dilabel Seksi Kerana Hasil Kerja

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 22 Nov 2024
Hiburan Fri, 25 May 2018

Usia 60 Tahun Bukan Penghalang, Amy Search Dapat Anak Lagi?

Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman telah mengumumkan berita gembira melalui laman instagram miliknya apabila isterinya @qasander mengandung lagi.

Hiburan Tue, 16 Dec 2025

Isteri Qi Razali Kini Hamil Lima Bulan

Rata-rata netizen tertumpu kepada ‘baby bump’ Wardah yang sudah membesar

Hiburan Thu, 21 Dec 2023
Hiburan Fri, 10 Apr 2026

Bertambah Lagi Princess, Izara Aishah Selamat Timang Anak Ketiga

Izara Aishah selamat melahirkan cahaya mata ketiganya.

Cahaya Mata Wed, 17 Aug 2022

“Semoga Mama Pun Kuat!” – Menangis Sampai Mata Bengkak! Mira Filzah Luah Perasaan Pertama Kali Jauh Dengan Anak

Ramai yang cakap Mira Filzah seorang ibu yang kuat dan dijadikan inspirasi buat ibu yang bekerjaya 😍

error: Content is protected !!