Euforia Bola 2026
Trending By: Syamir Shafie December 26, 2023 @ 12:19pm

Pasport Basah Punca Suami Isteri Dihalang Teruskan Perjalanan Ke Turkiye? Tanggung Kerugian RM16,000 Gara-Gara…

Pasangan suami isteri meluahkan rasa kesal apabila mereka dihalang oleh pekerja syarikat penerbangan untuk meneruskan perjalanan gara-gara pasport yang dibawa berada dalam keadaan basah.

Mereka terpaksa melupakan impian untuk berbulan madu di Turkiye disebabkan kejadian malang tersebut.

Perkara tersebut dikongsikan oleh @fikryyazman di akaun TikTok miliknya.

Pada awalnya, dia tidak menyangka pekerja syarikat penerbangan itu enggan menerima pasportnya ketika berada di kaunter bagi urusan pendaftaran bagasi.

Memetik laporan Harian Metro, pekerja syarikat penerbangan itu tidak mahu mengambil risiko sekiranya dihalang meneruskan perjalanan ketika tiba ke destinasi, seterusnya pegawai itu akan didenda.

“Bukan pegawai Imigresen yang halang, sebaliknya pekerja syarikat penerbangan ketika saya mahu daftar masuk bagasi.

“Pasport memang tidak boleh kena air kerana mungkin menyebabkan tulisan pada dokumen itu kembang atau rosakkan cop masuk atau keluar dalam pasport itu,” katanya di ruangan komen.

Difahamkan, pasportnya basah ekoran terkena hujan memandangkan dia sering berulang-alik ke Singapura untuk bekerja.

Dia mengalami kerugian sekitar RM16,000 disebabkan sudah membayar pakej dengan ejen pelancongan.

Lebih sayu lagi, wang tersebut tidak boleh dikembalikan.

Menerusi video yang kini meraih 483,300 tontonan, ia menjadi pengajaran buat warganet bahawa perjalanan tidak dapat diteruskan jika pasport dalam keadaan basah.

Dalam pada itu, segelintir netizen tampil memberi cadangan bagi mengelakkan pasport daripada terkena hujan ketika melancong.

“Please standby ziplock bag untuk simpan passport. I guna ziplock letak passport time travel, biarlah orang tengok saya macam orang baru keluar hutan”

“Takut jadi macam ni…sebab tu saya memang simpan dalam bag sealed tu,biarla tak lawa lawa bubuh dalam passport cover pun,kitanya risau,” komen pengguna media sosial.

Sumber : Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 20 Aug 2025

Doa Anak Sulung Termakbul, Nina Ismail Bakal Timang ‘Baby Boy’

Jeanelle Nika Mandagie adalah  individu yang paling teruja mengenai pengumuman tersebut.

Featured Wed, 22 Mar 2023
Featured Tue, 25 Oct 2022

Cantik Macam Anak Patung, Kecantikan Sharifah Husna Curi Tumpuan

Pelakon, Sharifah Husna Syed Feizal kini sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya, Halim Radzi yang juga merupakan seorang pelakon dalam sebuah majlis akad nikah yang berlangsung di kediaman Husna di Kajang, Selangor pada jumaat. […]

Trending Wed, 17 Jan 2018

Kurangkan Iklan Di ‘News Feed’, Mark Zuckerberg Tanggung Kerugian Hampir RM12 Bilion

Kurangkan Iklan Di ‘News Feed’, Mark Zuckerberg Tanggung Kerugian Hampir RM12 Bilion

Trending Thu, 26 Dec 2019

Azhan Rani Dedah Taktik ”Scammer” Hingga Duit Habis Lesap

Artis pun terkena juga dengan scammer ya

Hiburan Sat, 18 Oct 2025
Hiburan Sun, 22 Jun 2025

Aina Abdul Dijemput Ke Kediaman Duta Besar Malaysia Di Paris

Aina Abdul teruja dijemput ke kediaman Duta Besar Malaysia Di Paris

error: Content is protected !!