Euforia Bola 2026
Hiburan By: Syamir Shafie January 7, 2024 @ 6:36pm

“Alhamdulillah…Sekarang Anak-Anak Makin Beransur Pulih” – Fizz Fairuz

Pelakon berkaliber, Datuk Fizz Fairuz memberitahu perkembangan terkini kesihatan empat anaknya yang mengalami muntah dan cirit birit berlarutan gara-gara jangkitan Rotavirus.

Difahamkan, anak pertama dan keduanya masih mengalami cirit birit dan muntah, serta sakit perut.

“Mereka dalam proses untuk kurangkan muntah dan cirit birit. Doktor juga sedang pantau anak kedua sebab perut masih sakit.

“Mereka sedang tengok keadaannya macam mana. Sebabnya dia dah kurang makan dan dimasukkan air bagi betulkan semula usus.

“Hari ini hari ketiga, alhamdulillah… nampaknya ada kurang sakit.

“Insya-Allah minta ramai-ramai doakan supaya mereka cepat sembuh. Apapun keadaan mereka stabil,” jelasnya.

Terdahulu, isterinya Datin Almy Nadia menjelaskan empat anak mereka terpaksa dikejarkan ke hospital setelah mengalami muntah dan cirit birit berlarutan.

Memetik laporan Harian Metro, anak bongsunya muntah dan cirit birit selama empat hari.

Kemudian, apabila simptom-simptom tersebut menjangkiti anak yang lain pula, dia memutuskan untuk pergi ke hospital pada petang Jumaat.

Keadaan mereka dikhabarkan semakin baik selepas mendapat pemantauan doktor.

Namun demikian, Almy bimbang kerana doktor gagal mengesan punca penyakit yang menjangkiti anak-anaknya secara mengejut.

Sumber : Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 17 Mar 2026

Hilang Dalam Rindu 2 Kembali Sentuh Emosi, Jazmy Juma & Tracie Sinidol Harungi Cabaran Baharu Sebagai Ibu Bapa

Hilang Dalam Rindu 2 menampilkan kembali gandingan Jazmy Juma dan Tracie Sinidol sebagai teraju utama, selain turut dibintangi Zarif Ghazzi.

Kisah Viral Fri, 15 Sep 2023
Featured Sat, 27 Apr 2024

Tahniah! Pilih Nama Uqaira, Uqasha Senrose Selamat Timang Anak Perempuan

Tahniah Uqasha & Kamal. Baby mesti cantik macam mak dia❤️❤️❤️❤️

Hiburan Wed, 12 Nov 2025
Selebriti Fri, 8 Dec 2023
Trending Tue, 19 May 2020

Jangan Lepaskan Peluang Korang Untuk Saksikan Program Terbaik Syawal Ini Di TV3!

Boleh tonton juga menerusi Youtube TV3 Malaysia okay!

error: Content is protected !!