Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin December 22, 2023 @ 12:28pm

[VIDEO] Puteri Sarah Menggigil Tahan Marah Ketika Sesi Live, Netizen Komen: “Memang Kena Ada Andi Arsyil, Lembut Je Bagi Nasihat”

Pelakon sensasi, Puteri Sarah Liyana dan aktor popular Indonesia, Andi Arsyil sering mencuri perhatian peminat apabila mereka sering melakukan sesi siaran langsung bersama bagi mempromosikan produk kecantikan mereka.

Bagaimanapun, menerusi perkongsian video peminat yang tular di TikTok, aktres itu kelihatan menggigil akibat menahan marah selepas ada individu yang meninggalkan komen provokasi ketika live tersebut berlangsung.

“Toxic dah mula masuk okay… I ada mood nak bergaduh ni, siapa nak bergaduh dengan I.

“Jom kita gaduh jom… suka sangat,”katanya.

Bagaimanapun, Andi yang pada ketika itu bersama Sarah ketika sesi live berlangsung sempat memberikan nasihat agar dirinya tidak terpengaruh dan melayan komen negatif netizen.

“Sudah-sudah, jangan dicari (masalah). Tak perlu dibahas.

“Ala, dapat pahala kamu,” kata Andi ringkas.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap Andi yang sentiasa memberikan kata-kata semangat buat ibu kepada dua cahaya mata itu.

Bahkan, ramai dalam kalangan peminat yang seakan memahami situasi Sarah pada ketika itu.

Setakat artikel ini  ditulis, video tersebut telah meraih lebih 500,000 tontonan, 25,000 tanda suka dan lebih 200 komen.

Sebelum ini, Puteri Sarah tampil menjelaskan hubungannya bersama Andi Arsyil Rahman Putra hanya sebagai rakan kongsi dan kerap bertemu secara profesional untuk berbincang mengenai tawaran perniagaan di Malaysia termasuklah mahu meluaskan perniagaan produk kecantikan dan hijab yang diusahakan sehingga ke Singapura.

Artikel Berkaitan: “Kami Selesa Dengan Satu Sama Lain, Sebab Tu Kami Tak Sembunyikan Apa-Apa Kepada Umum” – Puteri Sarah 

Artikel Berkaitan: Dicop Terpaling Kerja Keras, ‘Mastura’ Siap Persoal Nafkah Yang Diterima Puteri Sarah – “Gilamu Makin Menyerlah Sis”

Artikel Berkaitan: Muat Naik Video Penghargaan, Patimah Ismail Anggap Puteri Sarah Isteri & Ibu Bertanggungjawab

Artikel Berkaitan: Ramai Minta Beri Pandangan Isu Suami Berkahwin Dua, Puteri Sarah Akui Bahagia Dengan Keputusan Sendiri – “Jangan Dengar Hasutan Orang Lain”

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Semoga Lebih Bahagia & Sukses, Awak Single Mom Yang…” – Tunjuk Sikap Prihatin, Netizen Terharu Dengar Pesanan Andi Arsyil Pada Puteri Sarah

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 13 Apr 2019

Join in the Nur 2 Tour and Meet the Casts!

Get to know them off set and a lot more about the drama!

Hiburan Wed, 19 Nov 2025

Danish Hakim Tegur Netizen Dakwa Abby Abadi Tak Restu Hubungan Dengan Kekasih Singapura – “Jangan Campur Urusan Saya”

Anak pelakon terkenal, Norman Hakim, Mohamed Danish Hakim, 22, menegaskan pandangan orang luar tentang hubungannya dengan teman wanita dari Singapura langsung tidak penting. Menerusi perkongsian di Instagram (IG) miliknya, Danish berkongsi sebuah video memaparkan momennya bersama […]

Trending Tue, 2 Apr 2024

Nak Langsaikan Semua Hutang Sempena Ramadan? Ini Cara Mudah Untuk Korang Ikut!

Bulan Ramadan adalah bulan buat kita memperbaiki diri, untuk jadi muslim yang lebih baik. Inilah bulan di mana kita akan berlumba-lumba berbuat kebaikan dan tingkatkan amal dan ibadah. Tapi, dalam korang cuba menambah baik solat […]

Hiburan Thu, 26 Jul 2018
Hiburan Fri, 27 Mar 2026

“Sebelum Ramadan Lagi Kami Dah Putus Cinta” – Nadia Brian Reda Ketentuan Ilahi, Sentiasa Doakan Kesejahteraan Nedim Nazri

Nadia berkata dia dan Nedim tidak bergaduh, malah saling mendoakan untuk kesejahteraan satu sama lain

error: Content is protected !!