Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 30, 2023 @ 5:04pm

[VIDEO] Bawa Perangai TikTok Naik Pentas Famili Duo, Netizen Terhibur Tengok Performance Adira & Emma Suhaimi -” Meremang! Memang Begini Perangai Berjiran Orang Sabah”

Pasangan penyanyi, Adira Suhaimi dan Emma Suhaimi mencuri perhatian selepas persembahan mereka pada konsert Famili Duo Musim Ketiga (FD3) yang berlangsung pada Ahad tular di TikTok.

Menerusi video yang dikongsikan, rata-rata peminat masih tidak ‘move on’ dengan persembahan pasangan adik-beradik ini, apatah lagi ketika mereka membawakan lagu popular dari Ratu Rock Malaysia, Ella berjudul Tiada Tangis Lagi dan Hukum Karma dari Kumpulan Wings.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

 

 

Selain tampil dengan tema ‘di luar kotak’, persembahan Adira dan Emma juga dipuji apabila mengetengahkan konsep hidup berjiran.

Bahkan, rata-rata warganet seakan boleh ‘relate’ dengan persembahan tersebut.

“Satu benda point of view jiran suka nyanyi bila dia guna speaker bluetooth tu.

“Tapi jiran memang ada yang macam ni. Asal aku nyanyi je dai nyanyi. Aku kuatkan speaker dia pun lagi kuatkan.

“Sama macam di Sabah.  Kalau berjiran mesti  begini.

“Sekarang ni aku pun boleh relate, selalu bila kau karaoke, jiran aku pun sama naik,” komen netizen.

 

Tidak habis di situ, terdapat juga segelintir warganet yang memuji sikap kelakar dan ‘gila-gila” Adira yang sebelum ini hanya dapat dilihat menerusi video yang dimuat naik di platform TikTok nya.

“Allah! Dia bawa naik perangai TikTok dia dekat pentas Famili Duo.

“Bukan perangai TikTok je yang dia bawa, sekali anak dia daaa di angkut.

“Last gaya kau Adira bawa gaya TikTok di pentas FD3.

“Astaga! Dibawa sudah anaknya naik pentas. Sama-sama naik ek.

“Ni perangai TikTok kak Adira ni. Lucunya!,” komen netizen.

 

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telahpun di tonton lebih 300, 000 tontonan dan menerima lebih 18,000 tanda suka sejak ia dimuat naik.

Sekadar info, untuk konsert Famili Duo minggu ketiga ini, Adira dan Emma berjaya membawa pulang hadiah mingguan berjumlah RM10,000 selepas menerima 62.9 markah.

Selain Adira dan Emma, antara peserta lain yang terlibat dalam program FD3 ini adalah, Shila Amzah dan Syahir, Ariff Bahran dan Haqiem Rusli, Tom dan Fuad, Ryan dan Adam Bakery serta Syarif  dan juga Syaiful.

Famili Duo Musim Ketiga ini akan bersiaran pada setiap Ahad, pukul 9 malam, di TV3.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 30 Jun 2025
Hiburan Mon, 24 Feb 2020

[VIDEO] “3 ,4 Kali Ulang Still Hilarious” – Netizen Puji Senang Terhibur Minggu Kedua Bikin Pecah Perut

Senang Terhibur minggu kedua diteruskan lagi dengan persembahan pembukaan iaitu nyanyian daripada Shuk Sahar dan Jihan Muse dengan lagu Pening nyanyian asal Ezlynn  dan kemeriahan terus dihangatkan dengan artis jemputan seperti Neeta, Aepul Roza, Myo […]

Hiburan Wed, 4 Feb 2026
Featured Sat, 10 May 2025
Hiburan Thu, 2 Oct 2025
Hiburan Mon, 2 Sep 2019

‘Ya Allah Bersihnya Muka Dia…’- Ashraf Muslim Kongsi Pengalaman Terindah Di Tanah Suci

Beruntung sungguh Ashraf…doakan kesejahteraan kami di sini ya! 

Featured Tue, 27 Dec 2022
Hiburan Tue, 16 Dec 2025
Featured Wed, 16 Jan 2019

Bayi ini dipilih sebagai model kempen jenama syampu terkemuka kerana rambutnya!

Rasanya dialah model tercomel dalam sejarah iklan syampu.

Hiburan Wed, 4 Apr 2018

Isu Ditampar, Ogy Nak Jumpa Aiman Tino!

Apabila dia menjelaskan situasi sebenar saya jadi marah dan ingin berjumpa dengan Aiman dan pihak pengurusannya yang dikatakan tidak berpuas hati dengan kejadian itu. Semoga semua berakhir dengan baik ya!

error: Content is protected !!