Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin February 16, 2024 @ 3:20pm

Ali Puteh Tawar RM500, Nekad Jejak Individu Wanita Biadap Kutuk Isteri Menangis -“Kau Petik Isteri Aku Ya!”

Pelawak Ali Puteh berang selepas ada individu wanita tampil mengkritik dan memperlekehkan isterinya, Melati Fitri Abdullah selepas dia mengambil keputusan untuk menjual barang-barang peribadi miliknya bertujuan untuk melunaskan hutang bekas kakak iparnya, Nur Hidayah baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di TikTok, Ali nekad mencari individu berkenaan selain menawarkan ganjaran berupa wang ringgit bernilai RM500 kepada mana-mana pihak yang dapat mengesan wanita terbabit.

“Aku dah agak dah akan muncul macam ni. Isteri aku pula kau petik. Ada sesiapa boleh carikan manusia ni?

“Dengar duduk Johor. Esok kebetulan pergi Johor  jadi siapa ada nombor atau alamat saya akan bagi RM500. Kau petik isteri aku ya,” katanya.

Sementara itu, Ali kelihatan turut berkongsi sepotong video pendek yang diulang siar oleh pelawak itu di platform sama.

Dan, berdasakan pemerhatian XTRA pada video berkenaan, wanita itu berpendapat bahawa Melati tidak sepatutnya menangis malah berasa gembira kerana barang-barang yang dijual suaminya itu bertujuan untuk melunaskan hutang bekas kakak iparnya.

Terdahulu, Ali bertindak menjual barangan peribadinya termasuklah trofi-trofi yang dimenanginya sebelum ini, selain moto jenis RXZ dan kereta Honda kesayangannya.

Namun, Ali bersyukur hasil jualan barangan peribadinya itu membuatkan dia berjaya mengumpul RM 75,000 dan RM2,000 untuk ‘gift’ yang diberikan peminat menerusi siaran live di TikTok nya.

Sebelum ini, Hidayah mendedahkan Ali masih belum melunaskan hutang kepadanya berjumlah RM76,000.

Jumlah berkenaan termasuk ganti rugi yang telah ditetapkan oleh mahkamah selepas Ali kalah tuntutan saman fitnah yang difailkan Hidayah pada Mei 2020.

ARTIKEL BERKAITAN:Jual Kereta, Motor, Trofi & Barang Peribadi, Ali Puteh Berjaya Kumpul RM75,000 Lunaskan Hutang Balu Arwah Abam! Semangat Nak Buka Lembaran Baru

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Mon, 29 Apr 2019

Malaysian Startup rentDAX Raises RM5 Million Seed Funding to Democratise Home Rental in Malaysia

rentDAX, a fully-owned subsidiary of DAX Venture, is a mobile first platform
designed to Make Home Renting Safer and Easier with No Deposit Required.

Hiburan Wed, 13 Aug 2025

“Doakan Saya Dapat Anak Kembar” – Mimi Lana

Mimi Lana berharap dapat anak kembar

Hiburan Sat, 25 Jan 2025

Nafi Sengaja Cipta Publisiti Tayang L*rah, Sophia Albarakbah Akan Lebih Berhati-Hati Jaga Penampilan

Sophia Albarakbah nafi tayang lurah, anggap kritikan netizen lumrah

Hiburan Sun, 24 Feb 2019
Featured Tue, 3 Oct 2023

Rumah Tangga Didakwa Goyah, Haqiem Rusli Pilih Berdiam Diri – “Hidup Ni Bukan Berpandukan Media Sosial”

Setuju kata Haqiem! Tak semua benda kita nak post & tunjuk kat soc med kan?

Featured Thu, 6 Oct 2022

[VIDEO] “Lepastu Buat Lagi, Aliff Syukri No. 2!” – Permohonan Maaf Baim Wong & Isteri Dikecam

Fuh, nama Datuk Aliff Syukri terpalit sama. Dah minta maaf lepastu buat lagi? Hmm Apapun semoga Baim dan isteri ambil pengajaran

error: Content is protected !!