Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 27, 2023 @ 11:02am

Diarak Persis Ratu Jawa, Nabila Razali & Suami Jadi Tumpuan… Enggan Kongsi Lokasi Bulan Madu -“Tunggu Saja Di Sosial Media Saya”

Penyanyi popular, Nabila Razali dan suami, Nik Iruwan Nik Izani menjadi sorotan apabila tampil dengan persalinan Jawa pada majlis resepsi kedua penyanyi itu yang berlangsung di sebuah hotel di Damansara pada Ahad.

Dan lebih mencuri tumpuan, penyanyi itu juga diarak persis ratu Jawa apabila tampil memasuki dewan dengan menaiki tandu sejauh kira-kira 100 meter sambil disaksikan 250 tetamu yang hadir dengan berpakaian tradisional batik.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@xtra_my)

 

Berkongsi lanjut mengenai tema yang dipilih, Nabila atau nama penuhnya, Nur Nabila Mohd Razali, 31, berkata, tema ini lain dari resepsi sebelumnya memandangkan ayahnya merupakan seorang yang berketurunan Jawa dan ia pastinya lebih dekat dan sesuai untuk ahli keluarga yang hadir.

“Ayah saya keturunan Jawa jadi dekat rumah pun masih lagi kadang-kadang bercakap dalam bahasa itu terutamanya kalau balik kampung.

“Jadi, saya rasa untuk kelainan beberapa resepsi yang dibuat termasuklah sebelum ini, yang bertemakan English Garden dan kali ni tema Jawa dipilih memandangkan saya juga ada keturuna Jawa melalui ayah saya. Jadi saya rasa lebih dekat dan sesuai dengan keluarga saya,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@xtra_my)

 

Selain itu, ketika ditanya mengenai lokasi bulan madu bersama suaminya, pelantun lagu peluang kedua ini bagaimanapun enggan berkongsi lanjut mengenai perkara itu kepada umum, sebaliknya menunggu sahaja kemaskini hantaran di laman sosial miliknya.

“Perancangan tu of course ada tapi dalam masa sama saya da akerjaya yang perlu saya titik beratkan, saya perlu fokus juga tapi saya cubalah untuk bahagikan masa yang seimbang untuk kehidupan berumah tangga, honeymoon dan kerjaya saya. So, Insyaa-Allah soon.

“Lokasi dirahsiakan… tapi kalau ad ananti tunggu disosial media saya saja,” jelasnya.

Pada majlis tersebut juga, Nabila tampil istimewa menyanyikan lagu baharunya berjudul Hanya Kamu khas buat suami tercinta.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@xtra_my)

 

Terdahulu, Nabila sah bergelar isteri kepada Nik Iruwan dengan sekali lafaz dalam satu majlis pernikahan yang berlangsung pada 18 November lalu.

Pasangan itu selamat dinikahkan oleh jurunikah, Ustaz Fawwaz Zarin Che Lah dalam satu majlis tertutup yang berlangsung di sebuah resort di Bukit Tinggi, Pahang.

ARTIKEL BERKAITAN:”Cara Berkenalan Dengan Suami? Cukup Kami Sahaja Tahu” – Kisah Cinta Nabila Razali Ada Dalam Lagu ‘Hanya Kamu’

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] “Dia Memahami & Matang” – Kongsi Ciri Menarik Suami, Kerjaya Seni Nabila Razali Berjalan Seperti Biasa Selepas Kahwin

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Bagitahu Nak Kenalkan Mereka” – Asyraf Khalid Kongsi Jadi ‘Matchmaker’ Nabila Razali & Nik Iruwan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 5 Feb 2026

Sempena Hari Kanser Sedunia, Elyana Kongsi Luahan Menyentuh Hati – “Jangan Pernah Ejek Rasa Sakit Yang Belum Kau Rasakan”

Elyana mengingatkan orang ramai agar tidak mudah meremehkan penderitaan dan beban yang ditanggung oleh seseorang.

Trending Mon, 12 Aug 2019

ATM Bank Diletupkan, RM300,000 Lesap

Ganas juga sekarang ni perompak, mesin ATM pun nak dirompak

Program TV Wed, 3 Aug 2022

“Benda-Benda Macam Ni Ada” – Detik 12 Malam Bakal Naikkan Bulu Roma Penonton

Jangan lupa tonton Detik 12 Malam setiap Jumaat, 11.30 malam di TV3.

Featured Sun, 22 Mar 2026

Jazmy Juma Teringin Bawa Kekasih Beraya Di Kampung

Pelakon Jazmy Juma mengaku sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini disambut secara sederhana bersama keluarga tercinta.

Events Thu, 20 Jun 2019
Hiburan Tue, 26 Nov 2019
Featured Wed, 31 Jan 2024
error: Content is protected !!