Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi December 10, 2023 @ 10:03am

“Ramai Yang Tanya, Kenapa Asyik…” – Puteri Sarah Syukur Selesai Tunai Ibadah Umrah Seorang Diri

Aktres popular, Puteri Sarah Liyana berkongsi perjalanannya melakukan ibadah umrah seorang diri di Tanah Suci di media sosialnya baru-baru ini.

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Puteri Sarah atau nama lengkapnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, meluahkan rasa syukur tak terhingga apabila sekali lagi dijemput untuk ke kota suci.

“Ya Allah panggil lah hambaMu yang lemah, hina ini untuk kembali kesini menunaikan umrah atau haji dengan takdir kekuasaanMu, kerana aku yakin jika Engkau berkehendak maka tidak ada satupun yang bisa menghalanginya.

“Selamat tinggal Baitullah, Aku akan tetap taat kepada pemilik Baitullah.

“Alhamdulillah, doa yang anda semua dm/WhatsApp ke Sarah, dah Sarah bacakan di depan Kaabah,” tulisnya.

Tambah ibu tunggal kepada dua cahaya mata ini lagi, dia berkata adalah rezeki baginya untuk sering mengerjakan umrah dan menyifatkan Tanah Suci adalah tempat paling tenang.

“For the first time in my life, Sarah pergi alone & Alhamdulillah Allah permudahkan semua.

“Ramai yang tanya kenapa asyik pergi umrah je? Berapa kali pergi umrah? Takde limit pun. This is my rezeki. This is my healing place sambil beribadah dan muhasabah diri sendiri.

“Insya-Allah, siapa yang baca ni Sarah doakan semoga anda semua dijemput ke rumah Allah juga,” coretnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Menantu Tunai Umrah Seorang Diri, Patimah Ismail Titip Pesan Buat Puteri Sarah – “Berdoalah Untuk Jodoh Yang Terbaik”

ARTIKEL BERKAITAN: “Untuk Tahun Depan Saya Akan Lebih Banyak Berdoa Dan Kurang Bercakap” – Puteri Sarah Liyana 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 11 Jan 2018

Mommy-to-be Siti Nurhaliza Rai Birthday ke-39

Tanggal 11 Januari lalu, genap usia 39 tahun penyanyi tersohor dan kesayangan ramai, Dato’ Seri Siti Nurhaliza Taruddin. Hari jadi tahun ini memang sangat bermakna buat penyanyi cantik ini sebab Mac nanti Siti bakal menimang […]

Hiburan Tue, 11 Jun 2024
Hiburan Thu, 30 Nov 2023
Featured Wed, 15 Apr 2026

Isu Duit Belanja RM3, Shakilla Khoriri Perjelas Tak Culas Tanggungjawab – “Ameena Bukan Jenis Yang Suka Beli Perkara Yang Tak Perlu”

Shakilla Khoriri tampil menjelaskan isu wang belanja persekolahan sebanyak RM3 yang diberikan kepada anaknya, Ameena Sofia.

Hiburan Sat, 9 Nov 2019

Nadia Brian Kini Sah Isteri Kepada Muizz!

Tahniah Nadia Brian dan Muizz!

Featured Tue, 24 Aug 2021

Dakwaan Gangguan Seksual Ebit Lew : Polis Rakam Keterangan Mangsa

Umum maklum, dakwaan gangguan seksual yang heboh diperkatakan baru-baru ini melibatkan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew. Terbaru, menerusi laporan daripada Harian Metro, pihak polis kini sudah mengambil keterangan mangsa yang dikaitkan dengan siasatan kes tersebut. […]

error: Content is protected !!