Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir February 14, 2024 @ 4:58pm

Didakwa Wajah Makin Cengkung Gara-Gara Ambil Bahan Terlarang, Aisha Retno Tampil Beri Penjelasan – “Kesan Agak Cepat Tapi Tak Bermakna…”

Penyanyi Aisha Retno didakwa mengambil bahan terlarang gara-gara wajah dan tubuh badannya yang semakin kurus.

Menurut Aisha atau nama sebenarnya, Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, dia hanya mengamalkan gaya pemakanan yang sihat selain kurang makan selepas memakai pendakap gigi.

“Sejak dapat melayakkan diri ke separuh akhir Muzik Muzik ke-38 akhir tahun lalu saya semakin menjaga pola pemakanan dan kebetulan mula memakai pendakap gigi.

“Jadi secara tak langsung, saya kurang makan sehingga beri kesan yang agak cepat, selain muka nampak sedikit cengkung, tetapi bukanlah bermakna saya menggunakan benda tak sepatutnya.

“Apabila didakwa perubahan ini disebabkan bahan terlarang, saya kena jelaskan sebab tak nak tuduhan tu membuatkan orang lain percaya,” katanya semasa ditemui di acara Meet & Greet Paling Ikonik AJL 38 di Pasar Seni, baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain, Aisha bakal mempertandingkan lagu Sutera di pentas Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) pada 3 Mac depan.

Selain membawa 30 penari bagi persembahannya itu, dia juga akan menggayakan busana daripada pereka fesyen tempatan terkenal, Teh Firdaus.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia Sendiri Tawarkan Diri” – Aisha Retno Bakal Gayakan Busana Teh Firdaus Di Pentas AJL38

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 30 May 2025
Hiburan Fri, 16 Aug 2019

Suami Tak Cari Lain? Ini Tips Nora Jaga Rumah Tangga

Tips berguna buat para isteri diakhir zaman ni. Suami? Jangan pernah lupa tanggungjawab juga okay!

Hiburan Fri, 9 Feb 2018

Fattah Amin dan Nur Fazura Bersanding 25 Februari 2018

pasangan selebriti ini Fattah Amin dan Nur Fazura bakal menaiki pelamin pada 25 Feb 2018

Hiburan Tue, 5 Aug 2025

Rasa Tersisih Di Majlis Kawan Baik Sendiri, Uyaina Arshad Sedih Imbau Memori Pahit Tak Dapat ‘Memo’ Warna Baju

Uyaina Arshad imbau kisah tersisih dengan kawan baik tak dapat memo tema baju

Hiburan Fri, 20 Feb 2026

Individu Minta Hafiz Mahamad Henti Buat ‘Content’, Didakwa Maki Pekerja? – “Cukuplah Dengan Toksik Leadership, Mereka Ada Maruah”

Seorang individu meminta Hafiz untuk berhenti membuat ‘content’ yang didakwa menjatuhkan maruah pekerjanya

Hiburan Wed, 11 Oct 2023
Hiburan Wed, 19 Mar 2025
error: Content is protected !!