Hiburan By: Maya Basir November 3, 2023 @ 2:57pm

“Ibu Pernah Cadang Saya Jumpa Pakar…” – Fizi Ali Akui Hidup Terumbang-Ambing Lepas Bercerai, Isteri Berjaya Kembalikan Senyuman

Penyampai radio Hot FM, Fizi Ali memberitahu perkahwinan kali kedua bersama Siti Zulaikha mengembalikan semula kebahagiaan dalam hidupnya.

Memetik laporan Harian Metro, sejak bercerai, Fizi akui hidupnya terumbang-ambing dan menangis hampir setiap hari kerana merindui anaknya, Nurul Ameena Sofia.

“Sebelum ini, hidup saya sangat menyedihkan. Bayangkan setiap pagi saya nampak gembira di konti, namun ketika dalam perjalanan pulang ke rumah, saya akan menangis kerana terlalu merindui anak.

“Ibu saya juga pernah mencadangkan untuk pergi mendapatkan rawatan pakar kerana risau dengan keadaan kesihatan mental saya ketika itu.

“Pada masa sama, isteri pernah berjanji sebelum berkahwin untuk mengembalikan senyuman saya yang hilang. Alhamdulillah, dia benar-benar menepati janjinya itu,” katanya.

Disoal tentang hubungan dengan anak, Fizi bersyukur Ameena dapat menyesuaikan diri dengan isteri dan anak tirinya, Damia.

“Saya sangat bersyukur kerana Ameena mudah menyesuaikan diri dengan ibu tirinya. Mungkin kerana isteri seorang yang penyayang dan bijak mengambil hati kerana dia juga ibu tunggal yang memiliki seorang anak.

“Selama ini Ameena membesar sendirian tanpa adik-beradik lain. Jadi, bila mempunyai seorang kakak sekarang, dia nampak sangat gembira.

“Mereka sangat rapat, kalau ke mana-mana pun asyik berpegangan tangan,” ujarnya.

Susulan salah faham tentang gambar anak tiri menutup mulut Ameena, Fizi memilih untuk mendiamkan diri selepas menerima pelbagai kecaman bagi meredakan keadaan.

“Saya mohon maaf kepada semua pihak yang terasa hati termasuk pihak media kerana tidak membalas mesej mahupun panggilan ketika itu kerana saya mahu redakan keadaan kami yang trauma dengan kecaman ketika itu.

“Sebenarnya, sebelum bernikah, kami juga sudah bertunang pada Jun lalu tetapi saya terpaksa rahsiakan perkara itu kerana mahu selesaikan perkara wajib dengan pernikahan dulu,” jelasnya.

Untuk rekod, Fizi dan isteri, Siti Zulaikha mendirikan rumah tangga pada 23 Oktober lalu.

Sebelum ini, Fizi pernah berkahwin dengan pelakon, Shakila Khoriri pada 18 Februari 2018 namun telah bercerai pada Disember 2021.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 9 Sep 2021

Orang Ramai Boleh Melancong Ke Langkawi Mulai 16 September

Para pengunjung yang ingin mengunjungi Pulau Langkawi perlu memohon kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Menurut  Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Nancy Shukri mulai 16 September, Langkawi boleh dikunjungi pelancong dari seluruh negara […]

Trending Thu, 25 Feb 2021
Hiburan Mon, 29 Jan 2018

大马环球音乐歌手与歌神张学友「相认」

阔別6年,万众瞩目的「歌神」张学友《A CLASSIC TOUR 学友•经典世界巡回演唱会》终于来到了吉隆坡站。与歌神同门的大马环球音乐旗下艺人歌手Eunice何沛璇、Alvin钟槿桦以及林文荪也纷纷籍此难得的机会到场师兄“相认”。

Hiburan Tue, 1 Oct 2019
Featured Mon, 13 Feb 2023

Altimet Bidas Individu Pertikai Cara Penilaian Juri AJL 37

Setiap tahun mesti akan ada isu ni.. Hmm

Featured Fri, 6 May 2022

“Sambutan Raya Tahun Ini Penuh Freedom, Jauh Dari Segala Anasir Lain” – Shila Amzah

Alhamdulillah.. Sambutan hari raya penuh kebebasan buat Shila

TECH Mon, 20 Feb 2023