Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi February 17, 2024 @ 6:36pm

Nora Danish, Fasha Sandha Dah Lama Berbaik, Persengketaan Lalu Hikmah Terindah Temui ‘Cinta Sejati’ – “Kami Berdamai Secara Semula Jadi”

Pelakon jelita, Fasha Sandha dan Nora Danish menegaskan tiada lagi dingin antara hubungan mereka selepas masing-masing memilih untuk melupakan sengketa lama terjadi antara mereka.

Nora menganggap kejadian yang berlaku itu satu hikmah Maha Esa, selain perjalanan ‘persengketaan’ itu membawa mereka untuk bekerjasama di bawah satu bumbung mempromosikan produk kesihatan.

“Memang ada hikmahNya. Allah sebaik-baik perancang. Kami memang jarang berjumpa dan rezeki untuk bekerjasama di bawah satu bumbung.

“Kami sangat menyayangi satu sama lain. Kami dah lama melupakan perkara dahulu yang terjadi, itu semua tak penting tu. Anak kami adik-beradik.

“Kami dah lama berbaik. Malah langsung tak ada rasa awkward bila jumpa sebab saya nampak kejujuran Fasha. Kami tak fake antara satu sama lain. Apa yang jadi dulu membuatkan kita boleh berfikir dengan matang dan lebih rasional,” katanya.

Nora berkata demikian ketika ditemui pada acara Zumba With Nora Danish dan Elisya Sandha di TheISpace (Fabulous Room), TTDI Kuala Lumpur.

Turut hadir ke acara tersebut adalah Fasha Sandha yang tampil memberi sokongan kapada adiknya, Elisya Sandha dan Nora sebagai duta produk tersebut.

Sementara itu, Fasha berkata hikmah terbesar disebalik kejadian tersebut apabila masing-masing sudah menemui lelaki yang tepat.

“Dah lama kami berbaik sebenarnya. Kejadian yang berlaku dulu tu masa zaman remaja, kami masih mentah.

“Kami bersyukur kerana pengalaman itulah masing-masing dah berjumpa dengan lelaki yang tepat dalam hidup kami.

“Kalau bukan kerana itu kami berdua tidak akan berjumpa dengan ‘soulmate’,” ujarnya.

Mula Akrab Tanpa Paksaan

Berkongsi lebih lanjut mengenai bagaimana hubungan mereka menjadi baik, Fasha berkata segalanya berlaku dengan semula jadi tanpa sebarang paksaan daripada mana-mana pihak.

“Kami berbaik dengan sendirinya, tak boleh disuruh atau dirancang. Saya fikir kami berdua dah matang. Ketika itu saya takut sekiranya Nora masih marahkan saya lagi, tapi saya tengok dekat Instagram (IG) dia follow saya.

“Lama juga saya berfikir dalam seminggu dua minggu sama ada nak follow balik atau tidak. Tapi saya fikir tak perlu nak jadi ‘bitter’, Nora baik..

“Kami berkomunikasi di DM, lama-lama kami terus berkawan walaupun bukan teman baik tapi kami tetap keluarga,” katanya lagi.

@xtra_my

Seronok la tengok Fasha dengan Nora kan, sama sama matang lupakan sengketa lama! Dah la cantikk dedua 🥰🥰 #fyp #xtramy #fashasandha #noradanish #sembangentertainment #beritaditiktok

♬ original sound – XTRA – XTRA

Pada tahun 2018, Fasha dan Nora sepakat menyelesaikan isu mahkamah di antara mereka secara baik dan memilih untuk berdamai kerana menganggap anak-anak mereka adalah bersaudara.

Perselisihan faham di antara mereka difahamkan berlarutan sejak sekian lama namun memuncak apabila Fasha mendakwa dihalang penganjur menghadiri pertunjukan fesyen Aidilfitri pada 12 Mei 2017 kononnya atas arahan Nora.

Sekadar info, Fasha dan dan Rizal Ashram atau lebih dikenali sebagai Jejai berkahwin pada 27 April 2012, namun mereka bercerai pada 20 Januari 2016.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli, 11, dan Putri Jemyma, 9.

Fasha kemudiannya berkahwin dengan pelakon, Aidil Aziz pada 9 Mac 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Aisha Amaira, tiga tahun.

Sebelum itu, Jejai dan Nora pernah mendirikan rumah tangga pada 20 Jun 2006 dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Putra Rayqal Ramli yang kini berusia 15 tahun.

Namun mereka berpisah pada 10 Julai 2008 selepas dua tahun berkahwin.

Nora juga sudah berkahwin lain bersama pilihan hatinya Mohd Nedim Nazri pada 30 Mac 2017 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Mohamed Neqayl, 5.

Artikel Berkaitan: “Kalau Terjumpa & Terserempak, Okay Alhamdulillah” – Nora Danish Dah Lama Baik Dengan Fasha Sandha

Artikel Berkaitan: Cantiknya… Aksi Kemesraan Fasha Sandha Bergambar Bersama Nora Danish Buat Netizen Kagum

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Sun, 11 Nov 2018

Konsert Lazada 11.11 Super Show Gempak Habis!

Overall, memang happening tau. Thank you Lazada! 

Hiburan Thu, 5 Oct 2023
Featured Fri, 2 Jul 2021

Pergerakan 3 Orang Dalam Satu Kereta Dibenarkan

Penduduk yang tinggal di lokaliti Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang mempunyai urusan perubatan dan vaksinasi dibenarkan untuk melakukan pergerakan tiga individu dalam sebuah kenderaan. Menurut Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, […]

Hiburan Wed, 11 Dec 2024

Keena Mentor Dedah ‘Diganggu’ Sejak Setahun Lalu – “Muntah D*rah, Ulat Sampah Keluar Dari Badan Semasa Mandi”

Keena Mentor berdepan ujian berat, termasuk insiden muntah darah yang mengejutkan.

Hiburan Sat, 11 Apr 2026

Rumah Tangga Dengan Julia Farhana Didakwa Bergolak, Ini Respons Dr Che Hafiz – “Biasalah Ada Pasang Surut”

Hafiz menjelaskan perkara itu tidak benar, sebaliknya mereka memilih untuk tidak berkongsi segalanya di media sosial.

Hiburan Wed, 27 Dec 2017

SAYA TIDAK AKAN TOLAK JODOH – KILAFAIRY

Single terbaru Kila berjudul “Put The World In” bakal muncul pada 12 Januari 2018

Trending Tue, 22 Jun 2021

Jom Semak Cara Daftar Insentif Belia RM1,500 Sebulan

Terbuka kepada belia berumur 18-30 tahun

Hiburan Mon, 7 Jul 2025
error: Content is protected !!