Euforia Bola 2026
Trending By: Syamir Shafie December 21, 2023 @ 2:34pm

Demi Menyelamatkan Anak Daripada Diculik, Bapa Cedera Parah… Rupanya Suspek Rakan Kongsi Perniagaan!

Gara-gara ingin menyelamatkan anak daripada diculik, seorang bapa warga China berstatus penduduk tetap di Singapura mengalami cedera parah.

Difahamkan, bapa mangsa yang berdepan detik cemas itu kehilangan gigi dan mengalami kecederaan yang agak parah di bahagian mukanya.

Memetik laporan Free Malaysia Today, Ketua Polis Johor Bahru Selatan Raub Selamat berkata, suspek utama merupakan seorang lelaki berusia 41 yang merupakan rakan kongsi kepada warga China itu, berjaya ditahan di hadapan Balai Polis Taman Pelangi, pada hari yang sama.

“Suspek utama adalah ahli rakan kongsi kepada bapa kanak-kanak itu dan dia merancang bersama tiga lagi suspek untuk menculik kanak-kanak berkenaan.

“Suspek utama merancang mahu melakukan pemerasan wang sebanyak RM300,000 daripada mangsa.

“Bagaimanapun, tiada sebarang wang tebusan diberikan kepada suspek kerana polis berjaya melakukan tangkapan ke atas suspek utama pada hari kejadian,” katanya.

Suspek yang difahamkan bekerja sebagai mekanik itu dituduh mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret, di sini semalam.

Dalam pada itu, usaha mengesan tiga rakam subahat suspek masih lagi diteruskan.

Sumber : Free Malaysia Today

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 30 Jul 2023
Featured Fri, 23 May 2025

“Tanggungjawab Dah Terpikul Di Bahu Saya”- Jadi Bapa Muda, Imran Aqil Lebih Hargai Isteri

Imran berkongsi jadi ‘bapa muda’ pada masa kini agak sukar.

Hiburan Mon, 19 Jan 2026

“Minta Maaf Orang Alor Setar, Saya Bukan Berlagak” – Ezzanie Jasny

Ezzanie menjelaskan keadaan tersebut berlaku atas sebab wajahnya masih bengkak

Hiburan Fri, 26 Jun 2026

Tak Mahu Loghat Kedengaran Dibuat-Buat, Aniq Suhair Buat Persediaan Rapi

Aniq Suhair menyahut cabaran baharu dalam perjalanan seninya apabila perlu menguasai dialek Perak bagi menjayakan watak.

Trending Thu, 22 Oct 2020
Hiburan Tue, 28 Mar 2023
Featured Wed, 27 Nov 2024
error: Content is protected !!