Hiburan By: Padin January 18, 2024 @ 6:32pm

Jana Untung RM32 Juta… Wawa Zainal Habiskan Lebih RM500,000 Beri Ganjaran Wang & Umrah

Menjana keuntungan RM32 juta untuk perniagaan kosmestiknya pada tahun lalu, pelakon cantik dan usahawan, Wawa Zainal, 32, membelanjakan lebih RM500,000 bagi meraikan stokis dan ejen yang banyak membantu perniagaannya.

Menurut pemilik nama penuh Nur Hawa Zainal Abidin ini, penghargaan diberikan itu meliputi hadiah wang tunai serta membawa rombongan menunaikan ibadah Umrah di Tanah Suci Makkah.

“Saya menghargai usaha keras mereka selaku tunjang utama perniagaan saya sejak ditubuhkan enam tahun lalu. Tanpa mereka yang sering bertungkus lumus, tak mungkin bisnes saya mampu bertahan.

“Sebagai menghargai pengorbanan dan jasa usahawan Wawa Cosmetics, saya dan pasukan akan meraikan mereka setiap tahun dalam satu majlis pengiktirafan dengan memberikan ganjaran wang sebagai pembakar semangat.

“Jika beberapa tahun lalu kami menganjurkan percutian ke luar negara termasuk ke Eropah, tapi kali ini saya nak mencari keberkatan dengan membawa mereka menunaikan Umrah.

“Kami bersyukur kerana perniagaan berjaya mendapat keuntungan mencecah angka RM32 juta untuk 2023 dan tahun ini, kami meletakkan sasaran untuk mencapai angka RM50 juta pula,” katanya.

Wawa ditemui XTRA usai majlis Malam Gala Wawa Cosmetics di Putrajaya pada Rabu.

Hadir berseorangan tanpa ditemani pelakon Aeril Zafrel, Wawa mendedahkan suaminya diserang influenza.

“Sebenarnya, Aeril sudah disahkan influenza sejak beberapa hari lalu. Syukur Alhamdulillah, semalam suami saya sudah bebas kuarantin, cuma dia dinasihatkan berehat agar tenaganya betul-betul pulih.

“Insya-Allah, doakan kesihatan Aeril agar dia dapat menyempurnakan ibadah umrah. Kali ini, kami membawa anak ketiga sahaja. Abang dengan kakaknya tak ikut serta kerana sedang menghadapi peperiksaan,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 8 May 2023
Hiburan Wed, 27 Sep 2023
Hiburan Sat, 9 Nov 2019

Nadia Brian Kini Sah Isteri Kepada Muizz!

Tahniah Nadia Brian dan Muizz!

Hiburan Wed, 13 Nov 2019
#tilljannah Fri, 27 Jan 2023

[VIDEO] Kongsi Majlis Sambut Menantu, Reen Rahim Geram Dengan Muka ‘Serius’ Adik Ipar – “Dia Ingat Dia Nak Pergi Perang Ke…”

Pelakon Reen Rahim telah menghadiri kenduri sambut menantu yang diadakan di kampung suaminya, Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin di Sungai Besar, Selangor, baru-baru ini. Tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh Reen atau nama sebenarnya […]