Featured By: Salma Syahbuddin February 6, 2024 @ 12:59pm

Kes Rasmi Ditarik Balik, Mizz Nina Ibu Angkat Yang Sah! -“Kami Mempunyai Dokumen Yang Tidak Tertulis Nama Noh”

“Saya tegaskan tiada lagi pertikaian sebab ini bukan kes hak penjagaan dan kami mempunyai dokumen pengangkatan yang lengkap”.

Demikiam respons yang diberikan aktivis kemanusiaan, Mizz Nina yang turut mengesahkan penarikan balik kes penjagaan penuh dan inter-parte  hak penjagaan sementara anak angkatnya, Musa.

Memetik laporan Berita Harian, Mizz Nina atau nama penuhnya, Shazrina Azman berkata, tiada pertikaian yang sepatutnya berlaku kerana dia mempunyai dokumen lengkap sebagai penjaga Musa yang sah.

“Saya hadir ke mahkamah hari ini untuk menghormati prosedur mahkamah dan mengesahkan kami mempunyai dokumen pengangkatan yang mana tidak tertulis namanya (Noh).

“Jadi, dengan ada dokumen ini bermaksud tiada pertikaian.

Tambahnya lagi, dia mahu Musa dibesarkan dengan cara terbaik dan dalam persekitaran yang sihat serta dalam keluarga stabil.

“Musa ada mama dan baba, dia juga ada keluarga besar, jiran, persekolahannya dan semua orang yang sayangkannya. Jadi, saya mahu Musa dibesarkan dengan cara terbaik,” katanya.

ARTIKL BERKAITAN:Suami Mizz Nina Wakil Sulh Hak Penjagaan Anak, Noh Salleh Mohon Doakan Yang Terbaik

ARTIKEL BERKAITAN:Terkejut Mizz Nina Tarik Semula Kes Hak Penjagaan Anak, Noh Salleh Dedah Dianiaya – “Tidak Adil Bagi Pihak Saya, Apa Permainan Dia?”

Mizz Nina hadir bersama suaminya, Essam Muhammad dan peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan dan Mahmud Abdul Jumaat.

Sementara itu, peguam syarie yang mewakili Mizz Nina iaitu, Fakhrul Azman berkata, Mizz Nina adalah ibu angkat Musa yang sah.

Justeru, tiada isu berbangkit kerana kedua-dua kes sudah rasmi ditarik balik.

“Kami sudah tarik balik kedua-dua kes dan mahkamah sudah benarkan kami untuk menarik balik. Tiada isu seperti siapa yang nak melawat dan sebagainya.

“Pihak sana (Noh) suarakan mengenai kos pentaksiran. Kos kecil sebab tiada apa tindakan diambil setakat ini.

“Hak anak angkat juga sudah diberikan sepenuhnya kepada Mizz Nina, jadi tiada isu seperti kes hak penjagaan.

“Ini kes anak angkat bila anak angkat itu sudah diberikan kepada Mizz Nina sepenuhnya, jadi tiada siapa boleh melawat.

“Keputusan muktamad adalah ibu kandung Musa memutuskan untuk memberi hak penjagaan penuh kepada Mizz Nina,” katanya.

Pada Isnin, Noh Salleh mendakwa dirinya seolah-olah dianiaya memandangkan pihak Mizz Nina memutuskan memfailkan penarikan balik kes penjagaan penuh inter-parte bagi hak penjagaan sementara, Musa.

Bagimanapun, Fakhrul Azman menjelaskan, tiada proses sulh yang berlaku semalam dan hari ini apabila Mizz Nina mengesahkannya di hadapan hakim.

ARTIKEL BERKAITAN:Mizz Nina Hadir Bersama Polis, Noh Salleh Berat Hati Terpaksa Lepaskan Musa – “Hanya Tuhan Tahu Betapa Hancur Hati Saya”

ARTIKEL BERKAITAN:Didakwa Bersubahat Culik Anak Angkat, Ini Jawapan Noh Salleh! – “Saya Dah Buang Ego Contact Dia Tapi…”

ARTIKEL BERKAITAN: Diminta Tarik Balik kenyataan & Buat Permohonan Maaf Secara Terbuka, Noh Salleh Enggan Komen!

ARTIKEL BERKAITAN:Akhirnya Noh Salleh Buat Permohonan Maaf! Dedah Tidak Tahu Perjanjian Yang Dibuat Oleh Mizz Nina & Ibu Kandung Musa

ARTIKEL BERKAITAN:Ibu Kandung Musa Tampil Buka Mulut, Bidas Noh Salleh – “Saya Rasa Dimanipulasi & Digunakan Untuk Kepentingan Dia”

ARTIKEL BERKAITAN:Mizz Nina Hadir Bersama Polis, Noh Salleh Berat Hati Terpaksa Lepaskan Musa – “Hanya Tuhan Tahu Betapa Hancur Hati Saya”

ARTIKEL BERKAITAN:Didakwa Bersubahat Culik Anak Angkat, Ini Jawapan Noh Salleh! – “Saya Dah Buang Ego Contact Dia Tapi…”

 

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 9 Jul 2023

Wany Hasrita Selamat Melahirkan ‘Baby Girl’ Secara Normal

Awww…. Tahniah Wany & Suami atas kelahiran anak sulung mereka🥰

Featured Wed, 9 Jun 2021

Malaysia Berjaya Capai Sasaran Beri 150,000 Vaksin Sehari

Kadar vaksinasi harian sebanyak 150,000 sudah berjaya dicapai semalam dan angka itu dijangka terus meningkat berikutan 16 juta dos vaksin Covid-19 yang bakal tiba dalam tempoh dua bulan. Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin […]

Hiburan Mon, 23 Apr 2018

Kesian Anggun! Lagu Duet Bersama Fazura Dikecam Teruk

Terbaru, Fazura sekali lagi melebarkan sayapnya dalam bidang tersebut dan telah berkolaborasi bersama penyanyi Indonesia bertaraf antarabangsa, Anggun menerusi lagu terbaru mereka berjudul The Good Is Back

Trending Mon, 1 Jun 2020
Trending Hari Ini Tue, 12 May 2020
Hiburan Fri, 29 Sep 2023
Hiburan Mon, 22 Jan 2018

PENTAS BBB 2018 TERUS HANGAT DENGAN LAWAK MANTAP PARA PESERTA

Pencarian Pelawak Realiti menerusi Program Bintang Bersama Bintang ini diteruskan lagi pada minggu kedua dengan tema bebas

Hiburan Fri, 26 Oct 2018
Featured Mon, 21 Mar 2022

“Lirik Sangat ‘Deep'” – Lagu ‘Ku Ikhlaskan’ Inspirasi Kisah Peribadi DSV, Jadi Saham Akhirat Bina Tahfiz

Orang kata ‘Tak kenal maka tak cinta’ begitulah konsep pada lagu DSV ini. Apabila dah dengar ternyata ramai yang mengalir air mata. Menurut DSV juga, lagu Ku Ikhlaskan adalah salah satu usahanya untuk mengumpul dana bagi membina Pusat Tahfiz di Perak. Alhamdulillah 🤩