Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi December 15, 2023 @ 8:20pm

Masih Makan Malam Bersama, Jovian Mandagie Syukur Persahabatan Dengan Bekas Isteri Dilindungi Allah – “Kami Dah Matang, Tiada Sebab Untuk Membenci”

Pereka fesyen dan usahawan terkenal, Datuk Jovian Mandagie mengakui hubungan bersama bekas isteri, Nina Ismail Sabri sangat baik meskipun sudah bercerai.

Memetik laporan Utusan Malaysia, Jovian dan Nina masih mengekalkan hubungan sebagai rakan baik dan hadir ke majlis makan malam berdua, selain turut melakukan aktiviti bersama keluarga.

Tidak bermasam muka, pereka fesyen, Datuk Jovian Mandagie matang dalam mengekalkan hubungan baik bersama bekas isteri, Nina Ismail Sabri, walaupun kedua-duanya sudah berpisah.

Jovian mengakui, selepas bercerai, dia dan Nina sehingga kini masih menghadiri majlis makan malam dan keluar melakukan aktiviti bersama keluarga.

“Walaupun kami sudah berpisah, namun tetap bahagia. Sebenarnya tadi pun kami baru sahaja balik dari makan malam bersama keluarga sempena meraikan hari kelahiran adiknya, Dafi.

“Kami masih bersama sebagai sebuah keluarga dan kami lakukan itu kerana anak, Jeanelle. Lagipula keluarga saya dan Nina memang sangat rapat. Rasanya tidak adil kalau kami bergaduh manakala keluarga pun terkena tempiasnya. Kita jaga hubungan itu agar keluarga, rakan, peminat selesa bersama.

“Nina juga sangat menyokong saya khususnya dalam perniagaan sampai ke hari ini. Kalau ada sesi siaran langsung untuk mempromosikan barang jualan, dia pun turut sertai,” ujarnya.

Tak pernah bermusuh atau terdetik hati untuk bergaduh, malah Jovian menggambarkan hubungannya bersama Nina amat dilindungi Allah SWT.

“Kami pernah berkahwin selama 10 tahun. Tak ada sebab untuk kami saling membenci dan bermusuh. Cuma mungkin jodoh kami berpanjangan sebagai kawan dan Allah jaga hubungan itu.

“Mungkin kami sudah matang dan sangat menyayangi keluarga masing-masing. Walau sudah berpisah, namun kami masih tetap berjumpa,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jovian Rayke Mandagie (@jmandagie)

Untuk rekod, Jovian dan Nina berkahwin pada 11 Disember 2013 namun, mengumumkan telah sah berpisah pada Ogos lalu.

Hasil perkongsian hidup bersama, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.

Artikel Berkaitan: “Kami Tamatkan Perkahwinan Yang Terbina 10 Tahun” – Jovian Mandagie & Nina Ismail Sabri Umum Bercerai

Artikel Berkaitan: Didakwa Guna Pengaruh Bapa Mertua, Jovian Akui Terkilan

Artikel Berkaitan: “Saya Tak Guna Aset Kerajaan” – Jovian Mandagie Jawab Isu Tular Diselamatkan Naik Helikopter

Artikel Berkaitan: Dikecam Netizen Akibat Pelitup Muka ‘Hauk’, Jovian Mandagie Tampil Beri Penjelasan – “Tak Perlu Caci Maki Saya, Ramai Salah Faham..”

Sumber: Utusan Malaysia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 20 Nov 2025

‘Diserang’ Warga Indonesia Isu Batik, Aisha Retno Tampil Bersuara

Aisha Retno berkata dia amat menyukai batik Indonesia memandangkan ibunya adalah orang asli negara berkenaan

Hiburan Sun, 10 Nov 2019

Wah…Eyka Farhana Siap Sedia Jadi Penyanyi

Wah…tak sabar nak dengar suara Eyka!

Featured Fri, 27 Feb 2026

Uyaina Arshad Tak Ada Niat Guris Hati Pejuang TTC – “Saya Tidak Membandingkan Apatah Lagi Memperkecilkan”

Uyaina tampil memohon maaf secara terbuka kepada golongan wanita yang sedang berusaha untuk hamil susulan perkongsiannya mengenai ‘Pejuang Garis Satu dan Dua’.

Featured Wed, 16 Aug 2023

Didakwa Beli Motosikal Guna Duit Shila Amzah, Ubai Tampil Beri Respons Padu! – “Dasar Kepala Paip!”

Bawa bersabarlah Ubai & Sha. Tak faham ada juga yang menatliti masih rendah sekarang ni ekđŸ„Ž

Hiburan Fri, 12 Oct 2018

Suara Makin Power, Fattah Amin Gembira Isterimewa Diterima Baik Pendengar

Fattah juga memaklumkan dia sudah lama mengikuti kelas dengan guru vokal terkemuka, Syafizawati Sharif atau Cikgu Shafi.

Hiburan Tue, 29 Jan 2019

ă€Œć”±äœœć€©ćŽă€é‚“çŽ«æŁ‹é‡èż”ć€§é©ŹïŒäž€èżžäž€ćœșć”±ć“äș‘饶

ă€Œć”±äœœć€©ćŽă€é‚“çŽ«æŁ‹é‡èż”ć€§é©ŹïŒäž€èżžäž€ćœșć”±ć“äș‘饶。

error: Content is protected !!