Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 30, 2024 @ 5:47pm

“Cara Tuanku Berdua Mendekati Rakyat Sangat Merendah Diri Hingga Tinggalkan Rasa Sayang…” – Siti Nurhaliza Bangga Ada Raja Berjiwa Rakyat

Penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza menzahirkan ucapan junjungan terima kasih terhadap pemerintahan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang menamatkan pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 hari ini.

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, biduanita negara, Siti yang merupakan anak jadi kelahiran negeri Pahang ini turut meluahkan rasa bangga mempunyai seorang Raja berjiwa rakyat.

“Menjunjung kasih Tuanku. Terima kasih di atas pemerintahan Tuanku selama lima tahun dan bakal dirindui oleh seluruh rakyat Malaysia.

“Cara Tuanku berdua mendekati rakyat, sentiasa prihatin dan kerendahan diri telah meninggalkan rasa kasih sayang mendalam rakyat,” katanya.

Dalam hantaran itu juga, Siti memuat naik video mendoakan kesejahteraan Tuanku dan Raja Permaisuri ke negeri Pahang.

“Menjunjung kasih Tuanku. Selamat berangkat pulang ke negeri Pahang Darul Makmur. Sebagai anak jati negeri Pahang, patik sangat berbangga dan bersyukur mempunyai seorang raja yang berjiwa rakyat.

“Semoga Tuanku berdua sentiasa di dalam lindungan Allah SWT,” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Istana Negara pada hari ini menyambut Istiadat Keberangkatan BalikSeri Paduka Baginda Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ke negeri Pahang ketelah berakhir pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 selama lima tahun serak 31 Januari 2019.

Bermula esok (Rabu), 31 Januari 2024, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar akan menggantikan Al-Sultan Abdullah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 untuk tempoh lima tahun.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bakal Tamat Pemerintahan 30 Januari Ini, Agong & Raja Permaisuri Agong Zahir Ucapan Terima Kasih Kepada Seluruh Rakyat – “Thank You For The Last Wonderful 5 Years”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 16 Oct 2020
Hiburan Wed, 12 Jul 2023
Featured Thu, 13 Nov 2025
Hiburan Mon, 23 Jul 2018

Pilih Lelaki 11 Tahun Muda, Ini Jawapan Ibu Priyanka Chopra

Menurut media tempatan India, ketika diajukan soalan kepada Madhu, beliau memberi jawapan ringkas namun mendalam.

Hiburan Fri, 13 Jul 2018

Tiket Tak Laku Punca Konsert Radja Batal?

Dengan pengumuman di saat terakhir, sudah tentu peminat yang sudah mendapatkan tiket naik angin! Bayangkan ada peminat yang sanggup datang dari jauh untuk menyaksikan artris kegemaran mereka beraksi, sudahnya…dibatalkan pula.

Featured Tue, 11 Nov 2025
error: Content is protected !!