Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin December 23, 2023 @ 4:40pm

Persaingan Vokal Antara Ernie Zakri & Aina Abdul? Marsha Milan Anggap Pengalaman Sebagai ‘Less Pressure’ – “Kami Hanya Mahu Perform Dengan Baik”

Penyanyi popular, Marsha Milan mengaku persaingan vokal antara perkara yang menjadi bualan peminat sebaik sahaja mengetahui barisan 12 finalis yang mara ke Anugerah Juara Lagu Ke-38.

Bercakap kepada XTRA, pemilik nama sebenar Marsha Milan Londoh, 38, berkata, persaingan vokal itu adalah satu progres dalam industri.

Malah, pengalaman pernah bergandingan bersama penyanyi hebat seperti Ernie Zakri dan Aina Abdul dalam program nyanyian sebelum ini, membuatkan Marsha berasa ‘less pressure’.

Bahkan, dia juga tidak mahu menganggap AJL 38 sebagai pertandingan untuk bersaing tentang vokal siapakah yang lebih hebat.

Tambahnya, memberikan persembahan yang terbaik pada malam itu nanti adalah merupakan ‘goal’ mereka.

“Persaingan vokal mungkin juga as kita progress dalam industri. Saya pernah perform dengan Ernie (TikTok Awards) dan juga bersama Aina dalam progam TV, in a way benda tu membantu saya untuk menjernihkan otak saya (asyik fikir bertanding).

“Bukan nak kata saya ada kehitaman dengan diorang tetapi pengalaman itu membuatkan saya tak fikir in a competitive way, after all kami semua berkawan.

“Jadi pengalaman yang saya ada bersama mereka itu membuatkan saya rasa less pressure untuk diri sendiri sebab it gives a comfort thing bahawa kami hanya nak perform dengan baik sahaja, bukan bersaing sesama sendiri.

“Saya rasa throughout the first (Cinta AJL 36) and second (kembali terang AJL 37), saya belajar untuk take things lightly, saya tak nak bebankan diri sendiri memikirkan benda yang tak sepatutnya.

“Saya tak nak fikir ini adalah pertandingan, kali ini saya lebih nak enjoy.

“Saya cakap benda yang sama tahun lepas tetapi sejujurnya dalam kepala saya tetap ada perasaan dan pemikiran untuk bersaing mungkin juga kerana tanggapan dari orang lain atau dari diri sendiri.

“Jadi tahun ini, saya lebih nak menyanyi atas pentas instead of bersaing,” katanya.

Ketika ditanya bahawa peminat meletakkan penanda aras untuknya mara ke AJL 38, Marsha menjelaskan,  pada mulanya dia sendiri tidak yakin untuk melangkah ke AJL, namun lagu Darah ciptaan Naim Daniel dan Firdaus Rahmat mempunyai ‘sesuatu’ diluar ‘comfort zone’ nyanyiannya.

“Sejujurnya, tahun ni saya tak berapa yakin masuk AJL tapi saya rasa lagu ini adalah luar dari comfort zone saya. Lagu yang tak masuk tu pun lagu sangat lain.

“Selepas semi final it somehow gives confident to me that probably this is my sound, and lagu tu bagi tanggapan berbeza kepada orang yang membandingkan saya dengan artis lain.

“Itu juga beri saya satu kepuasan untuk diri sendiri, sebab saya boleh mewarnai performance saya instead of dibandingkan dengan orang lain,” jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

 

Dalam pada itu, Marsha tidak menafikan bahawa dia juga mengidamkan untuk meraih dan membawa pulang trofi, namun dia memberikan sepenuh kepercayaan kepada pihak juri untuk menilai persembahan semua finalis pada malam itu nanti.

“Tipu la kalau tak nak pegang apa apa award sebab saya rasa lagu ini ada kekuatan sendiri, tapi macam saya cakap tadi saya tak nak letak diri atau fikir saya dalam pertandingan, saya nak berkarya sikit atas pentas.

“Berbeza sedikit dari tahun sebelum ini supaya AJL 38 akan ada different vibes dan orang akan lebih menghayati lagu ini.

“Macam saya cakap tadi teringin nak pegang award tak kisah vokal, persembahan terbaik tapi kita biarkan juri menjurikan sebab pada saya semua ada kehebatan dan keunikan vokal sendiri.

“Sejujurnya impian itu ada tapi saya serahkan pada juri,” jelasnya.

Selain Marsha, 11 finalis AJL38 yang lain ialah Aina Abdul (Jangan Mati Rasa Itu), Ziana Zain & Hasif Upin (Waktu), Shiha Zikir (Kalam),Aisha Retno (Sutera), Ernie Zakri (Astana), Hael Husaini (Bintang), Amir Jahari (Hasrat), Khai Bahar dan Nabila Razali (Selagi Ku Ada), Masdo (Inilah Jalannya), Datuk Jamal Abdillah dan Wany Hasrita (Ku Cuma).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 27 Feb 2020

Ibu Ashraf Sinclair Akan Menetap Di Indonesia Bersama Bunga Dan Noah?

Semoga urusan keluarga Sinclair dipermudahkan

Hiburan Wed, 18 Jul 2018

Sarah Fazny Bawa Diri Ke Jakarta?

Sarah Fazny juga berjanji akan memberitahu keputusannya sebaik saja mendapat jawapan daripada sana.

Hiburan Mon, 20 Nov 2017

KENAPA FAZURA MENANGIS?

Dia tidak kisah dengan segala kritikan lantas, memperbaiki diri dengan menghadiri kelas vokal dan sentiasa bekerja keras untuk peminat-peminatnya.

Featured Wed, 4 Sep 2019
Featured Sun, 17 Mar 2024

Beri Hadiah Telekung Bernilai RM12,000 Kepada Isteri, Usahawan Ambil Positif Teguran Mufti – “Tak Nak Jawab Di Akhirat Nanti”

Selepas tular berita mengenai tindakan seorang suami yang juga merupakan pengasas dan pempengaruh media sosial, Syed Muhammad Syah Hasif Syed Othman yang sanggup  membelanjakan wang sebanyak RM12,000 bagi menghasilkan telekung bertatahkan 5,000 batu kristal Swarovski […]

Events Sun, 17 Mar 2019

王力宏相约歌迷唱到2060年!赞大马歌迷最厉害

阔别大马3年多的王力宏依然嘴甜,他说:“我出道20几年,环绕世界不知多少圈,但你们(大马歌迷)最厉害,我真的好想念你们。”

Featured Tue, 9 Nov 2021

Banduan “Diseksa” Dengan Dipaksa Mendengar Lagu ‘Baby Shark’ Berulang Kali

Tiga bekas banduan di Oklahoma, Amerika Syarikat memfailkan saman terhadap seorang polis bernama Tommie Johnson III dan tiga pegawai penjara kerana memaksa mereka mendengarkan lagu ‘Baby Shark’ berulang kali di dalam Penjara Daerah Oklahoma. Daniel […]

Events Fri, 1 Nov 2019

Samsung Galaxy Note 10; The Phone That Captures Moments, Not Photos

Don’t leave home without it! Galaxy Note10|10+ is that phone!

Featured Fri, 10 Mar 2023

4 Hero Terperangkap, Misi: Kembalikan Kuasa Kenyir Bakal Menyentuh Hati Penonton

Sedih tengok pengorbanan mereka 😢 Jangan lupa saksikan di Majalah 3, isnin depan jam 9 malam

error: Content is protected !!