Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 2, 2023 @ 10:51am

Pukau 14,000 Peminat Di Pulau Pinang, Ella Bersolidariti Untuk Rakyat Palestin!

Ratu rock negara, Ella menjadikan Konsert Jilid Akhir: Puteri Kota yang berlangsung di Spice Arena, Bayan Lepas, Pulau Pinang pada Sabtu lalu, sebagai platform solidariti untuk penduduk di negara bergolak, Palestin.

Menerusi konsert yang disaksikan hampir 14,000 penonton yang hadir, Ella dalam busana serba putih membawa bendera Palestin sebagai simbolik solidariti terhadap rakyat negara itu.

Malah, dia juga menyeru semua penonton yang hadir membacakan Al-Fatihah sambil melaungkan ‘Free Palestine’.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by E L L A (@ellaaminuddins)

 

 

Sebelum konsert dimulakan, persembahan montaj 35 tahun penglibatan Ella sepanjang berada dalam bidang seni turut dipersembahkan melalui kesan audio visual yang menarik dengan diiringi lagu Ulek Mayang.

Malah, kehangatan konsert diteruskan apabila Ella  membawakan lebih 40 buah lagu hitnya seperti, Belenggu, Tiada Tangis Lagi, Sujud, Prinsip, Anak Patung, Retak, nggakPengemis Cinta, Sembilu, Sepi Sekuntum Mawar Merah, Layar Impian, Kitalah Bintang, Permata Biru, Standing In The Eyes Of The World dan Gemilang.

“Alhamdulillah, pertama sekali terima kasih kepada semua penonton yang sudi hadir ke konsert saya dan buat semua krew yang terlibat.

“Walaupun berdepan dengan masalah kesihatan sejak 2 minggu yang lalu oleh kerana jerebu, saya agak risau jika malam konsert terpaksa dibatalkan, tapi berbekalkan doa serta semangat dari semua, saya berjaya melunaskan tanggungjawab saya pada malam ini untuk orang-orang utara.

“Saya rasa terharu berbaur sedih kerana berpeluang dapat membuat persembahan di tempat asal kelahiran saya.

“Dan terima kasih buat semua yang ‘support’ solidariti saya terhadap Palestin melalui sumbangan kepada tabung Cinta Gaza Malaysia, salah satu cara kita dapat membantu secara fizikal dan sudah pastinya doa dari anda semua. Peace, love, rindu,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ERA – Muzik Hit Terkini (@era.je)

 

Pada konsert itu juga, penampilan istimewa daripada penyanyi Kaka Azraff yang juga merupakan anak saudaranya turut menyanyikan lagu berjudul Bawaku Pergi bersama adiknya yang juga merupakan seorang penyanyi sekitar tahun 90-an, Korie sebelum kedua-duanya menyanyikan lagu Pergilah Sayang.

Selain itu, suaminya, Kapten Azhar Ghazali juga tidak melepaskan peluang untuk berduet romantis bersama Ella menerusi lagu Peace Love Rindu dan Mendung Tak Bererti Hujan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SINAR (@sinar_my)

 

Kemeriahan konsert yang berdurasi lebih tiga jam itu turut dimeriahkan, dengan kejutan buat peminat di tempat kelahirannya apabila membawakan penampilan khas, Datuk Awie menerusi lagu duet popular mereka berjudul, Baldu Biru dan nyanyian solo Awie, Penjara Misteri.

Sekadar info, konsert yang bertemakan Glam Rock solidariti Palestin, Konsert Jilid Akhir: Ella Puteri Kota Edisi Utara adalah siri jelajah ketiga selepas Kuala Lumpur dan Singapura.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

#tilljannah Mon, 9 Jan 2023
Hiburan Sun, 29 Dec 2019

Nick Jonas Ganti Adam Levine Dalam THE VOICE 2020!

Nampaknya, persaingan agak sengit dalam The Voice musim terbaharu ni.

Hiburan Mon, 20 Aug 2018

Nah…Ismail Izzani Jawab Dakwaan Sombong Dengan Peminat

Permohonan maaf sudah dibuat kepada pihak terbabit, cuma saya sedikit terkilan kerana dia memilih untuk bersuara di media sosial. Ini membuka ruang kepada mereka yang tidak tahu cerita, melemparkan tuduhan.

Featured Sun, 24 Oct 2021

“Ini Bukan Gimik”- Sweet Qismina & Adam Lee Selamat Bertunang

Tahniah diucapkan buat pasangan sama cantik sama padan, Sweet Qismina dan Adam Lee yang mengikat tali pertunangan, petang tadi. Difahamkan, majlis berlangsung di sebuah premis persendirian di Ampang, dihadiri 20 tetamu dalam kalangan ahli keluarga […]

Hiburan Thu, 4 Oct 2018

Tupac is Alive and in Malaysia???

A video footage of Tupac in Malaysia is going viral right now.

Featured Tue, 30 Jan 2018

5 Mitos Diet Yang Perlu Anda Tahu

Berdiet juga perlu punya ilmu. Jangan semborono mengikut nasihat yang entah betul entah tidak.

Hiburan Wed, 30 May 2018

Sasqia – Saya Bukan Jahat!

Sasqia gembira terpilih menerajui drama bersiri 50 episod ‘Koko Coklat’ yang akan ditayangkan di TV3 dan tonton secara serentak kelak. Malah, Sasqia turut teruja dipilih menjayakan filem arahan Syafiq Yusof, ‘Misteri Dilaila’ selaku teraju utama

Featured Tue, 14 Apr 2026

Dalam Duka Kehilangan, Bapa Pelajar Maut Dirempuh Kereta Depan Surau Reda Ketentuan Takdir – “Saya Maafkan Guru Itu”

Bapa Nur Fatimatul Hawa menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan terhadap insiden tersebut.

error: Content is protected !!