Euforia Bola 2026
Hiburan By: Syamir Shafie December 28, 2023 @ 12:03pm

Baby Shima Muat Naik Video Siang Ikan Guna Garfu, Sudu & Pengupas Kulit Buah.. Netizen Komen: “Stoplah Menganj*ng Orang!”

Penyanyi, Baby Shima memuat naik sebuah video menunjukkan cara-cara menyiang ikan dengan betul.

Namun demikian, menerusi video berdurasi dua minit di aplikasi TikTok miliknya itu, dia tidak menggunakan pisau sebaliknya memotong ikan tersebut dengan pengupas kulit buah dan garfu.

Justeru, rata-rata netizen mendakwa pelantun lagu Roadblock Hatiku itu sengaja berbuat demikian.

Bahkan, Shima dikatakan memerli pengacara Wanita Hari Ini yang tular baru-baru ini gara-gara kekok menyiang ikan ketika bersiaran langsung di televisyen.

“Dia menganjing Wanita Hari Ini la,” tulis pengguna media sosial.

Sungguhpun hanya menggunakan pengupas kulit buah dan garfu, Shima dilihat begitu gigih mengikis sisik serta isi membuang perut ikan tersebut.

Meskipun telatah menyiang ikan itu mencuit hati, Shima bagaimanapun turut ditegur oleh segelintir netizen gara-gara sikap suka menyindir yang menimbulkan rasa kurang senang.

Netizen menasihati Shima agar menjaga kehidupannya sendiri tanpa perlu memerli orang lain kerana bimbang akan terkena pada batang hidungnya sendiri kelak.

Terdapat juga netizen yang mempertikai kehandalan Shima ketika di dapur memandangkan dia begitu berani menyindir dan dilihat merendah-rendahkan wanita lain yang tidak mahir menyiang ikan.

 

Terdahulu, tindakan seorang lelaki yang memuat naik rakaman video seorang pengacara Wanita Hari Ini, Sugeeta Chandran tidak reti menyiang ikan di aplikasi X telah menjadi perhatian orang ramai.

Namun begitu, pemilik video yang menyifatkan dirinya lebih pandai menyiang ikan walaupun seorang lelaki itu turut dihujani kecaman daripada warganet.

Akui kelemahan diri sendiri, Sugeeta menjelaskan dia seorang vegetarian dan jarang menikmati hidangan ikan.

Malah, ibunya akan membeli ikan yang sudah siap disiang di kedai.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 2 Jul 2021
Featured Wed, 7 Sep 2022
Hiburan Thu, 25 Apr 2019

‘Kekuatan Saya Terletak Pada Lagu Macam Ini’- Andi Bernadee

Saya tak kisah apa orang nak cakap, saya tahu apa yang saya buat…

Tech News Sun, 6 May 2018

7 Perkara Menarik Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Permainan Video

Permainan video merupakan salah satu industri yang berjaya di Amerika Syarikat dan bekas Presiden Obama melakukan langkah bijak untuk memanfaatkannya.

Hiburan Wed, 14 Feb 2024
Hiburan Fri, 5 Oct 2018

Awie Diarah Bayar Ganti Rugi RM 80,000 Kepada Bekas Isteri

Terdahulu, pelantun Tragedi Oktober itu didakwa dan telah mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Jalan Duta, Kuala Lumpur atas pertuduhan mencederakan Rozana di kaunter Permodalan Nasional Berhad Jalan Tun Razak di sini pada pukul 3 petang, 2 Jun 2014.

error: Content is protected !!