Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin December 27, 2023 @ 2:50pm

Zulin Aziz ‘Backup’ Wanita Tak Reti Siang Ikan – “Kalau Pandai Tapi Malas Pun Tak Guna”

Video tular melibatkan pengacara program Wanita Hari Ini (WHI) yang dilihat tidak pandai menyiang ikan ketika program tersebut bersiaran secara langsung masih menjadi perdebatan hangat dalam kalangan masyarakat.

Malah, ramai dalam kalangan warganet memberikan pelbagai respons terhadap isu tersebut memandangkan pelbagai kemudahan perkhidmatan telahpun disediakan oleh peniaga di pasar-pasar termasuklah proses menyiang ikan.

Bagaimanapun, tidak mahu golongan wanita terus dipersalahkan, pelakon Zulin Aziz tampil memberikan pandangannya mengenai isu tersebut.

Katanya, dia juga merupakan antara wanita yang tidak pandai melakukan perkara ‘basic’ tersebut.

“Sekarang beli ikan semua siap siang. Tak payah lah semua benda nak kecam. Aku pun tak reti siang ikan, potong ayam. Kadang potong sayur pun bentuk love, segi tiga, petak bujur semua ada. Ikut suka aku,” katanya.

Perkara itu dikongsi Zulin menerusi hantaran di Instastory miliknya.

Dalam pada itu, pelakon drama From Saga With Love ini juga berpendapat, kecaman bertubi-tubi yang diberikan kepada pengacara berkenaan adalah tidak sepatutnya dilakukan.

Menurutnya, adalah tidak berguna sekiranya seseorang individu itu tahu cara-cara asas menyiang ikan namun malas untuk memasak di rumah.

“Tak reti siang ikan pun kecam. Kalau reti siang ikan tapi malas pun tak guna,” jelasnya.

Terdahulu, tindakan pengacara WHI mendapat kecaman selepas pelbagai pihak tampil meninggalkan komen bahawa golongan wanita harus pandai dan tahu cara asas menyiang ikan.

Bagaimanapun, sedar dengan kritikan yang diberikan warganet, pengacara berkenaan tampil memberikan respons apabila memaklumkan bahawa dia merupakan seorang vegetarian dan tidak pernah memasak makanan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN:Diperli Tak Pandai Siang Ikan, Ini Respons Pengacara WHI – “Saya Vegetarian! Pernah Menyiang Ikan Tapi Sekali Je, Itupun Manja-Manja”

ARTIKEL BERKAITAN:Perempuan Tak Tahu Siang Ikan? Tak Perlu Malu! Jom Baca 5 Tips Mudah Cara Siang Ikan Cencaru Dalam Masa 5 Minit Je!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 22 Oct 2021
Hiburan Tue, 19 May 2026

Cromok, Barbarik Gegar Pentas Menerusi Konsert Black On White Jun Ini Dengan Tribute Istimewa Untuk Kembara

Cromok & Barbarik bakal bergabung menerusi konsert Black On White yang dijadual berlangsung pada 27 Jun depan di IdeaLive Arena.

Hiburan Mon, 1 Oct 2018

Model Dan Instafamous Ini Dipercayai Mati Di Dalam Keretanya Sendiri

Di jumpai mati di dalam keretanya dengan kesan tembakan di kepala.

LIFESTYLE Wed, 17 Oct 2018
Trending Tue, 8 Dec 2020
error: Content is protected !!