Euforia Bola 2026
Hiburan By: Salma Syahbuddin November 20, 2017 @ 9:27am

KENAPA FAZURA MENANGIS?

Ditanya kenapa Fazura menangis semasa menyanyikan lagu barunya yang berjudul? Fazura menjelaskan bahawa dia menangis bukan kerana hal peribadi, tetapi dia menangis kerana melodi , lirik dan erti di dalam lagu itu sendiri. Menurutnya, lagu berbentuk motivasi merupakan lagu favourite beliau kerana, ia boleh memotivasikan diri sendiri dan juga orang lain.

Faz juga mengakui, telah melalui liku-liku perjalanan sepanjang bergelar anak seni. Bakatnya sebagai seorang penyanyi juga sering menjadi topik perbualan hangat netizen. Namun bagi Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin , usia mematangkan beliau dalam setiap tindakan yang diambil. Malah, dia tidak kisah dengan segala kritikan lantas, memperbaiki diri dengan menghadiri kelas vokal dan sentiasa bekerja keras untuk peminat-peminatnya.


Justeru itu, usaha Fazura membuahkan hasil apabila album sulungnya ini yang bertajuk Fazura! bakal menemui peminat pada 3 November 2017. Menariknya, Fazura juga telah menerima Gold Award dari pihak Universal Music Malaysia kerana albumnya telah terjual sebanyak 5,000 unit ketika pelancaran.

Ditanya mengenai tidakkah dia mahu mengadakan konsert selepas ini? Faz berkata, bulan disember nanti pihaknya akan mengadakan showcase untuk bertemu dan beramah mesra bersama peminat-peminat.

 

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 26 Feb 2025

Bakal Lancar Lagu Raya, Siti Nurhaliza Puji Karya Aisha Retno – “Tahniah! Anak Muda Yang Hebat”

Siti memaklumkan dia bakal tampil dengan lagu raya terbaharunya tidak lama lagi.

Featured Tue, 22 Oct 2024
Hiburan Fri, 19 Jul 2019

‘Saya Masih Tunggu’-Eizlan Yusof

Eizlan mengadakan sidang media tergempar bagi menuntut permohonan maaf daripada PDRM

Featured Thu, 18 Jul 2024
Hiburan Thu, 7 Aug 2025
Hiburan Thu, 4 Jul 2019

Casting of Ariel in Disney’s live-action remake of The Little Mermaid causes a stir

The announcement of Ariel being played by a person of colour (PC) for Disney’s upcoming live-action remake The Little Mermaid creates mixed reactions amongst Disney fans.

error: Content is protected !!