Euforia Bola 2026
Filem By: Maya Basir January 17, 2024 @ 3:06pm

Dituduh Melukakan Perasaan Agama Lain, Pengarah & Penerbit Filem Mentega Terbang Didakwa Di Mahkamah

Penerbit dan pengarah filem Mentega Terbang didakwa di dua mahkamah majistret, hari ini atas pertuduhan melukakan perasaan agama lain melalui filem berkenaan, tahun lalu.

Namun, tertuduh yang merupakan penulis skrip Mohd Khairianwar Jailani, 32, dan penerbit, Tan Mee Kheng, 37, mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Noorelynna Hanim Abd Halim dan Aina Azahra Ariffin.

Berdasarkan pertuduhan, kedua-dua mereka didakwa dengan sengaja berniat melukakan perasaan agama orang lain dengan melafazkan perkataan-perkataan dalam pendengaran orang itu dan meletakkan objek-objek dalam penglihatan orang itu dengan berperanan sebagai seorang pengarah dan penulis skrip serta penerbit filem bertajuk Mentega Terbang.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah premis di Diamond Regency, Jalan Semarak Api 2 kira-kira jam 12.34 tengahari pada 26 Februari tahun lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum setahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya sekali.

Menurut Timbalan Pendakwa Raya Abd Malik Ayob dan Nor Azizah Aling, pihak mereka menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh dengan syarat tambahan mengenakan perintah larang suara mengenai inti pati kes ini sehingga selesai.

“Selain itu, mereka diminta melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali dan pasport diserahkan kepada mahkamah,” katanya.

Sementara itu, Peguam N Surendran yang mewakili kedua-dua tertuduh membantah jaminan ditawarkan dengan menyifatkan ia terlampau tinggi.

“Jumlah RM10,000 diminta pendakwaan terlalu tinggi dan kami membantah larangan ‘gag order’ kerana permohonan tiada asas dalam bidang kuasa mahkamah,” ujarnya.

Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, Mohd Khairianwar dibenarkan ikat jamin RM6,000, manakala Tan dijamin RM6,500 dengan masing-masing seorang penjamin selain syarat tambahan kedua-duanya melapor diri di balai polis berdekatan, sekali setiap bulan.

Selain itu, kedua-dua tertuduh juga dilarang memberikan apa-apa kenyataan berkaitan kes.

Sebelum ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memaklumkan, platform penstriman Viu menghentikan tayangan filem kontroversi, Mentega Terbang pada 27 Februari tahun lalu.

Meskipun tidak mempunyai kuasa menapis filem dan drama televisyen kerana tidak berada di bawah bidang kuasanya, SKMM sudah menghubungi Viu sebelum mengesahkan penamatan siaran filem Mentega Terbang.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 8 Nov 2022
Hiburan Mon, 4 May 2026

“Semoga Tidak Benar & Tidak Dinormalisasikan” – Fazura Nasihat Wanita Didakwa Jalin Hubungan Sesama Jantina

Fazura berharap agar perkara tersebut tidak benar dan tidak dinormalisasikan.

Featured Mon, 11 Apr 2022
Featured Thu, 23 Apr 2026

Kumpul Dana Demi Misi Di Belanda, Amir Masdi & SPWinds Wakil Malaysia Ke World Music Contest 2026

Amir Masdi berkongsi berita gembira apabila bakal ke Belanda bersama Seri Puteri Symphonic Winds Orchestra (SPWinds) daripada Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya ke World Music Contest (WMC) 2026 di Belanda

Hiburan Sat, 31 Jan 2026

“Kalau Saya Diam, Siapa Lagi Nak Lindungi Dia?” – Sering Dikecam, Nur Fazura Pertahankan Fatima

Hati Nur Fazura terusik apabila anaknya, Nur Fatima Aisya sering dikecam.

error: Content is protected !!