Euforia Bola 2026
Trending By: Syamir Shafie January 9, 2024 @ 1:18pm

Jangan Tersilap ‘Follow’ Pempengaruh, Sir Fathi Bimbang Generasi Muda Abai Pendidikan Akibat Termakan Kata-Kata Influencer Terkenal

Pendidik dan pempengaruh media sosial, Sir Fathi meluahkan rasa bimbang terhadap trend generasi muda hari ini terutamanya golongan pelajar yang mudah termakan kata-kata segelintir figura terkemuka yang mendakwa pendidikan tidak penting.

Menurut guru mata pelajaran Matematik Tambahan yang sering viral dengan tips belajar itu, dia tidak bersetuju dengan dakwaan terbabit sebaliknya bertegas bahawa pendidikan merupakan kunci utama untuk mengubah haluan hidup.

Malah, pemilik nama sebenar Fathi Hussein itu turut mempersoalkan kreadibiliti mereka sebagai pempengaruh yang cuba menafikan kepentingan menuntut ilmu.

“Soalan pertama, siapa yang meletakkan individu itu sebagai pempengaruh?

“Jadi kalau masyarakat yang meletakkan individu itu sebagai pempengaruh. Itu salah.

“Seseorang itu akan layak diangkat sebagai pempengaruh contohnya seperti Dr. Mala, Khairul Aming. Mereka ini layak, mereka ialah orang yang menjadi pempengaruh, dalam masa yang sama juga dia tahu kepentingan pendidikan.

“Jadi, orang macam ni kita perlu angkat.

“Pointnya ialah masyarakat itu sendiri yang sepatutnya menaikkan orang yang sepatutnya digelar sebagai pempengaruh,” ujarnya kepada XTRA.

Sementara itu, Sir Fathi turut memberi nasihat kepada segelintir individu yang lantang menyangkal keperluan pendidikan agar menilai semula dirinya.

Sir Fathi berkata, pempengaruh yang selayaknya diangkat ialah mereka yang memberi inspirasi dan motivasi yang positif kepada orang lain serta tidak pula memandang rendah terhadap usaha untuk menuntut ilmu.

“Pada siapa yang merasakan dia pempengaruh tapi tak mementingkan pembelajaran.

“Mungkin kita perlu tengok balik, perlu follow dia ataupun tidak. Layak atau tidak dia dipanggil pempengaruh,” luahnya.

Sir Fathi ditemui XTRA dalam sebuah program diskusi Kupi-Kupi Talk 6.0 anjuran Persatuan Mahasiswa Sabah Universiti Malaya di Fakulti Pendidikan Universiti Malaya pada Sabtu lepas.

Dalam pada itu, mengulas lanjut mengenai pelajar yang mudah hilang minat terhadap pendidikan, guru di pusat tuisyen terkemuka MCPLUS itu memaklumkan ia berpunca daripada pelbagai aspek.

Salah satunya termasuklah pendekatan pendidik yang masih menggunakan teknik-teknik konservatif sehingga pelajar tidak memahami konsep yang disampaikan.

“Setiap org main peranan sebenarnya. Pelajar itu sendiri harus ada minat. Ibu bapa mesti kena ada ilmu utk lihat anak berjaya.

“Pendidik pula perlu improve cara pembelajaran, kena ada skill untuk menyampaikan ilmu itu.

“It is not what we know but it is about how to make people know what we know,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 8 Feb 2021

Isu Campak Barang Pelanggan: “Mana Pergi Sifat Amanah & Tanggungjawab?” – Siti Sarah

Penyanyi Siti Sarah Raissuddin menyuarakan pendapat mengenai video viral melibatkan pekerja syarikat kurier yang dilihat membaling barang-barang pelanggan. Bersuara dari perspektif seorang usahawan, Sarah yang mempunyai jenama kosmetik dan tudung sendiri itu mengakui sedih apabila […]

Hiburan Tue, 24 Feb 2026

“Aku Dah Tak Kuat” – Amyza Aznan Menjerit, Menangis Seorang Diri Dalam Kereta

Dia mengakui dirinya tidak sekuat yang disangka oleh ramai pihak apatah lagi selepas berdepan ujian berat melibatkan dua anaknya dalam tempoh dua tahun berturut-turut.

Trending Sat, 25 Aug 2018

Pasangan Ini Sering Lakukan Hubungan Seks Namun Belum Dikurniakan Anak, Pendedahan Si Isteri Pasti Buatkan Anda Terkejut!

Empat tahun berkahwin tapi suami atau isteri tidak tahu bagaimana untuk hamil. Pasangan yang kurang pengetahuan tentang pengetahuan umum ini sangat jarang berlaku.

Cahaya Mata Mon, 5 Dec 2022
Kisah Viral Fri, 16 May 2025
error: Content is protected !!