Euforia Bola 2026
Hiburan By: Syamir Shafie January 21, 2024 @ 5:50pm

“Sila Cermin Diri Sendiri, Jaga Keluarga Anda!” – Fathia Latiff Akui Tak Sakit, Minta Netizen Hentikan Fitnah

Pelakon sensasi, Fathia Latiff berang dengan tindakan netizen yang membuat tanggapan dirinya sakit dan gemar melemparkan tuduhan melulu terhadapnya.

Fathia bertegas bahawa netizen tidak berhak berkata buruk serta mencampuri urusannya.

“Kepada peminat, keluarga, pengikut, ‘stalkers’ dan homophobia, saya sudah penat dengan mereka yang terus menuduh saya sakit… Saya tidak sakit.

“Kalau ikutkan, saya boleh ambil tindakan terhadap mereka yang tidak henti-henti menuduh saya sakit. Tetapi, tiada keperluan untuk saya berbuat demikian kerana ada banyak lagi perkara lain yang lebih berfaedah boleh dibuat.

“Lagipun, tuduhan itu langsung tidak memberi kesan terhadap diri saya. Cuma yang tidak sedap, tuduhan begitu memalukan keluarga saya,” ujarnya.

Perkongsian tersebut dimuatnaik di laman Instagram Story (IGs) hari ini.

Bengang lantaran dihujani tohmahan dan kecaman, teraju utama Ariana Rose itu memdeasak warganet supaya berhenti menganggu kehidupannya.

“Jalan hidup ini saya yang pilih. Tak kisahlah apapun status saya, sama ada selebriti, pengemis atau jutawan. Buruk atau baik, itu semua tidak ada kena mengena dengan anda.

“Tiada keperluan untuk saya beri penjelasan, buktikan apa-apa atau beritahu sesiapa apa yang perlu saya kongsi atau tidak dalam media sosial.

“Terlalu banyak negatif dalam negara ini termasuk mereka yang berfikiran negatif melemparkan fitnah kepada saya.

“Berhenti menyalahkan orang lain. Sila cermin diri sendiri dan jaga keluarga anda. Cukup-cukuplah… Betul cakap ayah saya, orang Melayu suka dengki, fikir bukan-bukan dan rasa diri sentiasa betul.

“Semua ini amat menyedihkan saya,” luahnya.

Sumber : BH Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 6 Aug 2024
Hiburan Mon, 6 Apr 2026

Hujan Raikan 20 Tahun, Konsert Besar Bakal Gegar Bukit Jalil

Hujan bakal meraikan perjalanan dua dekad mereka dalam industri muzik menerusi sebuah konsert berskala besar pada 27 Jun 2026 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.

Hiburan Fri, 24 Apr 2026

Lagu Baharu Dikritik Tak Sesuai Dengan Vokal, Syamel Tenang Terima Pandangan Negatif Netizen

Rata-rata netizen mengatakan lagu tersebut tidak sesuai dengan vokal Syamel yang dikatakan lebih gemersik dan menyentuh jiwa sekiranya menyanyikan lagu-lagu ballad.

Hiburan Tue, 26 Dec 2023
Hiburan Tue, 24 Oct 2023
Events Fri, 18 Oct 2019

Masya Masyitah And Jeryl Lee Will Host The Biggest New Year Countdown Concert At Arena Of Stars

Two rising stars, in one magical night that will definitely take your breath away.

Hiburan Fri, 25 Aug 2023
error: Content is protected !!