Euforia Bola 2026
Kisah Viral By: Khairil Khusyairi February 28, 2024 @ 9:10am

Maghribi Sahkan Mawla Amin Bukan Warganya, Tiada Hubungan Dengan Keturunan Nabi Muhammad 

Kontroversi mengenai seorang lelaki dikenali Mawla Amin yang mendakwa sebagai warga Maghribi dan berada dalam jalur keturunan Nabi Muhammad SAW akhirnya terungkai.

Menurut laporan media, Kerajaan Maghribi dalam satu kenyataan menerusi Kementerian Hal Ehwal Luar di Rabat mengesahkan Mawla bukan warganegaranya.

Pengesahan itu dibuat kepada Kedutaan Malaysia pada September lalu dan menjelaskan Mawla Amin yang dilahirkan dengan nama Habib Mohamed Amin Ben Sayed EL Idrissi El Hassani memegang dwikenegaraan, Perancis dan Algeria.

Kementerian itu menambah, pihak berkuasa agama Maghribi juga sama sekali tidak menyokong aktiviti keagamaan atau ajaran dibawa individu itu.

“Dia cuba mengambil kesempatan daripada reputasi sufi dan ulama di Rabat untuk memperdaya pengikutnya di Asia Selatan.

“Selain itu, dia juga tidak mempunyai hubungan dengan Sharif Idrissi di Maghribi atau mana-mana keturunan Nabi Muhammad di negara ini,” jelas kementerian.

Difahamkan, pada 2014, Mawla Amin berkahwin dengan wanita warga tempatan dan cuba menukar namanya.

Terdahulu, media melaporkan, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) memantau kegiatan seorang lelaki mendakwa warganegara Maghribi yang dikenali dalam kalangan pengikutnya sebagai ‘Mawla Amin’ yang mengaku bahawa mempunyai jalur keturunan ke-38 daripada Nabi Muhammad SAW.

Seorang mudir sebuah madrasah di Selangor yang turut aktif mempromosi Mawla Amin mengutip dana awam secara tidak sah selain cuba mewujudkan satu penempatan Kerajaan 9 di Melaka sebagai persiapan akhir zaman kepada pengikutnya.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata PDRM sedang memantau pergerakan Mawla Amin dan pengikutnya termasuk madrasah itu yang beroperasi di Selangor.

ARTIKEL BERKAITAN: Tular Kembali Video Mawla Amin Di KLIA Tinggalkan Malaysia, Netizen Sedih – “Apa Salah Dia Hingga Dibenci?” 

ARTIKEL BERKAITAN: Cuba Wujud Kerajaan 9 Kepada Pengikut, Pihak Berkuasa Pantau Kegiatan Mawla Amin

ARTIKEL BERKAITAN: “Berdiam Itu Lebih Baik” – Umie Aida Mohon Bersangka Baik, Harap Isu Maula Diselesaikan Cara Baik

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 2 Oct 2024
Hiburan Thu, 27 Apr 2023
Hiburan Mon, 16 Feb 2026

Nyanyi Karya Hafiz Hamidun & Fedtri Yahya, Shiha Zikir Angkat Keikhlasan Dalam Lagu Tradisional ‘Minta Ampun’

Shiha Zikir tampil dengan Minta Ampun, sebuah lagu yang membawa mesej tentang makna sebenar memohon maaf.

Featured Sat, 26 Oct 2024
Figura Tue, 26 Mar 2024

Safee Sali Mengaku Dah Kahwin Wanita Lain – “Bagi Saya Yang Halal Tiada Salah”

Safee banyak muhasabah, akui tak lepas dari buat silap

Cahaya Mata Thu, 2 Feb 2023
error: Content is protected !!