Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi October 27, 2023 @ 10:36am

[VIDEO] “Sentiasa Ingat Allah Ada Dengan Kita” – Pesanan Terakhir Allahyarham Bad Indigo

Semalam industri hiburan tanah air dikejutkan dengan berita duka pemergian penyanyi Bad Indigo, 48, yang dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung.

Bad menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 7:30 malam tadi di tempat kerjanya di bengkel kereta di Ampang.

ARTIKEL BERKAITAN: Bad Indigo Meninggal Dunia 

ARTIKEL BERKAITAN: Bad Indigo Meninggal Dunia Sebab Serangan Jantung, Ashira Terkejut & Hilang Kata-Kata – “Saya Masih Menggigil”

Menjengah ke media sosial Bad atau nama sebenarnya Badrul Izhan Yeop Abdullah itu, perkongsian terakhir dibuatnya di Instagram adalah tiga hari lepas.

Menerusi perkongsian tersebut, Bad memuat naik sebuah video yang memaparkan dia memberi pesanan kepada semua.

“Assalamualaikum, selamat pagi, harap semuanya sihat.

“Apa sahaja yang anda sedang lalui, atau apa sahaja yang menimpa anda, yang paling penting sekali jangan ‘give up’.

“Dan sentiasa ingat Allah ada dengan kita, Allah tak kejam kan, Insya-Allah buka pintu hati dan tengok banyak lagi kebaikan yang ada, Insya-Allah. Assalamualaikum,” pesan Bad ringkas.

Ternyata pesanan tersebut adalah pesanan terakhir yang dibuat kepada semua melalui media sosialnya.

Sementara itu, jenazah Allahyarham Bad akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kota Damansara, Petaling Jaya, selepas solat Jumaat, hari ini.

Sebelum ini, Allahyarham Bad yang menghidap kencing manis menjalani pembedahan membuang tiga jari kaki pada 9 Mei tahun lalu sebelum semua jari kakinya terpaksa dipotong beberapa bulan kemudian.

Bad Indigo

Untuk rekod, Bad pernah mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan penyanyi Ashira pada 11 Mac 2021 namun jodoh tidak panjang.

Mereka mengesahkan sudah bercerai pada 23 Jun 2022 tanpa berkongsi lanjut punca perpisahan tersebut. Mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 4 Feb 2024

Elizabeth Tan Alami Pendarahan Hidung 4 Jam Tanpa Henti Gara-Gara…

Uish lama tu sampai 4 jam! Kalau min dah panic dah 😰

Cahaya Mata Sun, 25 Sep 2022
Trending Thu, 3 Dec 2020
Featured Sat, 28 Jun 2025

Feby Putri Kembali Ke Kuala Lumpur Untuk Konsert ‘Vol.3: Hitam Putih’ 19 Julai Ini

Feby Putri Vol.3: Hitam Putih Live in Kuala Lumpur kembali!

Hiburan Fri, 28 Mar 2025

Johan Jalin Kolaborasi Bersama Fazley Yaakob, Dapat Idea Kerjasama Di Tepi Padang Bola

Johan menjalin kolaborasi istimewa bersama Datuk Fazley Yaakob.

Trending Wed, 3 Apr 2019

Netizen tersentuh Park Bo Gum mengalunkan lagu Belaian Jiwa semasa siri jelajah di Malaysia

Sebutan katanya semasa nyanyian seolah-olah penyanyi tempatan.

Featured Wed, 6 Oct 2021
error: Content is protected !!