Ramadan By: Atiqah Johari February 20, 2024 @ 7:51pm

Bertemakan ‘Cerita Citarasa Ramadan’, Tamu Hotel & Suites KL Saji Lebih 172 Juadah Untuk Iftar

TAMU Hotel & Suites Kuala Lumpur kembali dengan Bufet Ramadan bersempena bulan Ramadan yang bakal tiba tak lama lagi.

Dengan bertemakan ‘CERITA CITARASA RAMADAN’, TAMU Hotel & Suites Kuala Lumpur menyajikan lebih 172 pilihan menu untuk juadah berbuka puasa bermula pada 12 Mac 2024 sehingga 9 April 2024 bertempat di Restoran Suasana@27 di aras 27, TAMU Hotel & Suites Kuala Lumpur.

Menurut Chef Eksekutif, Azizul Mohd Noor, TAMU mengekalkan menu makanan warisan tradisi Melayu dikekalkan kerana sinonim dengan rakyat Malaysia.

“Di atas permintaan ramai menu hidangan makanan Masakan Warisan Tradisi Melayu dikekalkan kerana ianya sinonim dengan selera rakyat Malaysia, menu utama kami yang menjadi buah mulut ramai pengunjung seperti ‘Nasi Kambing Tagine Dulang Besar’, Sup Gear Box, Gulai Daging Batang Pisang dan Kari Kepala Ikan juga dikekalkan selain menu hidangan masakan Antarabangsa. Setiap Enam Belas (16) buah gerai menyediakan kepelbagaian pilihan menu yang mempunyai ceritanya sendiri sepertimana konsep pada tahun ini iaitu ‘CERITA CITARASA RAMADAN’ kalau ingin tahu dan merasainya, cepatlah membuat tempahan sebelum penuh,” ujarnya.

Selain itu, para tetamu akan disajikan dengan pilihan Kerabu, Ulam-ulaman, Sambal Kampung dan Salad, Pilihan Hidangan Utama seperti Ayam Masak Kuzi, Ikan Tenggiri Sambal Hijau Manga Muda, Sotong Masak Lemak Nogori Kacang Panjang, Rendang Pedas Udang Daun Kunyit, Paru Goreng Sambal Bawang, Pajeri Terung Istimewa dan Masak Lemak Pucuk Manis bersama Keledek.

Bukan itu sahaja, terdapat juga menu pilihan di enam belas (16) gerai seperti Laksa Penang, Rojak Pasembur, Goreng-Gorengan, Satay Ayam dan Satay Daging, Murtabak dan Roti John, Western Corner yang menyediakan Pasta, Mushroom Soup, Beef or Chicken Mongolian, Chicken Shawarma dan Roasted Whole Lamb, Ikan Bakar Kampung Baru, Mee Goreng Mamak dan gerai yang paling ‘viral’ tahun lepas merupakan gerai ‘Donut Panas Tamu’, Cakoi dan Roti Kukus.

Tidak ketinggalan juga menu pencuci mulut seperti potongan Buah-Buahan Tempatan, Buah Kurma, Assorted Mini French Pastries, Puding dan Agar-Agar, Brownie, Chocolate Mousse, Bubur Jagung, Red Ruby, Bubur Kacang Hijau, Bubur Cha-Cha, Pengat Pisang, Warmed Bread and Butter Pudding, Lepat Pisang, Tepung Pelita, Badak Berendam, Sago Gula Melaka dan aneka Kuih Melayu dengan Kerepek.

Lagi, Gerai Biskut Balang yang menyediakan enam (6) jenis Biskut Kampung, Gerai ABC, Cendol dan Ais Krim serta Gerai Air Balang, Teh Tarik dan Kopi Kampung.

Bagi tetamu yang menginginkan suasana yang lebih ‘privasi’ atau mahu mengubah rasa kea rah Western anda boleh memilih untuk membuat tempahan di Restoran Eksklusif kami di TAMU Sky Lounge, di aras 40. Rasailah keenakan Daging Wagyu Halal yang ‘Juicy and Melt in the Mouth’ pastinya membuka selera pada setiap tetamu yang menikmatinya sambil bertemankan pemandangan menarik di sekitar bandaraya Kuala Lumpur.

Untuk makluman, Baucar Awal Ramadan telah dibuka untuk jualan dari sekarang sehingga minggu pertama Ramadan dengan harga RM130+ untuk seorang. Bagi pengunjung yang datang singgah terus (walk-in) untuk Iftar tanpa tempahan pada 12 Mac 2024 hingga 17 Mac 2024 hanya perlu bayar sebanyak RM120+ sahaja untuk seorang. Namun begitu, tetamu disarankan untuk membuat tempahan awal bagi mendapatkan tempat khas untuk anda.

Harga sebenar untuk Baucar ‘CERITA CITARASA RAMADAN’ berharga RM169+ untuk seorang, RM98+ untuk Warga Emas yang berumur atas 60 tahun dan RM85+ untuk Kanak-Kanak yang berumur 6 tahun ke atas dan 12 tahun ke bawah. Sila hubungi Restoran Suasana@27 di talian hotel +603 2603 1999 atau Whatsapp ke +6019 303 9360 untuk tempahan dan pembelian baucar anda dengan segera.

Terletak secara strategik dalam jarak berjalan kaki yang singkat ke Masjid Jamek Kampong Bharu, hotel kami merupakan tempat penginapan yang tepat dan selesa untuk menunaikan ibadah Tarawih, Tadarus dan Qiamullail. Sepanjang bulan Ramadan yang mulia dan penuh keberkatan, para tetamu boleh menjalankan ibadah dengan penuh keselesaan dan ketenangan di TAMU Hotel & Suites Kuala Lumpur dengan tawaran pakej penginapan bilik Istimewa pada harga RM150+ untuk Dua Hari Satu Malam (2H1M) dengan Sahur Percuma untuk Dua Orang. Kami akan menanti dan mengalu-alukan kehadiran anda bersama keluarga tercinta serta sahabat handai ke ‘CERITA CITARASA RAMADAN’ di TAMU Hotel & Suites Kuala Lumpur untuk menikmati juadah Iftar di samping meluangkan masa yang berkualiti dengan orang tersayang serta kemudahan untuk beribadah bersama kami.

Kredit Foto: KitePunye.com

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 9 Oct 2020
Featured Mon, 6 Sep 2021

Hadiah Istimewa Tengku Permaisuri Selangor Kepada Nur Fazura Curi Perhatian Ramai

Hubungan baik antara Tengku Permaisuri Selangor (TPS), Tengku Permaisuri Norashikin dan aktres jelita, Nur Fazura terjalin sejak dahulu lagi. Terbaru, menerusi laman Instagram Story Fazura, aktres itu menzahirkan ucapan terima kasih buat TPS yang memberikannya hadiah […]

Featured Fri, 8 May 2020
Trending Tue, 6 Mar 2018

Bersalin 2 Minggu Lagi Secara Caesarean, Datuk Seri Siti Nurhaliza Kini Berdebar

Pasti ramai peminat penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak sabar untuk melihat wajah bayi penyanyi kesayangan mereka.

Trending Sat, 30 Jan 2021

Isma Sane Kongsi Pengalaman Sebenar Bercinta

Ramai yang tulis lagu berdasarkan pengalaman sendiri..

Trending Mon, 30 Apr 2018

「6小时盖好的房子」一走进去让人不想出来了!

盖一间房子需要多久呢?这名来自意大利的设计师雷纳托(Renato Vidal)盖了一栋只花了6小时就完成的屋子,而且里头还相当精致。