Euforia Bola 2026
Acara By: Padin December 31, 2023 @ 1:20pm

Semakin Hangat! 4 Kumpulan Lolos Ke Final, Siapa Bakal Jadi Juara Pentas Marhaban?

Empat kumpulan iaitu Qalbun Hadi, Al-Maqari’, Al-Muhtadin dan Raudhatul Ashwaq berjaya menempah kedudukan di peringkat akhir Pentas Marhaban yang bersiaran secara langsung malam tadi.

Mereka yang terpilih ke pentas akhir daripada lapan kumpulan yang bersaing di semi final berjaya mempamerkan keunikan dan keaslian Marhaban.

Menurut juri tetap, Ustazah Asni Mansor, persaingan yang ditonjolkan lapan kumpulan sangat sengit.

“Mereka bersaing dengan baik, namun hanya empat kumpulan sahaja yang layak. Pada peringkat akhir yang bakal berlangsung Sabtu ini, juri mencari kumpulan yang mampu menyampaikan persembahan paling menyentuh hati.

“Jika anda tanya apa yang para juri cari di pusingan akhir nanti, jawapannya hanyalah ketenangan. Penyampaian mereka bersangkutan dengan kisah Rasulullah, maka kita cari persembahan yang mampu menjentik dan menyentuh hati.

“Pesan saya kepada peserta, berlatihlah dengan bijak. Jangan terlalu kuat berlatih hingga hilang suara dan penyampaian tidak terkawal,” kata Asni.

Dalam pada itu, penerbit Pentas Marhaban, Nurul Ain Mohamed sedang dalam proses menentukan tugasan akhir yang sesuai untuk empat kumpulan yang bertarung.

“Pihak produksi kini masih memikirkan tugasan yang lebih bersesuaian disebabkan penambahan kumpulan pada peringkat akhir ini.

“Asalnya kita ada pusingan ‘battle’ tetapi memandangkan hanya ada satu kumpulan wanita, pihak produksi akan memikirkan tugasan yang lebih sesuai.

“Mungkin setiap kumpulan harus mempersembahkan dua tugasan. Dalam masa yang sama, nilai hadiah juga bakal ditambah bagi dua kategori saguhati.

“Hadiah untuk juara ialah RM50,000 manakala tempat kedua pula bakal membawa pulang wang tunai berjumlah RM25,000.

“Pemenang ketiga dan keempat bakal menerima hadiah saguhati bernilai RM5,000 bagi setiap kumpulan,” kata Ain.

Program realiti yang disiarkan selama lapan minggu itu diadili oleh Ustazah Asni Mansor, Ustaz Zulhafis atau lebih dikenali sebagai Along Gambus dan seorang juri jemputan.

Di minggu separuh akhir, Ustazah Asni bersama Along Gambus mengadili peserta selaku juri tetap dan Ustaz Azraie pula mengambil peranan selaku juri jemputan.

Pemarkahan diberikan bedasarkan gaya persembahan, pakaian, lagu, solo dan harmoni.

Pentas akhir Pentas Marhaban bakal disiarkan secara langsung di TV AlHijrah, Sabtu ini, 6 Januari 2024, jam 9 malam.

Program itu dihoskan oleh gandingan pengacara, Tilmiz Fahmi dan Shamsul Ghau Ghau.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Mon, 8 Jan 2018

10 Tips Untuk Merahkan Bibir Secara Semulajadi Agar Tampil Lebih Menawan

Bibir adalah sebahagian dari tubuh manusia dan juga mencerminkan imej dan personaliti seseorang itu. Ianya juga adalah sebahagian aset penting bagi wanita, kerana bibir juga mencerminkan kesihatan. Bibir yang kusam dan tidak bermaya tentunya akan […]

Acara Thu, 13 Jun 2019
Acara Wed, 25 Jul 2018

Jom Rasai Keterujaan Berganda Di Karnival Jom Heboh, KL Sports City Bukit Jalil Pada 28 & 29 Julai Ini!

Acara yang ditunggu-tunggu dan menjadi tarikan masyarakat tempatan ini bakal menyajikan keseronokan dan keterujaan berganda dengan pelbagai aktiviti serta tawaran istimewa!

Acara Thu, 19 Sep 2019
Acara Mon, 30 Jul 2018
Acara Tue, 17 Dec 2019

Pertunjukan dalam air di Aquaria KLCC ceriakan anak yatim

Kerjasama amal antara IJN dan Aquaria KLCC

error: Content is protected !!