Euforia Bola 2026
Filem By: Khairil Khusyairi December 20, 2023 @ 8:36pm

Tampilkan Dua Pelakon Korea, Yusuf Bahrin & Jay Iswazir… The Lord Musang King Kolaborasi Dua Buah Negara

Buat julung kalinya kolaborasi pertama antara Malaysia dan Korea Selatan tercipta apabila terhasilnya filem berjudul The Lord Musang King.

Bakal menemui pencinta filem tempatan di seluruh pawagam tanah air mulai 21 Disember ini, The Lord Musang King merupakan filem Malavsia pertama arahan pengarah dari Korea Selatan, Lee Moon Ho.

Beliau yang terkenal dengan filem arahannya seperti My Way dan Underground Dragon King,  berharap dapat diterima oleh pencinta filem negara ini sekaligus memberi sokongan dengan menonton di pawagam.

Menurut Lee, penggambaran yang memakan masa selama 21 hari itu agak mencabar apabila pasukan produksi berdepan cabaran seperti hujan berterusan.

“Ketika kami buat penggambaran tahun lepas, banyak cabaran antaranya hujan sentiasa.

“Disebabkan masalah tersebut, pihak produksi juga berdepan pelbagai isu teknikal apabila hujan,” ujarnya kepada pemberita pada malam gala filem The Lord Musang King pada Selasa.

Filem ini juga mendapat sokongan daripada Kementerian Komunikasi Dan Digital (KKD) melalui Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS) menerusi Dana Kandungan Digital (DKD).

Filem yang menggunakan tiga bahasa iaitu Malaysia, Korea dan Inggeris ini mengangkat kisah Haikal, anak pekebun durian Musang King yang berjaya, namun diperdaya dan dipenjarakan.

Demi menyelamatkan Haikal, bapanya, Samad membuat perjanjian dengan syarikat perdagangan antarabangsa untuk membebaskan anaknya.

Namun, Samad dibunuh ‘taikun’ Korea Selatan ketika cuba membebaskan anaknya. Selepas menyedari kejadian sebenar, Haikal tampil menuntut bela atas kematian bapanya.

Haikal berjaya menemui musuh dan pembunuh bapanya dengan bantuan rakan-rakannya dan akhirnya bekerjasama dengan pihak polis untuk membawa dalang pembunuhan ke muka pengadilan.

Filem  The Lord Musang King. adalah filem Malaysia pertama arahan perngarah dari korea selatan, Lee Moon Ho yang bakal menemui penonton mulai 21 Disember ini.

Filem yang mendapat sokongan daripada Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) ini dibarisi oleh pelakon hebat seperti Yusuf Bahrin, Fimie Don, Harissa Adlyn, Eddie Chow dan juga pelakon asal Korea Selatan, Kwak Donghyuk dan Kim Boyeon.

ARTIKEL BERKAITAN: Jayakan Babak Tidak Berbaju, Yusuf Bahrin Dah Bincang Dulu Dengan Zizi Kirana… Siap ‘Request’ Syarat Pada Pengarah

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 15 Aug 2025

Atikah Suhaime Hadiahkan Diri Emas Setiap Kali Berjaya Bersenam

Atikah Suhaime beli emas sebagai ganjaran selepas bersenam berat

Trending Wed, 16 Aug 2023

Mek Yun Diekori Lelaki Warga Asing, Sempat Larikan Diri Sebelum Lapor Pada Pengawal

Uish takutnya! Seeloknya jangan jalan seorang diri kalau di tempat sunyi

Events Fri, 5 Jan 2018

SHEILA ON 7 KEMBALI BERSATU?

Kepada semua SheilaGank jangan lepaskan peluang untuk melompat lebih tinggi bersama Sheila On 7 yang akan berlangsung di StarXpo Hall, KWC Fashion Mall, Kuala Lumpur

Hiburan Fri, 20 Apr 2018

Isu ‘Peha Melimpah’, Kenapa Che Ta Naik Angin?

Tulis Rozita, “ Kata dah mohon maaf, ka mohon propa? Ish ingat mulut ja jahat, rupanya hati perut pun busuk, luar dalam sama busuk, kedut macam lace beropol,”

Sihat Sat, 28 Sep 2019
Hiburan Thu, 23 Jan 2025
Featured Fri, 23 Jan 2026

Gelar Golongan Suami Lembik, DMA Islam ‘Set Rule’ Untuk Isteri Patuhi

DMA secara terbuka mengkritik segelintir lelaki yang disifatkannya sebagai ‘lembik’

Featured Thu, 12 Jan 2023
error: Content is protected !!