Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 4, 2024 @ 5:39pm

“Tak Semua Mampu Lalui Perjuangan Dia Dalam Industri’ – Bangga Hasrat Juara AJL 38, Beto Kusyairy Kagum Amir Jahari Tak Putus Semangat!

Pelakon, Beto Kusyairy meluahkan rasa bangga atas kejayaan penyanyi, Ben Amir yang merangkul gelaran Juara Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-38 menerusi lagu Hasrat.

Menerusi hantaran di Instagram, Beto berkata dia berbesar hati untuk menjadi ‘cameo’ ketika persembahan Amir yang menyanyikan runut bunyi filem Imaginer lakonannya bersama aktres jelita, Diana Danielle.

“Hasrat masuk final? Untuk kau, besar hati aku Mir,” tulisnya.

Dalam pada itu, Beto turut mengagumi semangat pelantun lagu Manusia Biasa itu yang tidak putus meskipun mengharungi pelbagai ujian dalam industri seni.

“Subhanallah..Aku tak tahu secara detail apa yang dia tempuh sebelum dan sepanjang bergelar seniman.

“Tapi aku tahu journey yang dia lalu tak semua mampu lalu & pikul. Dan istimewanya dia, dia bertahan walau dalam kepayahan.

“Sesuatu yang tragis berlaku dalam hidup ada sebabnya & itu adalah rahsia Allah & Dia Maha Adil.

“Syabas dan tahniah Mir. Kau dan family adalah termasuk dalam orang2 yang baik. Terima kasih kerana tak putus semangat.

“Aku percaya kau akan tetap seperti sekarang..tunduk dan merendah walau sedang dalam kemasyhuran. For the time being..enjoy dan embrace it! Syukur alhamdulillah..Hasrat juara di hati semua!,” tulisnya lagi.

Beto Kusyairy

Persembahan Amir yang menunjukkan solidariti terhadap rakyat Palestin menyentuh hati ramai pihak sekaligus mengangkatnya sebagai juara dan membawa pulang wang tunai RM100,000 dan trofi.

Artikel Berkaitan: AJL38: “Saya Tak Pernah Berada Di Tempat Pertama” – Amir Jahari

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 8 Feb 2021

Isu Baling Barang Pelanggan, Pekerja Mohon Maaf Kepada Seluruh Rakyat Malaysia

Semoga barang-barang pelanggan dalam keadaan yang baik-baik

Selebriti Wed, 21 Feb 2024

Puteri Sarah Fail Dua Tuntutan, Dakwa Pegawai Pemasaran Pecah Amanah Sebanyak RM26,000

Sekarang sudah ada dua LOD, satu menbabitkan isu fitnah dan kedua pecah amanah – Puteri Sarah

Hiburan Wed, 26 Jun 2024
Hiburan Tue, 4 Feb 2025

[VIDEO] Uqasha Senrose Geram Ada Yang Nak Try Kamal Adli, Siap Tanya Soalan: ‘Dah Jadi Janda Ke?’

Uqasha Senrose live dengan Kamal Adli, tepis dakwaan rumah tangga bergolak

Trending Tue, 16 Jan 2018

SAUDI ARABIA FINALLY LIFTS BAN ON MOVIE THEATRES!

The very first movie they screened was The Emoji Movie. LOL.

Hiburan Sun, 19 May 2019

‘Aafiyah Anak Ibu’ Bakal Tunai Umrah 23 Mei Ini!

Tambah Siti, dia sudah membuat persediaan awal dengan menunaikan solat dengan Aafiyah di sisi.

Hiburan Tue, 4 Jun 2024
error: Content is protected !!