Euforia Bola 2026
Selebriti By: Atiqah Johari October 27, 2023 @ 9:17pm

Taufiq Hanafi, Anim Ezati Sedang Bercinta… Harap Hubungan Sampai Ke Jenjang Pelamin – “Dia Pandai Ambil Hati Saya & Keluarga”

Pelakon Taufiq Hanafi mengakui kini sedang mengenal hati budi personaliti televisyen, Anim Ezati dan berharap hubungan cinta mereka sampai ke jenjang pelamin.

Memetik laporan mStar, Taufiq menyifatkan Anim sebagai seorang wanita yang pandai mengambil hatinya dan juga keluarga.

“Jodoh, ajal, pertemuan semua di tangan Tuhan yang boleh dilakukan hanya usaha sajalah. Masing-masing ada pengalaman pahit tapi Alhamdulillah ini laluan yang ditunjukkan.

“Kitorang sebelum ini tak rapat tapi kenal satu industri dan dia berkawan dengan adik saya lepas tu kenal-kenal borak-borak jadilah. Kami masih berusaha untuk kenal satu sama lain.

“Satu benda yang suka dengan dia (Anim) ialah dia pandai ambil hati bukan saya saja tapi keluarga. Nak lepas saya, kena lepas keluarga dulu,” ujarnya.

Sedia maklum mengenai status kekasihnya itu, dia juga bersedia untuk belajar menjadi seorang bapa yang mampu memberi kasih sayang kepada anak-anak kelak.

“Anim tahu saya tak pernah berkahwin hanya pernah bertunang dan tak pernah ada anak. Saya tahu dia seorang ibu dan bersusah payah besarkan anak dia. Dia kena ajar saya dan saya kena banyak belajar. Saya kena belajar untuk jadi seorang bapa,” kongsinya.

Dalam pada itu, Taufiq memaklumkan dia belum merancang apa-apa untuk ke fasa seterusnya sebaliknya mahu masih mengenali susulan kisah silam masing-masing.

“Buat masa ini belum lagi rancang apa-apa. Kitorang rasa macam pengenalan itu penting dengan apa yang telah terjadi kami nak perjalanan kami berjalan cantik. Cukuplah sekali dengan apa yang kami pernah tempuhi dan harapnya dialah yang terakhir sampai bila-bila,” katanya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Anim Ezati Kini Berstatus Ibu Tunggal – “Kalau Boleh, Saya Tak Nak Langsung Kongsi Perkara Begini”

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 22 Sep 2022

[VIDEO] Rossa Jawab Tuduhan Didakwa ‘Perosak’ Rumah Tangga YouTuber Indonesia – “Chill, Saya Suka Yang…” 

Alamak, tak ada angin tak ada ribut nama Rossa dipetik perosak rumah tangga?

Featured Thu, 30 Oct 2025

“Saya Keluar Rumah Bersolek Pun Tak” – Alha Alfa Tepis Dakwaan Lelaki Tak Sesuai Pakai Makeup

Alha menegaskan, dia hanya mengenakan solekan ketika bekerja ataupun terlibat dalam mana-mana penggambaran.

Hiburan Thu, 29 Aug 2019
Trending Wed, 6 May 2020
Hiburan Thu, 21 Nov 2019
Hiburan Sat, 16 Aug 2025

[VIDEO] Noh Salleh & Isteri Bakal Timang Bayi Perempuan, Majlis ‘Gender Reveal’ Raih Tumpuan

Noh Salleh & isteri kongsi berita gembira bakal timang anak perempuan

Hiburan Tue, 20 Jun 2023
error: Content is protected !!