Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin January 13, 2024 @ 7:08am

Kontroversi Dianiaya Stesen TV Tak Lunturkan Semangat… Jadual 2024 Ayu Puteh Penuh, Bakal Muncul Dengan 2 Filem Baharu – “Allah Bagi Rezeki!”

Penerbit popular, Datuk Ayu Puteh, 46, terus bersemangat dan bersiap sedia menghadapi cabaran baharu di tahun 2024.

Pemilik nama penuh Normashayu Puteh yang merupakan pemilik Pencil Pictures ini mendedahkan jadual untuk tahun ini sudah penuh.

“Alhamdulillah Allah tidak putus beri rezeki kepada saya. Biarpun terpalit kontroversi dengan sebuah stesen TV yang enggan melunaskan pembayaran serta kembali menyaman saya, rezeki tahun 2024 memihak kepada kami. Ini bukan rezeki saya seorang, ini rezeki untuk mereka yang bekerja dengan Pencil Pictures. Kami sangat bersyukur.

“Dengan tawaran diberikan tahun lalu saya bayar semua hutang secara berperingkat. Tahun 2024, jadual saya penuh kerana kami telah menerima tawaran menghasilkan drama untuk syarikat penyiaran over-the-top serta dirisik oleh dua stesen televisyen yang percaya kepada naskhah yang kami hasilkan,” katanya.

Terdahulu, sebuah stesen televisyan swasta sebelum ini mendakwa Pencil Pictures milik Ayu gagal melunaskan syarat kontrak penerbitan drama dan mereka telah memfailkan saman bernilai RM142 juta terhadap syarikat berkenaan Mac tahun lalu.

Ayu dalam reaksinya kepada media sebelum in menyifatkan tindakan saman itu sebagai keterlaluan kerana syarikat penyiaran tersebut masih belum melunaskan bayaran penuh
drama 26 episod berkenaan.

Dalam pada itu, Ayu juga sedang dalam perancangan untuk menerbitkan dua buah filem yang bakal ditayangkan pada tahun ini.

“Insya-Allah saya akan muncul dengan dua filem tahun ini. Naskhah pertama bertemakan aksi manakala karya kedua pula bergenre seram. Buat masa ini, kedua-dua filem ini sedang dalam proses pra-produksi.

“Kami juga akan membuka peluang untuk bakat baharu yang mahu berlakon filem untuk menghadiri sesi uji bakat kelak. Tak rugi saya membuka penyertaan orang ramai kerana ini adalah salah satu cara untuk mencungkil bakat baharu.

“Bulan Februari sehingga Julai pula saya akan sibuk dengan penggambaran drama. Jadi, kesibukan ini saya anggap rezeki untuk menempuhi tahun 2024 dengan baik,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 9 Aug 2025

Netizen Respect! Khairul Aming Tegas Berniaga Tanpa Unsur Penipuan – “Dia Faham Apa Itu Muamalat Dalam Islam”

Netizen label Aming seorang usahawan yang faham maksud sebenar mualamat dalam islam.

Hiburan Fri, 12 Jun 2026

Sering Jayakan Watak Suami & Bapa Orang, Hariz Hamdan Dah Ramai Penasihat Rumah Tangga

Walaupun baru berusia 24 tahun dan masih bujang, pelakon Hariz Hamdan sering menerima tawaran membawakan watak suami, bapa & lelaki yang jauh lebih matang.

Hiburan Fri, 9 May 2025
Hiburan Thu, 11 May 2023
Featured Fri, 27 Sep 2024

Alvin Chong & Anis Nabilah Buat Penampilan Khas, Perkenalkan ‘Maritozzi’ Makanan Istimewa Rom Purba

Wah! Alvin Chong dengan Anis Nabila dah approved mesti sedap!❤️

Hiburan Thu, 28 Nov 2019

Ada Apa Dengan The Weeknd Dan Selena Gomez?

Wow, buat lagu tentang ex girlfriend. Masih belum move on ke?

Hiburan Mon, 15 Oct 2018

Cantiknya! Misha Omar Kini Berhijab

Cantiknyaaaaa Kak Mitch!

error: Content is protected !!