Hiburan By: Padin December 3, 2023 @ 7:00am

Aeril Zafrel, Wawa Zainal Melangkah Maju Selaku Penerbit… Satukan Aedy Ashraf, Nadhir Nasar & Meerqeen Dalam Filem Klepet!

Pasangan selebriti terkenal, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal mula berjinak menjadi penerbit menerusi syarikat Respected Citizen Sdn Bhd yang mula beroperasi pada 2020.

Pernah menerbitkan beberapa naskhah, kini Respected Citizen menghimpunkan tiga selebriti kacak popular, Aedy Ashraf, Nadhir Nasar dan Meerqeen dalam sebuah filem berjudul Klepet.

Bakal menjalani penggambaran dalam masa terdekat, filem yang mengangkat tema komedi aksi ini akan menemui peminat di layar perak pada Ogos tahun hadapan.

Menurut Aeril, penggambaran filem Klepet akan dijalankan sepenuhnya di Melaka.

Ia mendapat kerjasama kerajaaan negeri dan turut mendapat dana pelengkap Perbadanan Filem Nasional (FINAS) melalui Dana Kandungan Digital (DKD).

“Cetusan ilham untuk menghasilkan filem ini adalah selepas saya terfikir, kurangnya filem dengan plot yang menceritkan mengenai percutian menggunakan kenderaan jenis caravan. Apa yang saya perhatikan, tiada lagi filem yang berunsurkan motorhome atau caravan di Malaysia.

“Genre atau jalan cerita filem yang sedia ada di pasaran, semuanya penonton sudah boleh jangka. Lebih-lebih lagi, sekarang ni mood healing menjadi trend netizen, ramai yang suka pergi perkhemahan dan camping. Jadi, saya rasakan tema ini sesuai untuk Klepet,” kata Aeril.

Dalam pada itu, menurut Wawa, pemilihan tiga pelakon lelaki popular yang menjadi teraju utama filem Klepet adalah kerana nilai komersial mereka yang tinggi.

“Filem ini diarahkan oleh pengarah yang bakatnya tidak perlu disangkal lagi kerana pernah terlibat secara langsung dalam animasi tempatan dan luar negara termasuk syarikat studio terkenal iaitu Indra Putra.

“Kami duduk di kerusi penerbit, sudah tentunya kami fikirkan mengenai bisnes. Bercakap soal pemilihan pelakon yang namanya sedang naik, memang kami melihat dari sudut pemasaran, itu yang kami perlukan dan diambil kira.

Kami yakin dengan pasukan produksi dan pelakon yang ada mampu untuk melonjakkan filem ini. Kami juga meletakkan sasaran filem ini boleh mencecah RM6 juta sehingga RM7 juta kutipan,” katanya.

Selain Aedy Ashraf, Meerqeen dan Nadhir Nasar, Klepet turut dibintangi Joey Daud, Adlin Aman Ramlie, Namie dan Eric Fauzi.

Sementara itu, filem Klepet turut menampilkan wajah baharu seperti Arfie Shah dan Darina Porhun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 2 Dec 2019

Dikecam Kerana ‘Seksi’, Jasmine Suraya Pernah Gemuk Dan Tak Basuh Rambut 3 Bulan?

Mungkin, kalau memakai ‘bustier’ di dalam akan tampak lebih sopan tetapi masih ‘fashion forward’.

Hiburan Fri, 20 Mar 2020

ICSYVM3: Yusry Tak Setuju Dengan Erra Fazira?

Fuhh macam best je minggu ni!

Hiburan Sun, 26 Nov 2023

Tahniah! Kongsi Berita Gembira Isteri Disahkan Hamil, Awie Bakal Timang Anak Ke-7

Alhamdulillah, semoga dipermudahkan proses kehamilan isteri Awie

Hiburan Fri, 31 Jan 2020

Vicha Takut Dengan Lelaki?

Semoga bertemu jodoh dengan lelaki yang lebih baik, Vicha…

Hiburan Wed, 11 Oct 2023
Hiburan Tue, 2 Jul 2019

Hamil Anak Kedua, Tahniah Amyra Rosli!

Kalau boleh nak rahsiakan dulu tetapi tak sangka Amar sudah umumkan berita kehamilan ini sempena hari jadinya hari ini.

Hiburan Fri, 28 Jun 2019

Kilafairy Tak Kisah Kahwin Lambat

Kilafairy menyifatkan dengan kemunculan produk Kilafit ini, kehidupannya sudah terisi.

Hiburan Mon, 16 Oct 2023

Masjid Pernikahan Syamsul Yusof & Ira Kazar Di Thailand Jadi Tarikan

Wow! Ramai orang kita pilih Songkhla jadi tempat nikah..