Euforia Bola 2026
Hiburan By: Syamir Shafie November 30, 2023 @ 12:39pm

Bakal Tunai Umrah Hujung 2023, Nasha Aziz Dedah Kena ‘Sidai’ Baki Bayaran Lakonan Selama Setahun

Pelakon dan model Nasha Aziz meluahkan rasa syukur apabila bakal menunaikan ibadah umrah penghujung tahun ini setelah dugaan demi dugaan dihadapinya.

Nasha atau nama sebenarnya Noraishah Abdul Aziz yang berangkat seorang diri itu memberitahu impian tersebut telah sekian lama dipendam olehnya.

“Ini adalah salah satu doa saya yang Allah dengar. Doa ini saya sudah panjatkan sebaik sahaja selesai menjalani penggambaran drama rantaian tahun lalu,” katanya.

Memetik laporan Berita Harian, Nasha kesal dengan tindakan seorang penerbit drama yang lambat melangsaikan bayaran lakonan sehingga menelan masa setahun.

Kelewatan tersebut telah mengganggu pelbagai urusan untuk menunaikan umrah.

“Sepatutnya kos menunaikan umrah adalah baki bayaran lakonan drama yang masih belum dijelaskan. Malah, penerbit drama juga berjanji akan bantu urusan tempahan.

“Namun, tunggu punya tunggu sampai setahun, tapi tak ada juga. Atas kuasa Allah, saya tetap diundang untuk menjadi tetamu-Nya,” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nasha Aziz (@nashaaziz)

Sementara itu, Nasha sudah tawar hati menunggu baki bayaran lakonan tersebut dan menggunakan sumber kewangan lain bagi menangung segala kos yang diperlukan.

“Walaupun kos pemergian saya ini bukan daripada baki bayaran yang masih belum dijelaskan, tapi Allah beri rezeki lain yang membolehkan saya menunaikan impian ini.

“Insya-Allah, saya akan berangkat ke Tanah Suci pada 26 Disember ini selepas penggambaran telefilem yang dijayakan ketika ini selesai,” jelasnya.

Dalam pada itu, pemenang trofi Pelakon Wanita Terbaik (Filem) Anugerah Skrin 2005 itu turut berbangga dengan dirinya kerana menggunakan wang sendiri untuk menunaikan umrah.

Menyifatkan ia merupakan pencapaian terbesar buatnya, pelakon drama bersiri komedi Supermak itu mahu lebih berdikari tanpa perlu menyusahkan orang lain.

“Sepanjang menjadi model dan anak seni, saya tidak pernah membelanjakan pendapatan yang diperoleh untuk pergi bercuti ke luar negara. Sebaliknya, saya gunakannya untuk tunaikan tanggungjawab terhadap keluarga, diri sendiri dan apa sahaja yang sepatutnya.

“Saya juga pernah berjanji dengan diri sendiri, jika saya dapat satu tawaran besar, percutian pertama saya untuk terapi diri, saya mahu ke Makkah.

“Pada mulanya saya sangka impian ini tak kesampaian apabila hutang yang sudah setahun tertunggak tidak dijelaskan,” katanya lagi.

Sumber : BH

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 25 Mar 2025

Razak A’ai Bergabung Dengan Khaleesi & Mortal Rhyme, Bawa Identiti Tradisional dalam Lagu Raya ‘Ala Joget Raya’

Razak A’ai memainkan peranan utama dalam penghasilan lagu raya terbaru terbitan Todak Fusion berjudul ‘Ala Joget Raya’.

Featured Mon, 16 Jan 2023
Featured Mon, 22 May 2023
Hiburan Mon, 11 Sep 2023
Trending Mon, 4 Jan 2021

Ziela Jalil Bermadu Kali Kedua

Jodoh rahsia Tuhan..

Hiburan Thu, 16 Nov 2023

Enggan Terjerat Cinta Lokasi, Sharifah Rose Utamakan Kerjaya

Oh Rose cari yang tak suka marah-marah tau!

Hiburan Fri, 15 Mar 2024
error: Content is protected !!