Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi December 4, 2023 @ 3:20pm

Fida Ibrahim Naik Angin, Dedah Rumah Tangga Diganggu Individu Rapat – “Minta Maaflah, Kesian Saya Memang Tak Ada Dah”

Pelakon dan penyanyi Fida Ibrahim mendedahkan terdapat individu-individu rapat yang menganggunya dan suami sehingga timbul rasa kurang senang.

Menerusi perkongsian di Instagram, Fida sekaligus menyatakan hubungannya bersama suami kini dalam keadaan baik malah menepis dakwaan rumah tangga mereka goyah dek kerana gangguan tersebut.

“Saya dan suami dalam keadaan baik dan tak ada istilah penyondol yang menganggu tapi saya umpamakan dua orang lelaki ni “bulldozer” yang menganggu.

“Sorang dari family saya sendiri, sorang lagi yang acah-acah ‘terpaling sahabat’ suami saya,” tulisnya di ruangan Instagram Stories.

Berkongsi lebih mengenai gangguan yang diterimanya dan suami, Fida akui ‘naik angin’ apabila individu tersebut seolah tiada rasa peduli dengan dirinya yang sedang hamil.

“Yang family sorang ni datang rumah tak bagitau lepas tu masuk je dalam rumah tanpa dijemput (dalam keadaan pakaian saya tak proper walaupun mahram dan bukan aurat tapi saya tetap tak selesa).

“Tapi tiba-tiba suruh suami saya call kawan dia la, lepas tu minta hantar sana sini walaupun suami dah bagitau yang kami ni ada keje. Dia seolah tak peduli langsung.

“Dia datang dalam keadaan bermasalah, lepas tu siap nak buat benda yang memudaratkan dan nak libatkan suami saya.

“Kat situ, minta maaflah, kesian saya memang tak ada dah, and aku mula naik angin,” luah Fida.

Mengulas gangguan yang kedua diterimanya, Fida dan suami mengambil pendekatan untuk tidak melayan gangguan tersebut kerana bersifat tidak masuk akal.

“Yang sorang lagi ni pula acah dia terpaling kawan lah dengan suami saya. Hari tu masa saya kerap post pasal Palest!n, dia tanpa segan silu tiba-tiba whatsapp saya personal tujuan nak bagi pendapat/ideologi pening dia.

“Dipendekkan cerita, lepas dari tu, saya dan suami malas dah nak layan dia. Eh, baru-baru ni dia pandai-pandai pula bagi nombor telefon suami saya kat kawan perempuan dia tanpa minta izin pun atas tujuan perempuan tu nak bertanya sesuatu yang memang bukan bidang suami saya pun.

“Kesimpulan kat sini, persamaan dua2 lelaki ‘bulldozer’ ni tak ada adab dan dua-dua bermasalah dalam rumahtangga.

“Minta kita semua dijauhkan dari sifat syaitan. Syaitan ni kalau dia masuk neraka, dia nak bawak gang. So, kalau kita ni ada masalah/huru hara, jangan cuba nak heret orang lain jadi macam kita juga,” tutupnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 11 Nov 2019

Tujuh Tahun Hilang…Cinta Laura Keihl Rai Kepulangan Dengan ‘Vida’

Masih ingat lagu Oh Baby nyanyian Cinta Laura dulu?

Hiburan Tue, 26 Feb 2019

四叶草客串演出泰国爆笑爱情喜剧《限时好友》

马来西亚「查某」Joyce四叶草再次冲出马来西亚参与泰国电影拍摄!

Featured Fri, 8 Apr 2022

Coklat Telur Kinder Suprise Didakwa Mengandungi Salmonella

Didakwa mengandungi salmonella, coklat telur Kinder Surprise ditarik balik

Hiburan Fri, 12 Jan 2018

“MARUAH DI MANA NAK LETAK KAMJAT” – SHARNAAZ AHMAD KOMEN ISU FARID KAMIL

Diana Danielle mengakui beliau sendiri terkejut dengan penahanan suaminya itu dan enggan mengulas dengan lebih lanjut isu ini

Featured Wed, 17 Feb 2021

NTV7 Lancar Didik TV KPM Bermula Hari Ini, Platform Terbaik Buat Pelajar

NTV7 hari ini memeterai kerjasama dengan dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (“KPM”) dalam melancarkan saluran khusus TV Pendidikan dan Didik Hiburan yang dikenali sebagai DidikTV Kementerian Pendidikan Malaysia (DidikTV KPM). DidikTV dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri […]

Hiburan Tue, 10 Sep 2019

Mamat Ditahan Satu Ujian, Doakan Exists…

Rata-rata peminat kumpulan lagenda ini memberikan kata semangat di laman Instagram Ajai.

Trending Tue, 18 Aug 2020

Berkelulusan Universiti Princeton, Kerabat Pahang Ini Dikagumi Ramai

Baginda juga seorang yang mementingkan privasi..

Featured Wed, 30 Apr 2025
Hiburan Fri, 20 Sep 2019

许冠杰出席「许冠杰之夜」属不实传言

亚洲音乐娱乐发声明表示,目前收到来自马来西亚歌迷询问关于许冠杰出席北马区某餐吧所举办的「许冠杰之夜」属不实传言。

error: Content is protected !!