Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 8, 2024 @ 6:33pm

Duet Dengan Aina Abdul Sukses! Ernie Zakri Harap Tiada Peminat Toksik Cuba Melagakan Lagi – “Lepas Ni, Jangan Cakap Apa-Apa”

Penyanyi bervokal lunak, Ernie Zakri kagum dan tumpang rasa bangga melihat pencapaian dikecapi rakan seperjuangan, Aina Abdul sepanjang bergelar anak seni.

Menerusi video tular di aplikasi TikTok, Ernie yang menjadi penyanyi jemputan di Konsert A Night With Aina Abdul Live In Singapore pada minggu lalu berharap agar peminat toksik tidak cuba untuk melagakan mereka lagi.

“Melihat seorang penyanyi bernama Aina Abdul, sehingga kini saya amat berbangga dengan pencapaiannya. Sudah pasti sebagai kawan, saya bersyukur dan gembira melihat kejayaannya.

“Selepas ini, jangan cakap apa-apa (melagakan) lagi okay, merajuk nanti,” katanya berseloroh dalam nada manja.

Sementara itu, pelantun lagu popular Masing-Masing itu sempat mengusik penganjur konsert tersebut, Neptune Presents untuk mengadakan sebuah konsert berskala besar duet gabungan Aina dan Ernie.

“Kalau nak extra nanti kita suruh Neptune (penganur) panggil kami berdua untuk berduet lagi, katanya.

@ainaabdul_memoirs

Ingat tau pesan kak ninie tau, jangan laga2 kan lagi hihihi. And yes pls, nak concert duet!! #ainaabdul #erniezakri

♬ original sound – Aina Abdul Memoir – Aina Abdul Memoir

Terdahulu, Ernie meluahkan perasaan berbesar hati apabila diundang menjadi penyanyi jemputan di konsert sulung Aina Abdul di Singapura.

Ernie dan Aina membawakan lagu Gundah secara duet, selain turut menyampaikan lagu solo berjudul Masing Masing.

Malah, nyanyian persembahan mereka menjadi sebutan ramai sehingga tular di platform media sosial.

@eznators

Gundah – Ernie Zakri X Aina Abdul power gila duet ni! 😭 Cr : @muhdhafiyyanrasid #erniezakri #ernienators #ainaabdul #ainations #ANWAA #singapore

♬ Gundah – Ernie Zakri

Artikel Berkaitan: Persaingan Vokal Antara Ernie Zakri & Aina Abdul? Marsha Milan Anggap Pengalaman Sebagai ‘Less Pressure’ – “Kami Hanya Mahu Perform Dengan Baik”

Artikel Berkaitan: Didakwa Bermasam Muka Dengan Nadeera, Ini Respons Ernie Zakri

Artikel Berkaitan: Tak Pernah Wujud Sengketa, Ernie Zakri Peminat Aina Abdul Sejak Lagu Pertama Dilancarkan  – “Gandingan Kami Berdua Nanti Untuk Peminat!”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 2 Jul 2025
Trending Mon, 15 May 2023
Trending Mon, 23 Mar 2020
Selebriti Thu, 30 May 2024
Hiburan Mon, 23 Sep 2024
Hiburan Thu, 22 Jan 2026

Jawab Teka Teki Peminat, Nur Fazura & Fatima Tampil Sebagai ‘Kejutan Terakhir’ Eksklusif!

Nur Fazura & anaknya, Nur Fatima Aisya muncul sebagai kejutan eksklusif.

Hiburan Sat, 13 Sep 2025
error: Content is protected !!