Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi January 18, 2024 @ 3:10pm

Tahniah! Erwin Dawson Sah Bergelar Suami Kepada Lee SuXiu

Pelakon Erwin Dawson selamat bergelar suami kepada wanita pilihannya, Lee SuXiu Salleha di Singapura, semalam.

Menerusi perkongsian di Instagram Stories, Erwin atau nama sebenarnya Mohamed Erwin Shah Evan Dawson menyerahkan sebentuk cincin sebagai mas kahwin kepada Lee.

Segak berbusana serba putih, Erwin dinikahkan oleh abang pengantin perempuan sendiri dalam majlis yang dihadiri oleh keluarga terdekat itu.

Difahamkan, Erwin dan Lee mula berkenalan sejak 2023 dan mereka tidak meletakkan sebarang status bercinta dalam tempoh perkenalan tersebut.

Malah, Lee juga dikatakan tidak mengetahui bahawa Erwin adalah seorang pelakon yang dikenali di Malaysia dan Singapura.

Pasangan ini juga tidak merancang untuk mengadakan majlis besar-besaran.

Erwin Dawson

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 22 Jan 2024

“Boleh Dikatakan Tiap Masa Terima Panggilan Kematian…” – Noorkhiriah Minta Netizen Jangan ‘Hanyut’

Masyaa-Allah bukan semua orang boleh cakna dengan perkara macam ni… 😥

Hiburan Tue, 3 Jul 2018

Shuk Bakal Buka Pusat Asuhan Kanak-Kanak

Mengakui rezekinya juga semakin bertambah sejak mendirikan rumahtangga tiga tahun yang lalu, Shuk percaya bahawa rezekinya itu datang daripada Isteri dan juga anaknya

Featured Fri, 2 Dec 2022

Muat Naik Video Menari, Ramai Impikan Badan Langsing Seperti Diana Danielle

Perkongsian pelakon jelita Diana Danielle yang memuat naik sebuah video di laman TikTok baru-baru ini berjaya menarik perhatian ramai. Menerusi hantaran tersebut, Diana yang memakai dress hitam sedang menari mengikut trend TikTok terkini menggunakan lagu […]

Trending Fri, 29 May 2020
Trending Mon, 19 Apr 2021

Siti Nurhaliza Selamat Bersalin Bayi Lelaki

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza selamat melahirkan seorang bayi lelaki. Berita gembira terbabit dikongsikan oleh pihak pengurusan Siti Nurhaliza Productions menerusi hantaran terbaru di laman sosial milik Siti. “Isnin, 19 April 2021 […]

Hiburan Sun, 6 Oct 2019
Hiburan Mon, 17 Nov 2025

“Jangan Kembalikan Aku Pada Versi Yang Kau Tak Reda” – Luahan Syasya Rizal Buat Ramai Tersentuh

Syasya Rizal mendedahkan dia memadam satu persatu foto dan video lama yang tidak menutup aurat

error: Content is protected !!