Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Faida June 29, 2018 @ 3:06am

Anda Penggemar Sardin? Baca Ini!

Korang suka makan sardin? Tak salah suka makan sardin tapi pastikan jenama yang korang makan itu bukan produk yang mengandungi bendasing, cacing Filum Nematoda daripada genus Anisakis spp.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menarik balik enam lagi jenama produk ikan sardin dalam tin dari pasaran iaitu Cinta, Sea Fresh, HS Brand, King Cup, Bintang dan TC Boy.

Beliau berkata KKM juga mengenakan tindakan Tahan, Uji dan Lepas terhadap pengimportan produk ikan dalam tin di semua pintu masuk negara.

“Tahan, Uji dan Lepas merupakan tindakan di mana sampel akan diambil untuk analisis dan produk tersebut hanya akan dilepaskan sekiranya keputusan analisis menunjukkan tiada pelanggaran dikesan iaitu dalam hal ini cacing Filum Nematoda daripada genus Anisakis spp.

“Sementara bagi produk ikan dalam tin keluaran tempatan, verifikasi di semua kilang pengeluaran dijalankan oleh KKM,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Dr Noor Hisham turut menjelaskan risiko kepada kesihatan bagi produk ikan dalam tin amat rendah kerana cacing tersebut telah mati disebabkan proses memasak atau pengetinan.

Katanya Seksyen 13 Akta Makanan 1983 memperuntukkan mana-mana pihak terlibat dalam mengimport, mengedar, menyimpan atau menjual makanan yang ada dalam atau padanya apa-apa bahan beracun, merosakkan atau selainnya memudaratkan kesihatan adalah melakukan suatu kesalahan.

Sekiranya disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.

Pengguna mempunyai kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, boleh menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah/Kawasan/Bahagian terdekat atau hubungi KKM melalui laman web http://moh.spab.gov.my atau laman Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan www.facebook.com/bkkmhq. – Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Sat, 15 Jul 2023
Drama Mon, 2 Mar 2026

Khianat Yang Terpilih

Khianat Yang Terpilih merupakan drama bersiri Melayu 2026 yang disiarkan di TV3 menerusi slot Akasia

Featured Mon, 1 Apr 2024

“Kita Makin Sakit Terutamanya Orang Melayu” – Erma Fatima Anggap Drama Lelaki Itu Bukan Cerita Biasa

Kadang cerita berat ni lah yang buka mata tentang kehidupan realiti zaman sekarang💪💪💪

Featured Tue, 7 May 2024
error: Content is protected !!