Euforia Bola 2026
Kisah Viral By: Khairil Khusyairi January 31, 2024 @ 6:45pm

Kes Persundalan ‘Hot Daddy’, Penganggur Dan Penuntut Universiti Antara 6 Wanita Yang Didenda RM2,500 Hingga RM4,800

Empat daripada enam wanita yang dikaitkan dengan video terlampau ‘Hot Daddy’ dalam aplikasi X didenda antara RM2,500 hingga RM4,800 oleh tiga Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana memiliki video lucah dalam telefon bimbit dan peranti masing-masing, semalam.

Menurut laporan Harian Metro, majistret Atiqah Mohamed @ Mohamad Saim, Noorelynna Hanim Abd Halim, Illi Marisqa Khalizan menjatuhkan hukuman itu ke atas penganggur, Nurnabilah Ayuni Hanafi, 22; pemandu pelancong, Amira Natasha Mohammad, 26; penuntut universiti, Nur A’liaa Muhamad Rosly, 22, dan eksekutif pemasaran Farah Adila Hanum Khairuddin, 36, selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan itu.

Bagi kesalahan itu, Nurnabilah Ayuni dan Amira Nastasha masing-masing didenda RM3,000, Nur A’liaa didenda RM4,800 manakala Farah Adila didenda RM2,500.

Hot Daddy

Mahkamah turut memerintahkan kesemua tertuduh menjalani hukuman penjara antara sebulan hingga enam bulan penjara, sekiranya mereka gagal membayar denda itu.

Bagaimanapun, dua lagi wanita iaitu akauntan, Norfatihah Ramle, 30, dan penuntut kolej Felecia Lisa Nandong, 21, tidak mengaku bersalah masing-masing di hadapan Majistret Nurul Izzah Shaharuddin dan Majistret M S Arunjothy.

Mengikut pertuduhan, enam wanita itu didakwa dalam milikan masing-masing terdapat video lucah bagi maksud menunjukkan secara awam.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju di sini jam 5 petang, 30 Januari lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurhafiezah Mohamed Fauzi, Nadia Eleena Jamaluddin Akbal, Zuhairi Osman, Sheryn Yong Shi Yee dan Nor Aisyah Mohamed Zanyuin.

Mahkamah turut menetapkan sebutan semula kes pada 12 Mac dan 26 Mac ini.

Sebelum ini, media melaporkan polis menahan enam lagi wanita bagi membantu siasatan berhubung kes ‘Hot Daddy’ yang menjalankan aktiviti merakam dan menjual video melakukan hubungan seks dengan lebih 20 wanita melalui aplikasi media sosial.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilaporkan berkata, semua suspek diberkas minggu lalu menerusi fasa kedua Op Daddy.

Katanya, siasatan mendapati keenam-enam wanita itu melakukan hubungan seks secara sukarela dengan ada antara mereka melakukannya kerana bermotifkan keuntungan.

Minggu lalu, bapa tiga anak yang popular dengan panggilan “Hot Daddy” yang tular dalam aplikasi X bersama dua wanita didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan sama.

Ketiga-tiga tertuduh iaitu Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli, 32, serta dua wanita masing-masing Norshazrina Md Zamri, 27, dan Norhidayah Mahadi, 24, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 13 Sep 2023
Trending Tue, 30 Jun 2020
Trending Wed, 19 Sep 2018

「喜欢一个人看电影的人」更值得深爱!因为了解自己、更加勇敢

很多人无法一个人电影,觉得独自去看电影是伤心的事,其实许多人「一个人去看电影」,并不代表他们没有朋友,没有选择,而是能够享受其中的乐趣……

Hiburan Tue, 15 May 2018

Malu Punya Pasal, Sam Smith Bakal Ke Mahkamah

Dia merasakan peminat tidak akan boleh menerima lagu-lagu ‘terlebih jiwang’ yang diciptakannya pada zaman dahulu. Hurm… belum cuba belum tahu kan?

Trending Mon, 4 Jan 2021
Hiburan Tue, 23 Jul 2019

Lepas New York, Mak Cun Bawa Diri Ke China Pula?

Mak Cun ni memang gigih dan tidak pernah berputus asa!

Trending Mon, 4 May 2020

10 Kesalahan Asas Yang Dilakukan Ketika Solat Tanpa Sengaja

Sebenarnya ada yang kita terlepas pandang masa solat…

error: Content is protected !!