Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 9, 2024 @ 12:47pm

Ibu Zahirah Macwilson Terkilan Wajah Anak Dikeji, Selar Tuduhan Fathia Latiff – “Dia Tak Pernah Ganggu Hidup Awak!”

Ibu pelakon jelita, Zahirah Macwilson iaitu Maslinda Yusof meluahkan rasa terkilan apabila wajah manis puterinya dikritik oleh selebriti sensasi, Fathia Latiff.

Tidak cukup Zahirah digelar sebagai bibik, Fathia turut menuduh isteri kepada aktor terkenal Aiman Hakim Ridza ini membuat bibir di Australia.

Artikel Berkaitan: Fathia Latiff Petik Nama Zahirah Macwilson Di Sesi Live… Samakan Muka Macam Bibik, Dakwa Buat Bibir Di Australia?

Artikel Berkaitan: Pakai Topi & Rambut Terdedah, Netizen Tanya Mana Tudung? Ini Jawapan Fathia Latiff! – “Tudung Hilang Kak Tapi…”

Menerusi ruangan Instagram Story (IGs), Maslinda sedih apabila Fathia menghina anak dan menantu kesayangannya itu ditimpa ujian tatkala Zahirah sedang hamil anak kedua.

Dalam hantaran sama, Maslinda turut berkata dakwaan tersebut hanyalah fitnah semata-mata.

“Semua ini ujian dari Allah. Bersabar lah kak @zahirahmacwilson @aimanhakimridza.

“Sedih betul mama dengar bila orang menghina, mengeji, buruk-burukkan anak dan menantu mama.

“Semuanya fitnah semata-mata. Lagi kakak tengah mengandung sekarang. Don’t be sad ok, mama and ayah always here for you! We all love you so much,” tulisnya di IGs.

Zahirah Macwilson

Berdasarkan pemerhatian XTRA, Maslinda meninggalkan ruangan komen di salah satu hantaran portal hiburan mengatakan Zahirah tidak pernah menganggu kehidupan Fathia.

“Ya Allah, Zahirah sikit pun tak kacau hidup awak. Bibir Ira dan Isaac kan sama macam mana pula? Semoga Allah beri petunjuk kepada manusia yang membuat fitnah,” tulisnya.

Zahirah Macwilson

Sementara itu, Maslinda memuat naik foto anaknya memuji kecantikan dan keperibadian Zahirah sebagai seorang isteri, ibu dan anak yang sangat penyayang.

“You are beautiful inside and out. A loving and caring daughter, mother and wife. Love you lots kakak,” ujarnya lagi.

Zahirah Macwilson

Sebelum ini, nama Zahirah hangat menjadi pernualan di media sosial selepas dipetik oleh Fathia mendakwa dirinya membuat bibir serta menggelarkannya seperti bibik.

Artikel Berkaitan: Makin Panas! Sengaja Kongsi Gambar Kanak-Kanak Zahirah Macwilson, Netizen Anggap Fathia Latiff Makin Melampau – “Bersama Bibik Saya”

Artikel Berkaitan: Lepas Samakan Wajah Zahirah Macwilson Dengan Bibik, Fathia Latiff Cabar Failkan Saman Pula? Siap Banding ‘Layanan’ Masa Bercinta Dengan Aiman Hakim!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 3 Mar 2024
Trending Thu, 1 Nov 2018
Hiburan Sat, 11 May 2019
Featured Thu, 22 Feb 2024

Ryzal Ibrahim Didenda RM10,000 Hina Pakaian Tradisional Kaum Iban

Moga apa yang berlaku dijadikan pengajaran!

Featured Tue, 10 Jan 2023

Netizen Tanya Bila Nak Kahwin 2… Respons Isteri Aliff Syukri Buat Ramai Setuju – “Pindahkan Semua Aset Dulu…”

Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri sering berkongsi momen dan gelagat lucu bersama dengan keluarganya sehingga berjaya mencuri perhatian ramai. Susulan isu panas berkahwin dua sedang hangat diperkatakan, Aliff turut terkena tempias yang disoal […]