Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 7, 2023 @ 2:46pm

Pakai Loket Huruf ‘Z’, Rantai Emas Fyna Jebat Curi Tumpuan

Penampilan terkini penyanyi, Fyna Jebat mencuri perhatian ramai yang tertumpu kepada bentuk huruf loket tertera di rantai miliknya.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, Fyna memakai rantai emas dan loket (pendant) huruf abjad Z.

Susulan itu, berdasarkan video temu bual bersama XTRA baru-baru ini, ramai mendakwa huruf abjad Z itu adalah bekas suaminya, jurulatih bola sepak kebangsaan Datuk Zainal Abidin Hassan.

Bukan itu sahaja, netizen juga menganggap Fyna masih belum ‘move on’ apabila memakai rantai huruf abjad Z itu.

Meninjau ke akaun Instagram Fyna, adik kepada penyanyi Ayda Jebat ini dilihat sudah lama memakai rantai tersebut, namun memilih untuk mengkaburkan bahagian huruf abjad di rantainya itu.

Fyna Jebat

Bagaimanapun, sehingga kini tiada respons daripada pihak Fyna berhubung dakwaan tersebut.

Sebelum ini, Fyna turut mengaku dia masih bersahabat dengan Zainal Abidin walaupun sudah berpisah.

Fyna juga menegaskan imej berambut pendeknya itu tiada kaitan dengan penceraian bersama Zainal.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Imej Baharu Rambut Pendek Bukan Kerana Bersedih, Fyna Jebat Fokus Karier Selepas Cerai

@xtra_my

Orang kaitkan dengan cerita lama? Apa yang lepas tu, biarlah berlalu. Saya pun masih bersahabat dengan bekas suami – Fyna Jebat. #xtratonton #xtramy ⁣⁣⁣⁣⁣#artismalaysia #xtra #viral #beritaterkini #tonton #motifviral #malaysia #makcikbawang #tontonmy #trending #news #familiduo #berduolebihbaik #fyp

♬ original sound – XTRA – XTRA

Terdahulu, anak Zainal Abidin iaitu Zahira AIsyah memberi bayangan bapanya sudah bercerai dengan Fyna.

Zainal kemudian mengesahkan dakwaan tersebut mengatakan sudah bercerai secara baik dengan Fyna pada Ogos lalu.

Malah, selepas penceraian Fyna mula mendiamkan diri selama beberapa bulan sehingga Ayda menganggap adiknya itu dalam tempoh bertenang.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mengaku Jumpa Fyna Jebat, Zainal Abidin Tampil Jelaskan Perkara Sebenar – “Memang Itu Saya, Kami Nak Selesaikan…”

Artikel Berkaitan: 3 Bulan Fyna Jebat Tak Dapat Dihubungi, Didakwa Emosi Terganggu Bercerai Dengan Zainal? – “Mesej Dan Call Pun Tak Jawab…”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 2 Oct 2018

Betul Ke Zul Ariffin Jatuh Cinta Dengan Azira Syafinaz ?

Wah! Nak tau sweet ke tak Zul dan Azura Syafinaz, kenalah baca artikel ni okay!

Hiburan Fri, 16 Aug 2019
Hiburan Sun, 12 Aug 2018

Pelakon Amisah Abdullah Meninggal Dunia

Menurut Persatuan Seniman Malaysia, Allahyarham yang pergi pada usia 52 tahun tidak sedarkan diri awal pagi ini sebelum pihak perubatan yang tiba mengesahkan arwah telah meninggal dunia.

Trending Tue, 12 Dec 2017

Warga Emas Dakwa Dihalau 7 Anak Bagaikan Anjing Kurap

Warga Emas Dakwa Dihalau 7 Anak Bagaikan Anjing Kurap Selepas Serahkan Hartanya Bernilai RM 4 Juta

Featured Thu, 9 Feb 2023

[VIDEO] “Tolong Eh, Jangan…” – Zizan Razak Marah Individu Tanya Soal Khai Bahar Pada Hawa Rizwana?

Amboiii Zizannn, kalau suka bagi tahu terus 🤪🤪 Nanti terlepas.. Hihiii

Trending Fri, 26 Jul 2019

Kena ‘Reject’ Bekas Isteri, Lelaki Ini Cari Pemutar Skru Untuk…

Mangsa berkahwin dengan suspek pada November 2014 dan mempunyai seorang anak perempuan berusia empat tahun sebelum bercerai pada Julai 2017 di Mahkamah Syariah Besut

error: Content is protected !!