Euforia Bola 2026
Events By: Atiqah Johari November 21, 2023 @ 7:20pm

“Saya Tak Setuju Kalau Kita Nak Samakan Konsert Aina Abdul Dengan Coldplay” – Lah Ahmad

Penyanyi Lah Ahmad tampil memberi pandangannya apabila ada yang menganggap konsert yang diadakan seakan-akan tidak menghormati konflik yang sedang berlaku antara Palestin-Israel.

Kata Lah atau nama sebenarnya Abdullah Ahmad, dia hadir ke konsert A Night With Aina Abdul 3.0 (ANWAA 3.0) pada Sabtu lalu bagi menghormati jemputan yang diberikan.

“Konsert Aina hari itu saya menghormati dia menjemput saya. Dia sebagai tuan rumah, jadi saya mengisi jemputan dan saya tengok Alhamdulillah bagus juga persembahan dia itu dapat masukkan lagu-lagu irama Malaysia dengan lagu Palestin,” ujarnya.

Dalam pada itu, Lah juga berpendapat dia tidak bersetuju jika konsert ANWAA 3.0 disamakan dengan konsert Coldplay yang bakal berlangsung pada esok kerana mereka mempunyai pandangan yang berbeza untuk bersolidariti.

“Bukan nak kata anti Coldplay tapi saya pun dengar lagu Coldplay tapi tak beli tiket pun. Kita nak boikot kena ada ilmu juga.

“Saya tak setuju kalau kita nak samakan konsert Aina dengan konsert Coldplay sebab Coldplay sebuah band legend tapi bukan Muslim, mungkin mereka ada oandangan lain terhadap isu peperangan Palestin-Israel.

“Bila Aina Abdul buat konsert dia juga ada pandangan sendiri terhadap isu Palestin-Israel. Jadi, kita pun ada pandangan masing-masing. Bila kerja ni saya cuba buat dengan sehabis baik,” tuturnya lagi.

Tegasnya lagi, Islam tidak menghalang untuk berbuat apa-apa namun perlu patuh dengan syariat yang ditetapkan.

“Saya dulu semasa belajar (agama) saya takut sangat-sangat bila ada ulama’ yang cakap, kita mengagung-agungkan artis yang tidak solat, kegelapan hati artis tersebut akan menyerap masuk ke dalam hati kita juga.

“Sebagai orang Islam kita takut benda itu. Saya bersihkan hati betul-betul sebelum mula menyanyi dan sampaikan kepada orang. Saya pegang macam tu. Islam ini banyak boleh buat tapi kena ikut syariat.

“Janganlah sampai itu tak boleh, ini tak boleh sampai takut nak buat apa-apa. Bukanlah nak menghalalkan apa yang salah tapi kita kena menuntut ilmu dulu sampai habis dan kita kena ada cara dakwah masing-masing,” kata Lah.

Lah Ahmad ditemui di sidang media single baharunya berjudul Alhumaira yang berlangsung di The Curve, Mutiara Damansara pada petang tadi.

Alhumaira merupakan kolaborasai pertama Lah Ahmad bersama penerbit dan komposer, Hafiz Hamidun yang bukan sekadar lagu cinta semata-mata tetapi mengenai kesyukuran dan kesetiaan seorang lelaki kepada wanita yang dicintai.

Single ini boleh distrim di semua platform digital mulai 24 November 2023, tepat jam 12 malam. Alhumaira diterbitkan oleh Arteffects Sdn. Bhd. dan diedarkan oleh Sony Music Entertainment Sdn. Bhd.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 24 May 2021

Kini Berkahwin Dengan Kerabat Brunei, Tengku Amalin Aisyah Putri Pernah Bergelar Majistret

Semenjak mendirikan rumah tangga bersama suami tercinta, YAM Pengiran Muda Abdul Qawi Ibni DYTM Pengiran Hj Mohamed Bolkiah, Yang Amat Mulia (YAM) Tengku Amalin Aisyah Putri dilihat lebih banyak menumpukan masanya terhadap keluarga dan kerjaya. […]

Hiburan Mon, 23 Oct 2023

“Saya Jenis Introvert, Tak Out Going Sangat” – Sophia Albarakbah Teruja Lakonkan Watak Wanita Bertenaga & Lincah

Sebagai artis yang serba boleh, bagi je lah watak apa pun, mesti boleh bawa punya!

Hiburan Sun, 1 Sep 2019
Featured Tue, 14 Feb 2023

Kesal Netizen Hambur Kata-Kata Tak Senonoh Kepada Isteri & Arwah Ibu, Jiran Dakwa Ali Puteh Ada Niat Buruk – “Dia Nak Rumah Tu”

Alamak, betul ke ni? Tapi kot ye pun, janganlah sampai menghina orang yang dah tiada 😭😭😭

Featured Wed, 28 Nov 2018
Trending Sat, 9 Feb 2019

Bayi Usia 9 Bulan Antara 5 Yang Terlibat Dalam Kemalangan di Kuala Nerus

Salam takziah buat family yang terlibat dalam kemalangan di Kuala Nerus pagi tadi. Al- Fatihah

Trending Thu, 28 Mar 2019

才女插画家把「同色系」卡通人物归类

是否还记得,小时候在看卡通时总是会以颜色来区分角色?

error: Content is protected !!